Jumaat, 20 Ogos 2010

Puasa yok yok!

Once Upon A Time,

Teringat lagi masa kecil-kecil dulu........ <------------kecil-kecil? kenapa kau guna ayat skema?sebab aku ada terbaca tips untuk meningkatkan carian google/yahoo bagi blog kita adalah dengan menaip perkataan tanpa singkatan. Lagipun senang orang Kenya, Uganda dan seangkatan dengannya nak baca blog ini dengan mengalih bahasa oleh google translate <-----kok baco   (wah, aku teruja kejap)
Sambung semula.....
Teringat lagi masa kecil-kecil dulu, apabila kali pertama aku mula berpuasa penuh satu hari. Rasa-rasa awal 90an kot.  Sebelum ini aku berpuasa hanya separuh hari. Tapi pada tahun itu aku nekad untuk puasa penuh satu bulan memandangkan ganjaran yang bakal diberi masa hari raya nanti <----ko kecik-kecik dh mata duitan.
Pada hari pertama puasa tu,
macam biasalah duk  duduk melepet atas lantai sebab penat.  Melepet sampai lah petang. Lagi 30 minit nak buka puasa baru lah aku bangun.  Semua aktiviti kecergasan fizikal seperti main keladang, main rondes, main sorok-sorok, police 10 3, main getah, main terup doremon, main main gaduh terpaksa diberhentikan seketika sempena menghormati bulan Ramadhan.  Yes! aku berjaya menjalani ibadah puasa pada hari pertama dengan jayanya.

Hari kedua, tiba-tiba anak jiran sebelah rumah aku ajak main.  Aku peliklah tengok Emi. Nama dia Emi. Aku tengok Emi ni cergas semacam je sahaja.  Aku tanya dia. Kau ni cergas dan bertenaga apakah tips?  Dengan konfidennya dia bagilah tips-tips berguna dia.  Antaranya adalah
  1. Lewatkan waktu bersahur. Kalau boleh, lagi seminit nak azan tu cepat-cepat ko teguk air segelen.
  2. Kurangkan aktiviti luaran. <-----tapi aku tengok ko kau lain
  3. Jangan banyak bercakap nanti cepat haus
  4. Habiskan waktu dengan berfaedah seperti membaca buku, menonton televisyen, tolong mak  kau buat kuih raya.  Nanti masa terasa cepat.
  5. Kurangkan tidur sebab nanti badan lagi letih
  6. Mandi pada waktu ditetapkan.
Wah tips kau. Mengalahkan orang dewasa.  Aku menggeleng kepala banyak kali. Patutlah kau bertenaga dan bersemangat. Puasa berikutnya aku amalkan tips-tips yang diberi. Dan hasilnya......tadaaaaa........
















Tak boleh jadi ni. Mesti ada lagi secret tips dia tak mau kasi aku. Sebab aku tahu, kalau aku puasa penuh aku dapat duit raya banyak. Sebelum ini kami dah janji nak lumba siapa dapat duit raya paling banyak. Mesti dia nak sabotaj. Tak boleh jadi.
Pada satu hari tu, aku cuba intip aktiviti sosialnya dirumah. Aku terdengar bunyi yang musykil sekali dan jarang-jarang nak nak lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Aku terus skodeng dari tingkap. Aku terkejut babi H1N1.  Barulah aku tahu, Emi ni tengah............



















Astaga.  Siap mak dia suap lagi tu....

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih