Sabtu, 8 Januari 2011

Fakta Menarik

1. Seekor gajah mampu menghidu bau air yang terletak sejauh 5km  darinya. Gajah juga boleh membawa sehingga 7.5  liter air dalam belalainya. Seekor gajah boleh makan sehingga 225kg rumput kering dan 225liter air dalam sehari. Yang terakhir, belalai gajah mengandungi lebih daripada 50,000 otot-otot. Ops, satu lagi sesetengah masyarakat kampung di selatan tanah air menggelar gajah dengan nama orang kuat. Mereka takut untuk menyebut nama gajah kerana bimbang haiwan itu dapat mendengarnya dan akan datang ke tempat itu dan kemudian menyerang orang yang menyebut perkataan gajah tadi.


YehUUUuuuuUu.........





2. Sehelai bulu mata boleh tahan lebih kurang lima bulan sebelum ia gugur dengan sendirinya.
Kau adoo?




3. Sungguhpun nama Argentina bermakna bumi perak,  'Argen" bererti perak. Sebenarnya terdapat sedikit saja perak di negara tersebut. Ia berlaku akibat kesilapan para penjelajah yang menyangkakan mereka melihat banyak perak di Argentina.



Argentina di peta donia.


4. Hampir tiada pengecualian lembu-lembu diperah susunya disebelah kanan. Sebabnya ialah sejak perusahaan tenusu bermula, kebanyakannya penternak menggunakan tangan kanan untuk memerah susu. satu lagi alasan, adalah lebih mudah untuk orang yang menggunakan tangan kanan itu menjalankan kerja memerah dari sebelah kanan juga.

Amacam?

4 ulasan:

kindergartenlibrary berkata...

pelik2 lorh . . hehehe

Unknown berkata...

nelly : Best an. kadang-kadang kito tak amek tahu pun

ShaLLeyShaLina berkata...

tokkk goli tokak den tgk bulu mato tuh...adehhhhh

Unknown berkata...

ShaLLeyShaLina : Hihi...bukan model tu Alina ke?


*atok cabottttt

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih