Jumaat, 31 Disember 2010

Malaysia 2010


Pahit manis Malaysia 2010

5 Januari 2010 : 4 sekeluarga termasuk bekas imam ditemui mati dibunuh dalam dua rumah berasingan di Gemencheh.

7 Januari 2010 : Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Klinik 1Malaysia di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Serentak dengan itu sebanyak 44 klinik yang sama memulakan operasinya di seluruh negara.

23 Januari 2010 : Sultan Ibrahim Iskandar dimasyurkan sebagai Sultan Johor yang kelima.

26 Febuari 2010 : Seorang kanak-kanak, Syafia Humairah Sahari mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di Ulu Yam lama dekat Batang Kali.


13 Mac 2010 : Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra bersama rakan Facebook

11 April 2010 : Negeri Sembilan muncul sebagai juara Piala FA selepas mengalahkan Kedah menerusi sepakan penalti 5-4.


20 April 2010 : Mohd Nor Mat Amin mencipta rekod baru apabila berjaya menyempurnakan pendakian ke Puncak Gunung Kinabalu sebanyak 111 kali dalam masa 111 hari.

26 April 2010 : Seorang remaja lelaki Aminulrashid Amzah, 15 mati ditembak setelah dikatakan cuba merempuh anggota Polis peronda ketika mahu memberkasnya di seksyen 11 Shah Alam.

26 April 2010 : Pemain Skuasy no 1 di dunia, Datuk Nicol David dan jaguh lumba basikal, Mohd Azizulhasni Awang ditabalkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati kebangsaan.


27 April 2010: KTM Komuter memperkenalkan koc wanita.


18 Mei 2010 : Majikan diwajibkan memberi cuti rehat seminggu kepada pembantu rumah warga Indonesia selain membenarkan mereka memengang passport.


24 Mei 2010 : Malaysia dan Singapura bersetuju stesen keretapi tanah melayu bhd di Tanjong Pagar, akan berpindah ke Terminal Pemeriksaan Kereta api Woodlands pada 1 Julai 2010.


11 Jun 2010 : YdPA Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.


21 Jun 2010 : Tembok puduraya yang berusia 100 tahun dirobohkan.

2 Julai 2010 : Negara mencatat sejarah apabila kapal selam keduanya , KD Tun Razak selamat tiba di pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia Lumut pada 4.40 petang.


15 Julai 2010 : 1 juta komputer riba 1Malaysia akan diagihkan kepada sekolah menengah seluruh negara.


1 Ogos 2010 : pemilik kenderaan asing hanya dibenarkan membeli petrol RON 97.


2 Ogos2010 : Dua hakim syarie wanita pertama, Suraya Ramli 31 dan Rafidah Abdul  Razak, 39 memulakan tugas secara rasmi masing-masing di Mahkamah Syariah Putrajaya dan Kuala Lumpur.


12 Ogos 2010 : KTMB melancarkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) teerpantas dengan kelajuan 160km/j

13 Ogos 2010 : 3 terbunuh manakala 18 lagi cedera apabila kejadian ribut taufan di Bazar Ramadhan Stadium Jasin Melaka.

30 Ogos 2010 : Keluarga Sosilawati membuat laporan polis berhubung kehilangannya.


31 Ogos 2010 : Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya diadakan di ruang tertutup Stadium Putra.

5 September 2010 : TV3 memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesongkan akidah terutamanya kanak-kanak.

8 September 2010 : Enam maut manakala enam lagi parah selepas terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan empat buah kenderaan di KM 35 jalan Lahad Datu-Kunak

17 September 2010 : Sekolah Harapan di Melaka khusus untuk remaja hamil dibuka.

2 Oktober 2010 : Tun Dr Mahathir Mohammad dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne bagi rawatan jangkitan kuman di dada.

9 Oktober 2010 : PMR tidak diteruskan dalam formatnya sekarang tetapi diubah menggunakan format baru melalui penilaian berasaskan sekolah. UPSR pula akan diteruskan tetapi dengan penambahbaikan bentuk dan komposisi subjek dan perubahan format baru bagi kedua-dua peperiksaan itu akan berkuatkuasa pada 2016.

10 Oktober 2010 : Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Dr Harlina Mohd Yunos selamat diijabkabulkan.

10 Oktober 2010 : Seramai 12 maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila dua bas ekspress, tiga kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di KM 233, Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan simpang tol Simpang Ampat.

20 Oktober 2010 : Melaka diisytihar negeri maju.

11 November 2010 : 48,327 daripada 482,334 calon UPSR tahun ini mendapat keputusan cemerlang atau semua A iaitu keputusan terbaik dalam tempoh 4 tahun.

12 November 2010 : Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat berangkat ke Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor kerana murka dengan perbelanjaan tinggi untuk sambutan itu.


27 November 2010 : Kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas Namawee kerana dia tidak melakukan kesalahan terhadap kerajaan dan melanggar undang-undang.

16 Disember 2010 : Kegiatan ajaran Syiah tegar di kesan bergerak aktif berikutan penahanan 200 pengikut dan dua kumpulannya di Gombak.

23 Disember 2010 : Keputusan PMR tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh 4 tahun dengan seramai 30,863 pelajar telah mendapat semua A dalam semua subjek.

29 Disember 2010 : Skuad bola sepak Malaysia memenangi piala Suzuki AFF setelah menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2.


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

selamat tahun baru 2011 !!..=)

faiq berkata...

PMR terbaik sbb tahun depan nk pilihan raya

blog-tips-kurus berkata...

tok lupe ke 20012010?
tarikh keramat lagi cun tu. Sale on lagi kan? silala beli ape2 yg patut lagi mahal. TQ bebeh:)

ShaLLeyShaLina berkata...

wahhhhhhh...gud2

Unknown berkata...

YaNa : Selamat tahun bary YaNa
^_^

Unknown berkata...

faiq : Haah kan. UPSR pun sama gak.Atok baru perasan

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Tarikh apo tu. Hihi

Unknown berkata...

ShaLLeyShaLina : Tocey tocey....

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih