Ahad, 26 Disember 2010

Hibernasi seharian

Harini atok balik Somban cepat sikit. Dari kampung bergerak pukul 10 pagi camtu. Kalau 'bertolak' mesti 10 pagi semalamnya. Kalau tak, takkan sampai! Sebab tu atok lebih suka menggunakan istilah bergerak. Atok selalunya gerak malam. Tapi arini nak kono hantar Nursila ke KTM Somban. Dio kono sampai KL Central kul duo. Tu yang kena bertolak gerak awal. Akibatnya, lepas hantar dia atok kebosanan kat Somban ni sorang-sorang. Kalau kat kampung tu, time2 cenggini banyak aktiviti boleh buat.<----ye aktiviti! aktiviti berenang kuak lentang atas katil an?


Atok cuba try test BERonline untuk hapdet blog. Macam biasolah, kadar kecipanan berukben buek hal kat Somban ni amat tinggi waktu siang. Giler slow. Mungkin sebab banyak persaingan. Persaingan?? Kalau kat kampung atok tu line xde masalah. Laju je. Siap layan muvie lagi kat youtube. No sangkut-sangkut. Kau ado?? Yelah, mungkin tak ramai yang online  kat kampung atok ni. Orang-orang tua kat sana tak layan pesbook. Kesimpulannya atok tak online pun. Tunggulah line bertukar dari EDGE ke HSDPA.


Sementara menunggu line tu bertukar wajah, atok sempatlah main Red Alert 3 kejap. Yelah, nak main games lain aku tak reti. Aku ni buta teknologi! Main main main, pastu atok pun TERberhibernasi dari tengah hari sampailah pukul 4 lebih camtu. Giler rakus tido! Pastu perut dah kosong akibat terlebih berhibernasi, atok pun pegi dapur selongkar lauk-pauk yang mak atok tapau tadi. Sekali hadap terus lesap!


Atok cek line tenet lagi. Masih EDGE. Atok dah nak campakkan berukben ngan laptop kat luar rumah dah ni sebab tensen. Tapi memandangkan laptop tu baru je nak idop, atok tak jadik campak. Atok pun buatlah aktiviti sampingan seperti mengedit header atas tu. Pstttt....Apo2 Yolah Next Top Icon yang first, si Nonor dah turun tahta semalam. Hihi. Cukup sebulan dah dia menang. Tu yang kena tukar header baru. Tapi kalau nak skodeng dia boleh klik [sini]. Oklah, atok nak sambung hibernasi tengok TV ni. Sungguh membosankan! Tata titi tutu......

8 ulasan:

faiq berkata...

hehe..cmpk je,pstu beli baru

ShaLLeyShaLina berkata...

waaaa header baru atok meletopss..... ANTI musim ke2....hmmmm.....rasa nk join jek...ehem

cikpuanhady berkata...

waahhh..dah tukar header..sebulan dah ek..kejap je rasanya..

atok ditag

http://myapeapeaje.blogspot.com/2010/12/2010/12/jom-terjah-blog-anakdaraden.html

Jom skodeng :Notre Belle Histoire

Unknown berkata...

faiq : Waaa faiq, bulan ni dah lah atok macam kena makan rumput...atok tarik balik kata2 atok tadi



:P

Unknown berkata...

ShaLLeyShaLina : Ha Alina, nanti atok umumkan pembukaan rasmi <---acececeh!

Unknown berkata...

Cikpuanhady : Kejap je an? hehe....waaa, yang aritu atok tak lunaskan lagi. Nanti atok coba curik masa ek...

blog-tips-kurus berkata...

tok,
x yah cari laa.. susah2 je,
den kan ado:)

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : hihihi...ha masuk pencarian tu, jangan tak masuk...kompem kene sekso..hihi

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih