Khamis, 18 November 2010

Gigi bongsu atok tumbuh

Ha...jangan main giler. Gigi bongsu yo bukan gigi palsu.  Walaupun atok dah layak jadi warga emas, tapi masih lagi bernafsu untuk tumbuh gigi.  Sebenarnya atok memang dah lama sakit sebab gigi bongsu ni, tapi baru sehari dua ni bertambah-tambah sakit. Sebelum ni atok punyo gigi bongsu malu-malu nak keluar, tapi pagi tadi lepas je bangun tido, gusi atok sebelah kiri rasa pedih sangat. Pastu pose model kat cermin, gusi atok dah terkoyak sebab gigi bongsu tu telah keluar dengan mendadak. Nak makan lomang pun tertangguh.


Mako eh, atok apo lagi. Bukak laptop then google pasal gigi palsu bongsu ni. Sambil-sambil sapu bonjela (padahal untuk ulser nih), atok pun baca informasi dari google. Ni dia....


Latar belakang
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat REMAJA atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.



Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
• Kesakitan
• Jangkitan
• Kebengkakan
• Penyakit gusi
• Nafas berbau (what the...??.)
• Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
• Kesukaran membuka mulut

Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?

Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
• Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
• Kebengkakan muka
• Kesukaran untuk menelan
• Kesukaran membuka mulut
• Demam

Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?
Dapatkan rawatan secepat mungkin.
Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum
ke klinik:
o Makan ubat penahan sakit.
o Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
o Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
o Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.

Rawatan oleh doktor pergigian

Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:
• Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).
• Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).
• (a) Jika gigi bongsu tidak terimpak :
- gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi).
(b) Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang :
- gigi perlu dicabut melalui pembedahan.
X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.


Sumber dari SINI


Atok : Walaupun berita baiknya atok rasa seperti orang muda, persoalannya.....bilakah penyeksaan ini akan berakhir

4 ulasan:

Adam Raqie berkata...

Argh... Aku pon sakit nih.. da 3 4 ari da gusi+pipi bengkak. sakit amat.. makan asik tgigit pipi. spi luka.. tpi x nmpk plak gigi palsu nak tumbuh.. wakaka.. gigi palsu erk.. gigi bongsu la...

Di komen oleh blogger bukan sekadar blog

Unknown berkata...

@Asrol Mania

Ha, ni musti makan tak bace bismillah...tu yang tergigit..xpe, inikan lidah lagi tergigit ni kan pula suami isteri....errkk?!

Adam Raqie berkata...

haha... suami isteri tang mana.. apatah lidah lagi tergigit, inikan pula pipi yang bengkak.. la... hahahaha..

Unknown berkata...

@Asrol Mania

haaa..boto2 tu....atok kono belajar dari karam singh waliah lagi nih...

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih