KUALA LUMPUR 28 Jan. - Pelakon jelita, Ayu Raudah  Che Wan, 27, hari ini merayu kepada pihak yang tidak bertanggungjawab  supaya menghentikan perbuatan menceroboh laman sosial Facebooknya.  Menurut Ayu, perbuatan mereka yang menggodam Facebooknya itu menyebabkan beliau tidak dapat dihubungi melalui e-mel oleh para penerbit filem kerana kata laluannya sudah ditukar.
Ayu yang baru melangsungkan perkahwinan dengan penyerang bola sepak  kebangsaan, Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak, 24, pada 21 Januari lalu,  ketika dihubungi di sini hari ini memberitahu:
"Sebenarnya dua bulan sebelum Ayu melangsungkan perkahwinan, laman  Facebook Ayu tidak boleh dibuka kerana kata laluannya telah ditukar oleh  mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Kali pertama penceroboh menggodam Facebook Ayu, Ayu masih boleh  membukanya tetapi kali kedua Ayu gagal kerana mereka tahu segala-galanya  tentang Ayu dan telah menukar kata laluan itu." 
Ayu yang kini berada di Seremban untuk majlis persandingan di pihak  lelaki melahirkan rasa kecewa kerana hak peribadinya diceroboh oleh  orang yang tidak dikenalinya.
"Ayu memang kecewa dengan perbuatan mereka kerana ia bukan sahaja  menyusahkan Ayu, malah telah menipu para peminat Ayu yang sentiasa  menyokong Ayu.
"Nasihat Ayu kepada mereka janganlah menceroboh hak peribadi orang lain walaupun hanya untuk berseronok-seronok," kata Ayu.
Ketika ditanya mengenai dua akaun Facebooknya mencatatkan seramai  314,000 pelayar (satu akaun 225,273 dan satu lagi 88,727) setelah majlis  persandingannya berlangsung, Ayu berkata, dia tidak menyangka seramai  itu pelayar Facebooknya.
"Ayu tidak tahu seramai itu pelayar Facebook Ayu. Tetapi beberapa  hari lalu semasa Ayu menggunakan Facebook kakak Ayu, Ayu terkejut  'Facebook Ayu' sudah ada lebih 200,000 pelayar. 
"Sebagai artis, Ayu bersyukur kerana ramai peminat yang merestui  perkahwinan Ayu tetapi Ayu sedih kerana para peminat setia Ayu ditipu,"  ujarnya.
Disebabkan perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab itu, suami Ayu, Zaquan menasihatinya agar membuat laporan polis.
"Zaquan mengesyorkan Ayu membuat laporan polis tetapi disebabkan sibuk dengan majlis persandingan Ahad ini, Ayu tangguhkan dulu.
"Insya-Allah selepas ini, Ayu akan buat laporan polis kerana tidak  mahu mereka yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan hak peribadi  orang lain," katanya.
Ayu dan Zaquan akan bersanding buat kali kedua di Dewan Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban pada pukul 11 pagi Ahad ini.
Pada majlis persandingan itu nanti, Ayu akan memakai kebaya moden  kain lace berwarna biru muda ciptaan Calvin Thoo dan Zaquan akan memakai  baju Melayu warna sama dan bertanjak.
Menyentuh mengenai kariernya, Ayu memberitahu jadual aktiviti seninya akan sibuk mulai pertengahan Februari ini.
Ayu dijangka berada di lokasi filem Katrina (sekuel Lagenda Budak Setan 2) dan drama bersiri untuk slot legenda TV3 iaitu Air Mata terbitan Zeel Production.
"Kalau boleh Ayu tidak mahu berada di lokasi lama-lama sebab tidak  mahu berjauhan daripada Zaquan tapi kerana janji dan kerja Ayu  terpaksa," katanya sambil ketawa.
|  | 
| Aku tahu sapo penggodam tu, aku sunat dia | 
|  | 
| Pusat Dakwah Islamiah Seremban | 
Sumber : Utusan Malaysia Online 

 
 
6 ulasan:
cian Ayu tu .
tak patut betul . .
wah . atok tukar status tok mudim lah
=D
atok...hackers tu frust kut..tak dapat ayu...:)
atok den suko ayu raudhah ni sobab low profile.. tp bnyk nar kisah dio kat media lopeh kawin mcm+mcm hal pulak
nelly : bukan atoklah...Ayu tu yang nak sunat an
Kamsiah : Atok pun ingat macam tu lah
iris : Napo ek. Seksi na ko
Catat Ulasan