Ahad, 14 November 2010

Anugerah Allah


Assalamualaikum waghih-waghih. Sihat?
Tajuk entry tu macam  riak ada, sodih  ada, putus asa pun ada.  Al-maklumlah sejak setahun dua ni badan ni macam nak sama dengan badan alien yang gomok gedabak dalam cite ben 10.  Siyesli, masa masih menuntut ilmu ghaib dulu, badan ni takdelah tembam sangat dan takdelah kering sangat. Sedap-sedap je.  Tapi bila dah masuk alam pekerjaan ni, badan terasa macam di pam-pam.

Mungkin orang cakap hati senang. Tak ade maknenye hati aku nak senang sejak bekerja ni.  Tak senang! tak! Memang la senang bila menjelangnya 25 haribulan, tapi.....paham-pahamlah.  Berbalik kepada topik tadi, mungkinkah kerja goyang kaki je tu yang badan makin gomok? Kau giler? keje apa yang goyang kaki......melainkan keje menjahit baju untuk tempahan hari raya je. Tu pun sekarang tailor tak goyang kaki dah. Main pakai letrik je.

Setiap pagi aku dok macam orang giler turun naik turun naik tangga opis tu semata-mata nak bakar lelemak berlebihan. Sampai tiba je kat floor paling atas, aku tinggal setengah nyawe je. Sampai boss besar pun simpati tengok aku macam tercekik tulang kfc bila nak berkata-kata.  Pun tak kurus-kurus jugak.

Habis duit gaji beli macam-macam ubat kurus, sampai tercirit-cirit.  Tahan lapar sampaikan muka pucat.  Usus aku pun macam dah mati kutu nak proses ape lagi sebab sumber makanan tak masuk-masuk.  Ubat kurus tak guna.  Kononnya produk baguslah, berkesanlah....tiada jaminan gomok semulalah....cissss! takde maknanye. Habis beriban-riban tapi hasil kejap je. Bila dah habis mesti kena beli lagi. Kalau tak, mesti gomok balik. Takda gunanya! Tak jalan langsung!

Tiap-tiap pagi wajib bangun awal semata-mata nak berjogging. Teraba-raba aku tengah jalan tu berjogging dengan rambut kembang  macam orang giler lari sorang-sorang.  Sampai punch card merah je sebab lambat. Sodih!

Kemudian, bila difikir-fikir balik. Oooo, barulah tahu. Mungkin ini adalah anugerah dari Allah. Aku kena bersyukur dengan bentuk diri aku. Tak kisahlah badan lonjong ke, bulat ke, tiga segi ke...yang penting Alhamdulillah sifat aku sempurna semuanya. Tak ada cacat cela. Aku kena yakin dan mulai hari ini kena sesuaikan diri dengan bentuk badan yang baru ni. Gomok pun gomoklah. Selagi aku termampu untuk mengurangkan kesan gomok tu, aku akan cuba. <----kalau kau terus-terusan melantak, memanglah bertambah gomok.

Mulai esok, aku akan cuba mengubah corak pemakanan dan aktiviti harian. Mesti! Mesti!Mesti!

2 ulasan:

sud@is berkata...

bagus! usaha sendiri lg baik dr menghabis duit dgn ubat kat pasaran yang belum tentu jamin kesihatan, kalu kurus ada side effect buat apa. teruskan usaha anda

Unknown berkata...

@S..U..D..@..I..S
itulah, atok kono bangga dengan diri atok sekang...yang patut eh, kono amalkan kesihatan n diet seimbang dari sekang...Atok tak mau minum2 jus kurus, makan2 pil kurus lidi bagai dah. Membazir.

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih