Rabu, 22 Disember 2010

Petua menghilangkan sakit kepala




Salam Uolls. Arini giliran Kak Milah bersiaran. Atok, Tok Wan, Abang Joe sila ke tepi sebentar. Aku nak jumpa peminat tegar Petua Kak Milah jap. Bleh?? Baiklah, kakak ada dapat mesej dari Atok semalam. Atok cakap kat Kak Milah, sila buat entry pasal menghilangkan sakit kepala sebab salah seorang dari cu atok diserang angin ahmar sakit kepala. Jadi, nak tak nak kakak akan usulkan cadangan beliau seperti di bawah;






1. Uolls ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Uolls rendamkan dalam air suam semalaman. So far boleh ikut uolls? Ok, kak Milah sambung.Then air tadi uolls minum keesokan harinya. Nak minum tahun depan pun bulih. Pastu ko jangan jumpa aku nak claim insurans nyawe. Ok2, dah minum tu insyaAllah sakit kepala uolls akan hilang serta-merta.

2.Mandi dengan cara menyiram tubuh atau dengan shower. Tapi kak milah cadangkan jirus dari kaki dulu bawak ke atas kepala. Camne nak buat tu kak? Jangan pulak kau gantung kaki kau atas syiling pastu siram dari kaki ke kepala. Mampus nanti!Uolls siramlah kaki dulu, pastu peha, pastu ehem ehem, pastu pinggang, pastu bahu, lastly kepala. Mesti angin dalam kepala atau badan tu akan keluar.

3.Istirahat, berbaring di ruangan gelap. Hindari lampu terang atau nyala lampu yang menyilaukan. Bagus jugak ni. Kalau kepala dah berat sangat, baringlah kejap atas katil tu dalam keadaan ruangan yang gelap. Kalau bilik tu tak cukup gelap, kau tido dalam kotak telibisen flat screen 50 hinci.

4.Taruh sesuatu yang dingin di bahagian belakang leher, seperti kain yang dingin dan basah. Kakak tekankan kat sini. Belakang leher k! BUKAN kat muka uolls. Nanti ada pulak kes masuk kosmo seorang warga mesia mati lemas atas katil!

5. Taruh kain lembab di kening, sambil merendam kaki di besen berisi lava gunung berapi air suam. Nanti tekanan angin tu akan bawak dari bawah ke atas dan seterusnya menolaknya keluar melalui kepala.

6. Tutup hidung kanan dan bernafas melalui lubang hidung sebelah kiri. Jangan kau pegi tutup dua-dua lubang hidung tu. Mampus nanti! Tak pasal-pasal kak milah kena masuk court mamoth. Dah kena jawab ngan abang Hakim.

Oklah uolls. Ni sajok penyampaian kakak pada minggu ini. Kalau ado yang kurang dan nak tambah tu, sila komen kat bawah k! Kak milah choww dulu.



sumber
  • SPA
  • No stop

4 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

boleh cayo ke ni?
rase agak was2!

shapoji berkata...

saye tahu gambar kat atas tuh, Caridee ANTM 7, utk photo dumblonde.

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Kompem leh cayo. Kan Kak Milah ado sertakan rujukan tu

Unknown berkata...

shapoji : Bekas. Sekang ni kak milah dah full time jadi staf apo2 yolah...hih

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih