Ahad, 9 Januari 2011

Resepi cendawan dan jantung hatiku.

Tu dia. Atok sengaja buat gempak. Bukan jantung manusia wokey. Ataupun bukan jantung auntie Ramlah Ram masa perform final Juara Lagu tu. Tapi yang ni jantung pisang. Masuk harini dah dua hari mak datin demam.  Semalam dah panas-panas badan dah. Mak datin tak bangun lah sebab tak terdaya. So, bagi mengelakkan kami adik-beradik mati kebuluran, atok dan adik atok telah menjadi chef separuh masa. Ayah atok ketua chef. Atok asisstant dia. Dan yang adik atok tu kuli dia. Tugas dia bab potong-memotong apa yang boleh dipotong.


Actually ayah atok bukanlah menyumbang tenaga sangat bab masakan ni. Walaupun dia ketua chef, tapi yang banyak menjadi chef atoklah! Nak kata terror memasak tu, terror gaklah. Masak spageto kerintingo. Atau istilah saintifik dia 'mee maggi segera!' Tapi, bab masak-memasak berat-berat ni atok tak penah cuba try test lagilah. So, berpandukan naluri keatokan dan naluri kelaparan tu, atok kuatkan semangat menyahut cabaran tersebut.


Ketua chef dah lama cabot dah. Ado yo alasan ayah atok tu. Dio koba ado kenduri umah sahabat penanya. So, tinggallah assistant chef, kuli dan mak datin kat rumah tu. Atok pun apo laie, arahkan kuli basuh kuali licin-licin. Aku cakap kat dia, selagi bontot kuali tu tak boleh pantul jerawat kat muka aku, selagi tu kau kena cuci bersih-bersih. Amacam? macam Adolf Hitler tak? Ok, bermulalah bab potong-memotong. Harini atok nak masak sayur campur ngan jantung pisang masak sardin. Tut tap tup tap....bahan-bahan pun dah siap. Atok mulakanlah skill menjahanamkan dapur tersebut.


Masukkan minyak petrol secukup rasa. Tumis campuran asas.  Tambah air. Pastu atok kasi taruh sos tiram. Letakkan carrot (jap, yang arnab makan tu dalam bahasa apa dia eh?). Takpolah atok panggil carrot lah. Masuk carrot sebagai pewarna dan kasi rasa rangup sikit. Yelah, cendawan tu kan dah lembik. Pastu letak kobis bunga. Pastu masuk cendawan. Masuk putik jangung. Masuk kacang peas. Campur tepung jagung kasi kuah tu pekat sikit. Pastu kacau-kacau sampai kebosanan then hidang. Dan hasilnya...










Tadaaaa.............

Nama Resepi : Cendawan berkabolarasi dengan lain-lain



Ok, lauk pertama siap! Then yang kedua pulak. Alamak! mak datin dah bangun. Dia kasi pantau masakan atok. Mulo-mulo muko mak datin agak ketat sikit. Pastu mak datin senyum then tunjuk jari best. Hihi...Ok2 sekang ni menu keduo pulak. Nama resepinya, "Jantung hatiku dimiliku si anak ikan sardin" . Macam biaso panaskan kuali. Masukkan tumisan asas. Goreng jantung pisang dahulu. Masuk sardin. Tuang sos tomato. Kacau-kacau sampai malas nak kacau lagi. Pastu hidang. Dan hasilnya....










Tadaaa.............

Nama Resepi : Jantung hatiku dimiliki si anak ikan sardin


Tu dia. Menyelerakan tak? So, bila dah siap hidang je, tetiba ketua chef ketuk pintu sebab baru balik. T_T. Ha, jangan kato atok tak pandai masak yo. Semuo serba serbi. So, bagi sesiapo yang nak masuk minang atok tu, sila dunlod borang permohonan di [SINI].
Sekian.

15 ulasan:

Hani Nabilia berkata...

tok sardin pun sodap haa~ heeee

Unknown berkata...

tok,,,ko buek den ghaso lapar la....tpakso den carik maggi tau sbb den x nk mkn nasi laii td dh mkn nasi sengsaro den tok....

zool berkata...

menarik tu.. yang kat atas tu kalau letak kuey tiaw mesti lagi gempak

SnowladieS berkata...

atok! lapa la tengah malam ni -.-

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih atas kembara ziarah maya”

Fuhhhhhh sodap jang oiiii.... masak mushroom tu aku suko lah... mehhh kita serbu....

Unknown berkata...

Kalo atok pos kat sini mst lagi sedap
hehehe

sArAh berkata...

atok ni lawak la.. hee~

Unknown berkata...

Daniela : Haah, lamo tak makan sardin ^_^

Unknown berkata...

iris : Hihi...ala itu display yo cun tu...raso tak tentu laie tu Iris...hehe

Unknown berkata...

zool : Wah macam char kue tiow ek. Mm sodap gak tu zool

Unknown berkata...

SnowladieS : Hihi....lapo poie cari meggi copek...
T_T

Unknown berkata...

Afzainizam : Moh moh!

Unknown berkata...

Ohno!! : Nanti dah sampai sinun tinggal kuah yo cmno? Abang posmen hadap dulu
:P

Unknown berkata...

sArAh : Bukan lawak sArAh, tapi sengal...hihi

faiz berkata...

apsal nmpak mcm sodap je masakan atok ni..

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih