Kerana dia
Masa kejap je berlalu kan bang. Sedar tak sedar hidup ni terasa cepat je berlalu. Abang ingat lagi tak saat pertama saya mengandung Syafiq dulu? Saya termuntah depan meja makan. Masa tu abang tengak sedap menjamah nasi berlauk sambal petai. Abang terus berhenti makan lepas tu tenung muka Ina tanda tak puas hati. Ina masih ingat lagi.
Awak tu. Kalau ye pun nak termuntah, janganlah muntah depan saya. Masa saya tengah makan pulak tu. Tapi, abang tetap risaukan awak. Abang ingatkan lauk yang abang masak tu masin atau tak sedap. Yelah, kali pertama abang tolong awak masak.
Hehe. Rupa-rupanya kan bang, selepas saja abang bawa Ina pergi klinik desa, Ina telah disahkan mengandung. Ina suka sangat. Itulah kali pertama Ina tengok air mata abang bergenang. Ina tahu abang menunggu saat-saat bahagia itu. Hampir 7 tahun perkahwinan kita, akhirnya kali ini terlekat pulak.
Masa berlalu terlalu pantas. Bila tiba masanya Ina nak bersalin, abang cemas sangat. Abang tak tahu nak buat apa. Abang terus pergi ke rumah Mak Tam. Nasib baik Mak Tam ada. Ina telah lahirkan seorang anak lelaki yang comel untuk abang. Kulitnya macam Ina. Putih melepak. Mukanya pun banyak ikut Ina. Cuma ehem je ikut abang. Hehe. Abang namakan anak kita itu Syafiq.
Ish, nakal abang ni. Ke situ pulak. Walaupun kita hidup susah, kita tak pernah hampakan kehendak anak kita kan. Apa yang dia nak, kita sedaya upaya cuba dapatkan. Permainan baru? basikal? baju baru? kasut baru?semua kita sediakan. Itulah anak tunggal kita yang ada. Bila Syafiq gembira, kita akan gembira. Biarlah pada hari itu kita terpaksa mengikat perut membeli makanan kerana Syafiq beriya-iya nak kan permainan. Yang penting, Syafiq suka.
Betul kata awak tu Ina. Tak salah rasanya kita berbelanja untuk anak kita itu. Lagipun Syafiq anak yang cerdik. Dalam kelas selalu dapat nombor satu. Syafiq pun aktif bersukan. Awak ingat lagi dia pernah masuk perlawanan Hoki Sekolah Rendah sehingga peringkat negeri?
Ingatlah bang. Masa tu Ina yang masakkan lauk-lauk sedap untuk dia. Ina bekalkan siap-siap untuk Syafiq. Dia dan kumpulan hokinya makan sama-sama. Mungkin sebab itu dia bersemangat sehingga kumpulannya merangkul gelaran juara negeri. Hehe. Prestasi akademik bagus, ko-kurikulum pun bagus. Cikgu-cikgu Syafiq selalu puji kecemerlangan anak kita. Tuh, kalau kat rumah tu, semua hadiah-hadiah dan trofi yang tergantung, semuanya hasil kejayaan Syafiq. Ina bangga dapat anak macam Syafiq tu.
Bila naik je sekolah menengah. Anak kita bertambah bagus. Wakil sekolah dalam pertandingan pidato, deklemasi sajak, syarahan, tadarus. Syafiq tu pun ketua pengawas menengah rendah. Abang selalu berangan. Mungkin Tuhan sudah mengirimkan anak bertuah seperti Syafiq ini untuk mengubah nasib kita sekeluarga. Mungkin lepas ni, kita tak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang lagi. Lepas ni, merasalah kita duduk rumah besar-besar. Pakai mewah-mewah. Tak perlulah kita mengikat perut lagi.
..................................
Kenapa awak terdiam?
Tapi bang. Tapi semua itu hanya angan-angan kita sahaja. Impian kita untuk melihat Syafiq berjaya musnah sekelip mata. Prestasi Syafiq makin merudum bila meningkat ke menengah atas. Cikgu selalu datang ke rumah , bagitahu anak kita tu bergaduh di sekolah. Balik rumah, bajunya kotor, koyak-rabak. Remuk hati saya bang. Hancur. Pedih macam di hiris-hiris. Anak yang kita tatang bagai minyak penuh tu, sanggup buat kita macam ni.
Entahlah Ina. Mungkin itu nasib kita suami isteri. Sudah lah hidup susah, ditimpa lagi pelbagai musibah. Abang benar-benar kecewa bila polis datang ke rumah kita mencari Syafiq. Abang katakan, anak kita tu sudah tiga hari tidak pulang ke rumah. Sekolah entah ke mana. Makan minum entah apalah cerita. Bayang pun lama dah tak nampak. Abang tak tahu kenapa Syafiq jadi macam tu.
Itu semua kerana dia bang! kerana dialah yang memusnahkan hidup anak kita! kerana dialah kita sekeluarga porak-poranda. Kerana dialah impian kita untuk hidup senang sedikit terus hancur. Itu semua kerana DADAH!!!!!
Tak apalah Ina. Mungkin itu nasib kita. Marilah kita masuk. Awak tu pun bukannya sihat sangat. Hari pun dah nak gelap. Tak guna kita menyesali perkara yang sudah. Syafiq pun sudah tiada. Biarlah kita biarkan Tuhan saja aturkan hidup kita yang masih berbaki senja ni. Marilah........
PENAFIAN
Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan