Jumaat, 24 Disember 2010

Mak atau Isteri?

Assalammualaikum Tok Wan. Nama saya Kulop Raffalie. Boleh panggil Raff. Tok Wan, saya ada masalah besar ni. Masalah rumahtangga. Untuk pengetahuan Tok Wan, saya baru berkahwin dan mempunyai seorang isteri. Abah saya sudah lama kembali ke rahmatullah masa saya kecil lagi. Maka, secara automatiknya, mak saya pun tinggal serumah dengan saya suami isteri sejak saya berkahwin. Yang menjadi masalahnya, mak dan isteri saya tak berapa nak ngam! Kalau mak saya kata A, isteri saya kata Z. Saya pulak kata To. Jadilah A to Z. Ada sekali tu, satu pergaduhan besar antara isteri dan mak saya. Isteri saya membuat kata putus. Pilih samada dia atau mak saya! Saya yang tengah baran time tu hapa lagi, aku bagi kaki kat dia sekali. Sekarang bini saya dah balik kampung sebab merajuk. Tinggallah saya dengan mak saya. Saya sayangkan bini saya sebab dia wanita yang amat bertanggungjawab dalam rumahtangga. Dan dalam masa yang sama, saya sayangkan satu-satunya mak saya di dunia tu yang telah membesarkan saya dengan status ibu tunggal.  Tolonglah saya bagi jalan keluar Tok Wan. Sekian

Ha tu dia tuan puan sekalian. Asal hal rumahtangga ja bagi kat aku. Asal hal aku ja, bagi kat rumah tangga. Tok Wan nak kata expert sangat bab2 rumahtangga ni takdolah sangat. Al-maklumlah dah 40 tahun aku menjando!!!.Pstttt....Ado anak ikan kat luar tu nak kat Tok Wan tak? Tok Wan boleh spedo......Astaghfirullahhal azimmmm!!! Tok Wan gurau yo ha. Jangan amik ati yo Kulop! Eh apo namo kau tadi? Anna Raffalie? Kulop Tali?? Alahai canggih bonar namo kau ha...Susah den nak menyobut eh.

Rafflesia.....eh eh silap...Raff, sebelum muka haku ni kono tumbok kat silent reader kat luar sana sebab tergedik-gedik, baik aku terus jawab isu Raff ni. Kau ni gilo ko apo? Mestilah duo-duo tu ponting!. Bagi Tok Wanlah kan, buek apolah kau ni tompah maut? Dah tahu mak ngan bini kau tu macam tuttt ngan kucing, apa pasal kau letakkan dalam satu rumah? Kau ni memanglah. Ado yang menantu ngan mak mentuo ngam. Siap jalan berirama keluar soping kat 1utama bagai. Ado yang bermusuh, bermasam muko. Ekau kono kenalpastilah kategori mak ngan bini kau ni macam mano. Kategori pop rock ko kan, irama mesia ko. Tapi since kau dah sobut mak ngan bini kau tu tak ngam, Tok Wan assume as bermusuh la yo! Hihi...nampak sangat bengapnya aku.

Tok Wan nak tanyo ni. Raff ado adik-beradik lain tak? Kalau ado, bueklah giliran jago omak tu. Minggu ini giliran Kak Long jago, minggu dopan Kak Ngah, minggu satu lagi Raff, minggu seterusnya adik bongsu dan berbalik kepada kak long minggu berikutnya. Barulah adil! Mak kau pun tak sompek nak carik gaduh ngan menantu eh, dah kono posting kek rumah lain. Kalau omak tu jenis tak mau duk umah anak-anak dan nak duduk kampung yo, ekau pakatlah adik-beradik balik tiap-tiap minggu ikut giliran. Suruh jiran tolong tengok-tengokkan hari biaso tu. Hujung minggu anak-anak balik ikut turn. Jangan kau p biarkan mak kau sorang-sorang kat kampung tu tak balik bertahun-tahun. Mahu mam*** kering orang tua tu sorang-sorang kang!

Kalaulah Raff ni anak tunggal, dan mak tak suko duduk kat kampung sebab selalu terimbas kenangan romantik bersama abah Raff dulu,  Raff hantarlah mak Raff pergi rumah orang tua. Ramai yang salah anggap rumah orang tua tu untuk mak bapak yang dibuang anak. Silap tu! Tok Wan pun sekarang duduk rumah orang tua. Ada wifi lagi tu. Sempat jugaklah aku berblog nak selesaikan isu kau ni. Kat sini Tok Wan ada ramai kawan-kawan. Daripada aku duduk umah anak aku, aku kena jadi baby sitter pulak. Dah lah kau masa kecik-kecik aku jago, dengan 7 keturunan kau sekali aku nak jaga pulak ye. Banyak cantik. Inilah masanya untuk Tok Wan beristirehat bersama-sama teman seperjuangan. Tapi! ada tapi! Raff konolah lawat mak tu dengan kerap. Seminggu sekali ke kan. Kalau boleh hari-hari! Takdolah rindu sangat orang tuo tu nanti. Tapikan kalau kau ada duit lebih, kau belikan mak kau apartment sebijik. Kau mampu???

Penyelesaian yang berikutnya, Raff konolah slow talk dengan isteri tu. Bincang masalah dari masa ke masa. Ini tidak, asal malam jumaat je kau terkam bini kau. Raff cuba pujuk dia, suruh bini Raff tu ambil hati mak. Kadang-kadang cakap orang tua ni ada betulnya. Sebab diorang yang makan garam dulu. Errr...Tok Wan makan spagethi dulu k. Tu yang mereng sikit tu. Mungkin cara teguran mak mentua tu terlalu keras. Tapi hakikatnya dia tak maksud macam tu. Niat dia mungkin untuk mengajar menjadi lebih baik. Dah berapo lamo pulak dio jadi surirumahtangga kan. So, pujuk isteri tu supaya banyak bersabar dan be profesional. Selalu berfikiran positif.

Poie bercuti. Jangan kau bawak bini kau yo bercuti. Kau tinggalkan mak kau sorang-sorang kat rumah. Kompem mak kau sumpah kau jadik batu nanti. Bawaklah kedua-duanya sekali. Tak payah nak pegi Hollywood, Playwood bagai. Cukuplah kat PD tu ha. Kat Mesia ni banyak tompek best-best. Mana tahu, masa tengah bercuti tu tetiber pulak datang chemistry bini ngan mak tu? Silap-silap kau kena tido kat luar sebab mak ngan bini dah kamcing giler dah nak tido satu katil!

Dan akhir sekali, bawak mak dan isteri tu duduk ontok-ontok kat ruang tamu. Bawak berbincang. Kalau boleh pasang candle light ke kan. Biar kasi romantik sket. Ko jadilah pengerusi majlis. Biar mak ngan isteri kau membebel ceritakan masalah masing-masing. Mungkin masing-masing ada tanggapan tersendiri dan salah anggap perbuatan orang lain. Persefahaman tu penting.

Tak ado istilah, isteri atau mak? Duo-duo ponting. Memanglah bini boleh cari tapi mak tak boleh. Tapi boleh ke kau cari bini sebaik bini kau sekarang? Susah Raff....So, cadangan Tok Wan, pujuk balik bini kat kampung tu dulu. Bawak mak ngan bini bercuti. Then masa bercuti tu cuba bawak berbincang. Gud luck yo! Tok Wan chauuu chiin chauuu..............

8 ulasan:

Syafiq Rosli berkata...

nice entri ya..

jom join contest aku dan kacamata

blog-tips-kurus berkata...

kau dah kawen nanti tau la kau wahai Encik Suhami :)
(betul ke masih 100??!)

Unknown berkata...

Syafiq Rosli : Ok2, nanti Tok Wan joint yo...nak kono pakai spek mato cik ombun ko?

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Eh Tok Wan jando. Hehe. APo yang 100?

cikpuanhady berkata...

hehe..suami kena pandai handle dua-dua.. kena pandai amik hati mak dan hati isteri..

p/s : boleh dah ke msk blog baru den tu atok?

Jom skodeng :Ada blog lebih dari satu?

Unknown berkata...

wah! dh jd tok wan sri siantan plak! cmtu la kalau dh berumahtanggo..mcm2 nk kono pikir an. ingat2 tujuan hidup di dunio sudahlah..lain2 sorah ke Allah Taala..kasih ibu bawak ke syurgo, isteri plak? sendiri mau ingat la..

Unknown berkata...

cikpuanhady : Boto2...atok stuju. Ha, jap g atok skodeng blog tu yo

Unknown berkata...

Paish : Ha, itulah Paish...Untuk pengetahuan Paish, apo2 yolah ado ramai kakitangan.....

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih