Ahad, 31 Oktober 2010

Air ditemui di planet Marikh






WASHINGTON - Saintis-saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menemui bukti terbaru mengenai kemungkinan terdapat hidupan di planet Marikh, lapor sebuah akhbar semalam.

Para penyelidik NASA kini percaya bahawa persekitaran Marikh mampu menyokong kehidupan selepas air ditemui dalam bentuk cecair di planet merah berkenaan.

Penemuan itu dibuat kenderaan penjelajah Marikh, Rover Spirit selepas tayarnya terjelus ke bawah permukaan Marikh yang basah pada April lepas.

"Jika terdapat air dalam bentuk cecair pastinya terdapat kehidupan," kata seorang saintis berkenaan, Ray Arvidson dari Universiti Washington di St Louis.

Penemuan kali ini merupakan petanda pertama bahawa air dalam bentuk cecair wujud di Marikh sejak beberapa ribu tahun dahulu.

Kajian terbaru NASA itu dilaporkan dalam Journal of Geophysical Research.

Ia menyatakan bahawa cecair terbentuk daripada salji yang mencair dan meresap ke bawah tanah dan tidak meninggalkan kesan di permukaan Marikh yang kontang.

Air tersebut mengandungi beberapa garam galian termasuk hematit, silika dan gipsum. - Agensi

SUMBER : Kosmo! Online

6 ulasan:

Adam Raqie berkata...

Usaha betoi diorg duk kaji marikh...

Unknown berkata...

@Asrol
Depa seboleh-bolehnya nak cari bumi baru....ataupun sengaja nak reka agenda 2 b pemes....x tahulah ni auta atau fakta dr depa...

Adam Raqie berkata...

@Suhami Ahmad itu la.. mcm diorg reka citer pegi ke bulan tu la.. hahaha...

Unknown berkata...

@Asrol
Kan....atok penah baca artikel dia tipu..buat pengambaran kat satu tanah gersang di bumi walhal tak jejak bulan lagi...wallahu alam

Adam Raqie berkata...

@Suhami AhmadTanah gersang? Sensitip.. hahaha....

Unknown berkata...

@AsrolHeppp! bukan yang tu...hahahaha

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih