Rabu, 1 September 2010

Contest: Menangi Duit Raya Sehingga RM200

Tuan tanah kedaong pertandingan ni adalah cdiqlife

Contest ini hanya memerlukan anda melengkapkan slogan dengan cara paling kreatif. Sonang by two...

Lengkapkan slogan di bawah dengan idea anda yang paling kreatif!
Saya mahu memenangi DUIT RAYA daripada cdiqlife.com kerana………………………………….

Hadiah Idea Paling Kreatif:
  • Tempat pertama: RM100
  • Tempat kedua: RM30
  • Tempat ketiga: RM20
  • 2 hadiah saguhati: RM10
Hadiah Blog Referral Terbanyak:
  • 3 orang referral terbanyak akan memenangi RM10
Syarat-syarat pertandingan:
 korang jenguk-jengok la blog cdiqlife


Hantarkan penyertaan anda ke admin@cdiqlife.com atau hanya tinggalkan komen anda di bawah ini dengan format berikut:
Nama: (nama anda)
Url: (link contest anda di blog anda)
Banner contest:
Banner contest duit raya
Penyertaan hendaklah dipostkan di blog masing-masing juga. Tarikh tutup pertandingan ini adalah 19/9/2010 iaitu seminggu selepas raya! Jangan lupe ek! Ok la tu, kan lepas raya selalunya kalian jatuh bankrup....Larikkkk

So, this is mine
Saya mahu memenangi DUIT RAYA daripada cdiqlife.com kerana saya tahu mungkin inilah rezeki terpijak  yang saya mimpi-mimpikan selama ini. Walaupun tahun ini saya dapat imbuhan dari kerajaan namun untuk pengetahuan tuan kedaong pertandingan, saya masih lagi kekurangan imbuhan kerana bulan ini saya terpaksa membayar duit servis kereta juga memperbaharui cukai jalan serta insurans.  Itu tidak termasuk baju raya, duit raya, hantu raya....er...silap-silap. Sponsor kuih raya mak saya lagi. Cat rumah nak raya.  Macam-macam raya yang saya nak kena taja. Saya ada serangkap pantun khas untuk tuan tanah kedaong pertandingan


Pergi ke kedai membeli guli
Membeli guli di kedai
Saya tahu cik tuan tanah kedaong pertandingan baik hati
silalah mempertimbangkan slogan tak seberapa saya ini



Sekian ikhlas dari saya (mata bersinar-sinar). Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin

2 ulasan:

nadiah berkata...

good luck..

Unknown berkata...

mokasih la....gud luck gak

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih