Selasa, 16 November 2010

The Blackberry Torch 9800

Kita sering mencari telefon bimbit yang benar-benar canggih dan pintar bukan? Tapi sebelum kita pilih telefon kita tu, perkara utama yang perlu dititikberatkan mestilah ianya menepati ciri-ciri yang kita idamkan dan ciri-ciri KESELESAAN serta GAYA kita, betul tak? ya KESELESAAN dan GAYA.
Cuba kau bayangkan, seorang jejaka kacak muka iras David Beckam yang memiliki lilitan  jari seperti pen marker, semestinya susah untuk mengendalikan telefon berpapan kekunci.  Cuba bayangkan pulak, seorang gadis yang anggun dan metropolitan yang memiliki kuku panjang, semestinya tidak mahu mencalarkan telefon mereka dengan skrin sesentuh bukan? Come on...we want BB! we want BB!....Jangan biarkan kekangan anda itu mempengaruhi keghairahan memiliki sebuah BlackBerry!
Now, i wanna introducing to you, The new brand of Blackberry Torch 9800!!!                     (sila ikut nada doraemon itroducing produk dia ok!)
Ada apa dengan Blackberry Torch 9800??

Ada apa kau kata? Kau tahu tak, dengan Blackberry Torch 9800 yang baru, kau boleh mengendalikan fungsi BB bukan saja dengan skrin sesumpah sesentuh, malah kini ada keypad phone! Ada dua fungsi touch! Ya duaaaa!
Ehem ehem, those yang bela kuku panjang tu exspecially girls, tak perlu potong pendek kuku anda jika hendak memiliki BB. Dengan Blacberry Torch 9800, kau boleh guna fungsi keypad.  Kepada yang memiliki jari-jemari yang besar gedabak tu exspecially boys, bolehlah gunakan fungsi skrin sesentuh 3.2 inchi Blackberry Torch 9800. Juga berita baik bagi sesiapa yang tidak mahu mencacat-celakan BB mereka dengan cop jari, bolehlah menggunakan fungsi keypad. Cukuplah dah kena cop cari masa mendaftar kad pengenalan kan.  Wahhhh! memang kababooom. Ini betul-betul menepati ciri-ciri lelaki mahupun wanita!
Selain daripada itu, kau boleh melayari internet dengan laju dan memuat turun segala-galanya ke dalam The Blackberry Torch 9800 kau sahaja. Tak perlu hard disk, pendrive segala bagai kerana The Blackberry Torch 9800 yang mempunyai kapasiti menyimpan 8GB juga ditambah lagi dengan 32GB microSD kad!  Boleh zoom dengan jari sahaja dan memperhebatkan paparan muzik yang mana boleh kita menayangkan album penuh dan senarai trak dalam bentuk potrait atau landskap.  Mana-mana yang jenis suka memuat turun dan menyimpan, The Blackberry Torch 9800 adalah pilihan yang tepat. Kau boleh muat turun segala-gala bentuk video ataupun muzik kegemaran dan tayangkan semula pada bila-bila masa di mana jua.  Termasuklah melayan perasaan ketika hendak tidur. Dengan The Blackberry Torch 9800 segalanya mungkin pasti!

Tak cukup dengan itu, tiada lagi istilah terlepas merakam saat indah dalam hidup.  Cuba bayangkan jika pada masa itu kau secara kebetulan terserempak dengan Accapan, Mr Os, Anggelina Jolie atau sesiapa artis di dalam lif, kemudian terlupa untuk membawa kamera bersama semestinya ia menjadi satu kesesalan yang paling besar sekali bukan.  Siapa yang mahu membawa kamera yang besar gedabak itu bersama? Dengan The Blackberry Torch 9800, ianya telah didatangkan bersama fungsi kamera 5MP! 5MP adalah setanding dengan kualiti kamera digital yang lain.  Ada flash, auto fokus berterusan, penstabilan imej automatik juga terdapat 11 fungsi mode dan rakaman video jika diperlukan dalam keadaan terdesak.  The Blackberry Torch 9800 bukannya bidan terjun untuk menggantikan fungsi kamera malah kau tak perlu membazir membeli kamera digital yang lain, cukup sekadar dengan The Blackberry Torch 9800. Dua dalam satu bro. Errr silap....all in one!


Suka bersosial secara maya seperti myspace, tagged atau Linkedln?  Berbisik sesuatu kepada sahabat handai melalui twitter?  atau mengupdate aktiviti terkini atau berjumpa skandal kenalan lama melalui alam maya seperti Facebook? Kenapa perlu bawak laptop berbondong-bondong ke restoren makanan segera atau kedai-kedai mamak hanya semata-mata untuk update status anda?  Kenapa perlu membayar sejumlah wang untuk makanan di sana semata-mata membolehkan anda mendapat talian internet percuma? Atau mengkayakan lagi tokey cyber cafe? Semua itu tidak perlu lagi dengan The Blackberry Torch 9800.  Semuanya pasti lebih mudah. Tak perlu membazir masa terperangkap dalam laluan trafik untuk ke cc atau menghadap muka abang mamak lagi.  Anda boleh mengakses halaman sosial anda di mana-mana sahaja hanya dengan The Blackberry Torch 9800.  Di mana-mana ya! I liokee!

Selain boleh kekal berhubung dengan sahabat handai, kau juga boleh melayari internet dengan pantas dan tuntas. Aktiviti melayari dipertingkatkan.  Pelbagai tugasan dapat dilakukan pada satu masa.  Kau boleh buka pelbagai websites hanya dengan tab browsing yang bertindak sebagai penanda kepada semua halaman dalam bentuk ikon menarik atau nama yang boleh diubah sendiri. So, apa perlunya membawa laptop bersaiz 15-21 inci itu lagi ke mana-mana? Are your a bussinessman? Nope right. We are modern generation babeh! Dengan The Blackberry Torch 9800, kau kelihatan lebih metropolitan, canggih dan akan kelihatan lebih hebat.




Minat? Tertarik? Kababoom?
Jom sertai majlis pelancaran Celcom BlackBerry® Torch™ 9800 dan jangan terkejut dengan tawaran yang tak masuk akal!!!

Kau boleh menikmati Celcom BlackBerry® Torch™ 9800 pada harga gila dan tawaran yang menakjubkan dan percuma disokong rangkaian terluas terpantas, mobile paling jelas jika mendaftar pada hari tersebut.  Hanya Celcom!

Juga berpeluang menjadi pemilik pertama pada majlis pelancaran Celcom BlackBerry® Torch™ 9800  yang diadakan pada 29 Oktober 2010. Tak suka ke jadi orang yang pertama memilikinya? Kalau tak suka, baik kau mula buat temujanji dengan pakar psikitari sekarang. (T_T)

Datang dan serbu majlis ini  hanya pada: 
Tarikh : Jumaat 29, October 2010
Tempat : Bukit Bintang Entrance, Pavilion KL (berhadapan Esprit / La Bodega)
Masa : 3pm – 10pm (Pendaftaran bermula jam 3pm, tapi wajib datang sebelum itu untuk mulakan rebutan!)
Tawaran hebat hanya sehari!!!!!

- Nikmati Celcom BlackBerry® Torch™ 9800  pada harga tak tercapai diakalmu serendah RM1800! Wait wait! sila buang angka 100 tu ya. I dun want to see it!
RM 1800.....ok im done,
WHATTTT!!!!
RM8???? Are you kidding me?!
I dun want to be a joker here, but the fact is, ITS TRUE!!!.
Nikmati Celcom BlackBerry® Torch™ 9800  pada harga tak tercapai diakalmu serendah RM8 apabila anda mendaftar pada hari tersebut dengan Celcom Exec atau Celcom Biz plans!
*pengsan

- 10 orang bertuah yang pertama mendaftar akan mendapatkannya pada harga RM 8!!!
- 100 orang bertuah yang berikutnya mendaftar akan mendapatkannya pada harga RM 488!!
- 100 orang bertuah yang berikutnya mendaftar akan mendapatkannya pada harga RM 888!

- STOK adalah TERHAD.  Siapa CEPAT dia DAPAT. Apa lagi, kau kunci jam sekarang supaya tak terlepas.
- Dapatkan Door Cover BlackBerry Torch edisi TERHAD secara PERCUMA, hard casing BlackBerry Torch PERCUMA juga FREE Call Me Tones for 1 month worth RM5, games, apps for BlackBerry®. Cuma dail  *118#, dan pilih STUFF FOR BLACKBERRY!
- Jadilah sebahagian yang terpantas, jaluran telefon paling luas di negara ini.
- Pelbagai aktiviti menarik, hadiah dan pemberian pada hari tersebut.


OMG!!!! i miss that event!


Don’t afraid if you missed the event, kau masih boleh dapatkan Celcom BlackBerry Torch dan nikmatinya dengan harga mampu milik di serikan lagi dengan rangkaian jalur terluas di Malaysia dengan Celcom, komuniti BlackBerry nombor 1 di Malaysia di mana-mana Blue Cube outlet di seluruh negara bermula 3/11/2010 onwards! Yo, cayolah cakap den.

• Dapatkan Celcom BlacBerry Torch dan nikmati penjimatan hebat hanya mendaftar dengan Celcom postpaid plans! Semak pakej yang berkenan di hati :



Tunggu apa lagi?
Don’t miss out on this promotion! For more information about the Celcom Postpaid Plans, head on to http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800.php

Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih