Ahad, 26 Disember 2010

Lawak kah?

1. Saham dunia tengah merudum, Kulup seorang broker saham jatuh sakit sebab tekanan darah tinggi, demam dan tensen gila.  Dia rasa macam nak kena strok Kulup dikejarkan ke hospital. Doktor yang memeriksa tekanan darah Kulup terkejut badak...
Kulup : Berapa doktor.
Dokor : 220...ke atas...
Kulup : Tak apa, kalau naik 221 juallah!


2. PakPandir pergi ke klinik.  Setelah mengambil ubat, doktor itu memberitahu Pak Pandir, dia tahu lepas ini 6 ekor ayam Pak Pandir takkan bertelur lagi.
Pak Pandir : Eh! macam mana Doktor tahu ni?
Doktor : Pagi tadi saya terlanggar ayam Pak Pandir!


3. Seorang Jeneral tentera dimasukkan ke Hospital kerana masalah usus berdarah. Di dalam wadnya, biasalah orang berpangkat dan berkuasa besar, si Jeneral ni asyik komplen saja. Bilik tak cantiklah, katil tak empuklah, tandas komanlah, TV tak teranglah, Jururawat lembablah, macam-macam lagi. Doktor dan Jururawat naik bosan dengan perangainya.

Satu pagi seorang Doktor datang, kata Doktor itu, dia hendak memasukkan tiub berkamera sebesar ibu jari kaki ke dalam punggung si Jeneral untuk memeriksa rektumnya (bahagian akhir usus). Dipercayai ada banyak ulser pada rektum dan usus besar Jeneral tadi.

Jeneral itu merungut-rungut tapi nak tak nak terpaksa juga meniarap dan menunjukkan punggungnya. Doktor pun menyumbatkan tiub sebesar ibu jari ke dalam &&^%%& Jeneral tadi. Menjeritlah dia sampai satu hospital dengar. Dua tiga minit menjolok tiub tersebut...

"Okey...dah siap. Tuan tunggu sekejap, lagi lima minit saya datang,"kata doktor berkenaan dan berlalu pergi. Lima minit, 10 minit...setengah jam...akhirnya satu jam telahj berlalu, tapi doktor itu tidak juga datang. Tiba-tiba pintu dibuka, masuklah seorang Jururawat. Melihat saja pesakit menonggeng di atas katil, si Jururawat pun menjerit.

"Laaa! kat sini rupanya tiub getah paip kami yang hilang tu"

2 ulasan:

IMANSHAH berkata...

wahaha, dokter tu langgar mati ke??atau ayam tu jadik mandul??

thanks lawaking

Unknown berkata...

IMANSHAH : Ayam tu mati tapi sistem peranakan ayam tu masih ok IMANSHAH

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih