Sabtu, 27 November 2010

Tahniah Nonor! part 1

Atok sukakan rancangan realiti. Tak kisahlah pertandingan dalam bentuk nyanyian ke, dancing ke, challenging ke, reality games show ke, seekers ke, sailormoon ke, ninja turtles ke dan lain-lain ke...baik cakap "lain-lain ke" sebab kalau aku tak cakap nanti karangan ini panjang.

Cerita pertama sekali yang atok pernah tonton  melibatkan rancangan realiti adalah Survivor musim pertama di Tiga Islands, Malaysia masa atok di tingkatan 4 lagi. Konsepnya yang menarik. Seramai 16 orang itu akan berebut untuk merebut gelaran Sole Survivor. Banyak cabaran. Seorang demi seorang disingkirkan sehingga juara ditemui. Start dari situ makin banyak pulak program realiti yang dipertandingkan. 

Dan yang terbaru atok minat pulak tengok cerita American Next Top Model. Sebab satu je alasannya. Atok sukakan Heather Kuzmich cycle 9.  Mula saat tu, atok mula ikuti cerita ni sejak cycle 9 hingga terkini, cycle 15.<---Cycle 1-8 aku tak tangok sebab dalam ati cakap ntah ape2 cite bogel dia tayang ntah.
Konsep yang sama seperti Survivor. Penyingkiran demi penyingkiran sehinggalah juara ditemui. Kat Malaysia ini pun makin banyak program realiti macam tu sekarang. OIAM, Akademi Fantasia, Malaysian Idol, U think i can dance dll.

Makanya, atok telah terfikir. Apa kata kalau atok buat program realiti sendiri? Realiti???  Melibatkan blog sebab atok hanya ada blog sajo. Kau giler nak suruh aku jadi produksi survivor edisi Malaysia. Then, kaji punya kaji maka tercetuslah Apo2 Yolah Next Top Icon program realiti blog yang terhasil dari gabungan Survivor dan ANTM.  Ada imuniti. Ada cabaran. Ada penyingkiran.

So, setelah tawaran dibuka akhirnya atok menerima 6 orang peserta saja yang berminat. Sodih. Maso tu atok dah terpikir dah, orang tak minat nak joint contest ni sebab menyeksa badan yo.  Maka, keenam-enam ini terus layak ke final stage. Lepas satu penyingkiran ke satu penyingkiran. Ada juga menarik diri atas masalah peribadi.  Namun akhirnya juaranya telah pun kini diketahui.

Mungkin ramai yang dah tahu gadis yang berasal dari Johor dan kini menetap di Kuala Lumpur ini telah berjaya menjadi Apo2 Yolah Next Top Ikon pertama.  Berumur 24 tahun dan terkenal dengan tagline eh "si cute Nonor didahulukan, Nonor menang diutamakan" <-----macam aku penah dengar je...tapi...

Mempersembahkan Nonor!.  Tepuk tangan.....
Nonor adalah calon peserta yang ke-4 menghantar portfolionya ke entry admin contest.  Bermula dengan markah yang teruk kerana menjadi peserta kedua corot semasa cabaran pertama. Dan kemudian meningkat dari minggu ke minggu.  Terus menjadi pesaing yang hebat pada cabaran yang seterusnya. Dia telah menemui rentak gaya penulisannya.  Tahniah sekali lagi Nonor. Sebanyak 7 entry khas dalam blog ini  akan menceritakan tentang kejayaan Nonor seperti yang dijanjikan sebagai salah satu ganjaran kepada si juara.  Nantikan sambungan entry khas kedua berikutnya.


Ini portfolio Nonor

Jemput singgah ke blog NONOR


3 ulasan:

Amirah Yusof berkata...

atok x ckp pun ada buat contest..touching ah ceni..hak2 =(

Gadish Lollipop berkata...

congrats to nonor

Suhami Ahmad berkata...

@Amirah Yusof....Atok dah open penyertaan untuk sebulan tapi mungkin orang tak paham contest ni...tak apo, akan muncul yang ke-2...so, sentiasolah singgah blog atok yo

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih