Rabu, 1 September 2010

5 hari 4 malam

Salam,

5 hari 4 malam kita tak bersua blog. Rindu je kat kalian. Alhamdulillah, time kasih kepada sesapo yang melawat n klik penaja apo2 yolah. Sayang kalian. Ke mana perginya eden 5 hari 4 malam tu? Adakah ke Bandung untuk bercuti? Ke vietnam? Atau ke Bangkok??  Salah....sume salah....eden bercuti di kampung eden di Palong, Gemas....Syiok giler....Antara perkara yang berlaku sepanjang 5 hari 4 malam tersebut adalah :

1. Mula mengecat rumah dengan menggunakan Nippon Paint Wetherbond. 5 liter.  Hampir 90% dah siap. Lagi 10% tunggu aku cuti minggu ni lagi. Mase nak cat umah tu, tertonggeng-tonggeng aku ngecat panjat dinding jadi spiderman. Sampai acik depan umah tu cakap cenggini " humangg aiii, excited ko!"

2. Mula menempel (menempel??) kayu pelita di segenap rumah. Pelita yang lekat ngan batang buluh tu. Kalau hujan, akulah orang pertama p carik plastik nak cover penunu pelita tu. Pelita dah pasang, tapi api pelita tak pasang-pasang lagi. Ni sume kes  masing-masing pemalas nak beli petrol diesel.

3.Menaiktaraf rumah cendawan. Ada ulat, aku letak serai wangi gantung kat tiang. Ada kulat hijau/hitam then aku kasi cuci itu lantai guna klorox ngan sembur pakai dettol. Sepanjang hari kuman-kumin tak jadik partner aku.  Menaiktaraf rak-rak kasi superb.  Setakat ini dah 6 media cendawan mati shahid. Woiiii! belum sebulan aku peram, dah ada cendawan yang terjulur. Lupa nak snap pic sebab giler bizi busy. Nanti aku snap eh....Cayang kalian...huhu

4. Berjaya mencari baju raya. Baju melayu dah siap. Tinggal baju salinan je. Aku beli slua jeans new trendy dengan baju t-shirt paul smith buatan Thailand.  Ok lah tu sepasang. Tinggal nak beli kasut je mamandangkan kasut crocs aku tu dah jadi kasut macam pegi sawah.

5. Mandikan mondok, apeng, apek, kakak, antan ngan ibu. Amik ko..... Mana yang bulu kuning-kuning tu, terus jadi putih berseri ibarat iklan Fab.

6. Membungkang...... (kalau penat tahap max je k!)
Itu je aktiviti aku sepanjang 5 hari 4 malam di kampung. Sekian, wa billahi taufik wal hidayah, assalammualaikum warahmatullah hi wabarokatuh <-----ko ingat ni syarahan??

Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih