Ahad, 24 Oktober 2010

Protes paksa Lady Gaga batal konsert




BEBERAPA penunjuk perasaan semalam menyekat laluan ke sebuah dermaga kapal Toulon, selatan Perancis bagi membantah had umur persaraan dilanjutkan.



PARIS - Penyanyi terkenal, Lady Gaga nampaknya turut menerima tempias protes besar-besaran yang berlaku di Perancis apabila para penunjuk perasaan mengawal lapangan terbang di Marseille.

Tindakan tunjuk perasaan itu menyebabkan Lady Gaga yang terkenal dengan lagu Bad Romance terpaksa membatalkan konsertnya di Paris yang dijadualkan pada hari ini dan esok.

Protes itu semalam merupakan siri tunjuk perasaan yang bertujuan membantah rancangan pemerintah Perancis yang mahu melanjutkan usia persaraan daripada 60 tahun kepada 62 tahun sebagai salah satu usaha mengurangkan defisit bajet.

Semalam, ratusan pekerja menghalang semua akses ke lapangan terbang utama di Marseille selama tiga jam.

Para penumpang terpaksa berjalan kaki ke terminal sebelum anggota polis datang menyebabkan kumpulan penunjuk perasaan bersurai. Mereka turut menghalang laluan kereta api di sekitar Paris.

Beberapa buah lebuh raya terjejas apabila beberapa buah kereta dan trak menghalang laluan di Calais di utara dan Pyrenees, selatan Perancis.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Brice Hortefeux menyelar individu yang terlibat dalam protes tersebut.

Bercakap kepada radio Europe-1, Hortefeux memberitahu seramai 1,901 suspek telah ditahan sejak awal minggu lalu.

Hortefeux menegaskan Perancis masih miliki rizab minyak untuk beberapa minggu lagi dan bekalan adalah semakin baik meskipun ada tunjuk perasaan.

Pagi semalam, para pelajar menutup Sekolah Tinggi Turgot berhampiran Place de la Republique di timur Paris bagi membantah cadangan melanjutkan had umur persaraan. Mereka duduk di tengah jalan dan menghalang aliran trafik dengan menyanyikan lagu serta melaungkan slogan kumpulan buruh.

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Paris memberi amaran kepada warganya supaya menjauhi lokasi demonstrasi di Perancis.

Amaran itu menyatakan demonstrasi aman boleh bertukar menjadi ganas. - AP


SUMBER : Kosmo! Online

Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih