Jumaat, 16 Julai 2010

Pengalaman pertama



Pada satu hari, saye dikehendaki untuk menjalani latihan praktikal di sebuah kilang yang diberi nama Ceramtec Innovative (M) Sdn Bhd milik sepenuhnya warga Jerman.  ( Tak pe Jerman, lagi 4 tahun ada chance lagi, pasni ko bunuh je Paul The Sotong ). Saye tidak keseorangan sebaliknya saye ditemani oleh Emylia Ahmad Zam-Zam. Walaupun die batch saye, tapi mule2 saye ingat dia ni sombong giler. Mase saye nak minta no tepon die, die kate pakwe dia tak kasi. Adooooiiii. Wahai anak acik Zam kuasa dua, aku bukannya nak ngorat ko, aku nak tanye camne nak g kilang tu sok (i mean hari pertama lapor diri). Well, itulah Emylia sebelum saye kenal sape die sebenarnye. Sombong dan idung tinggi.

 
nilah anak acik ahmad zam-zam. Sombong dan idung tinggi. Errr....idung tak berapa nak tinggi sangat la.
Mase ni kami kat Jabatan Imigresen M'sia
Namun, setelah bersama-sama mengharungi perih getir bersama, akhirnya baru saye tahu perangai Emy yang sebenarnya. Dia memang sombong. Huhu. Kidding!. She is very nice person. Baiklah, then bile je hari pertama nak lapor kat tempat praktikal, sume pekerja2
pandang saya yang jambu dan Emy yang cun. Maklumlah, sebelum ni Ceramtec jarang amek student praktikal.
Kami disambut oleh Mr Paul selaku Akauntan yang bakal mendidik kami menjadi orang yang berjaya. :'-)
Kami dan beberapa orang baru kerja yang lain dikehendaki masuk ke sebuah bilik mesyuarat. Setelah Kak Zura yang comel bagi briefing, kami pun jalan2 cari makan di sekitar kilang. Best......Pastu emy sempat lak g snap pic tergantung kat dinding. Pic tu sebijik macam muka Mr Paul. Gambar yang tergantung kat dinding tu gambar uncle keje kilang biji timah. Dia leh samakan lak dengan Mr Paul


ni la boss kami yang kacak tapi Emy samakan dengan uncle keje kilang bijih timah


Pas je syok snap pic tu, emy kene marah kat Kak Imah. Kak Imah cakap camni "Who ask you to take picture here? Please ok, you must hv permission b4 u take any pic next time. U r suppose 2 not to do that"
Wahhhhh....muka emy anak acik zam2 merah padam. Hahaha, padan muke ko. Hari pertama keje dah kena marah. Tapi setelah lama kenal Kak Imah, dia sebenarnya seorang yang baik hati dan caring.


ni pic kak imah ngan abang shahrin.  err.....kak imah sebelah kanan!


Pastu saye ngan emy ditempatkan di tempat yang berlainan. Emy jabatan akaun, saye kat admin. Nanti dah 2 bulan then kami buat rotation. Emy ditadbir selia oleh Kak Imah dan Kak Wa. Kak Wa seorang yang sempoi dan rajin. Die mempunyai pengetahuan yang banyak dalam unit itu. Tapi Kak Wa kadang2 naik hantu gak. Kalau Kak Wa naik hantu, die ketuk jari-jemari emylia ngan pembaris sekuat ati.

ni kak wa. cun tak? kak wa mase tu single skg dah bahagia husband dia


Ok, banyak lagi watak yang ingin diperkenalkan disini, tapi tak cukup space ni. Sementara Emy di akaun, saye di admin. Di admin ada abang shahrin ngan Ms Evon Culas. Ulang suara Ms. Walaupun Ms, tapi dia garang. Menurut kata senior, dia paling garang dan straight. Saye dah kecut perut. Sebaik saja saye sampai di admin dept. saye diperkenalkan dgn Ms Evon.



ni Ms Evon......ish silap! silap! next pic!





ni ms Evon.  Pic ni diambil mase dia happy sebb aritu secret admire anta bunga....ke hantar sendiri??



Pade 1 ari tu, saye tgh syok buat laporan harian untuk buku praktikal. Then saye dengar  macam ada orang bercakap2 dengan saye. Yang ada kat situ hanya saye ngan Mdm Evon Culas. Saya pandang dia, tapi Ms Evon sibuk ngan kerjanya cek fb (fb xdo laie time tu la!!) Saya buat dek je la sebab yakin xde sesapa yang panggil. Pastu lepas 30 saat, ada macam orang panggil lagi. Saye pun ape lagi, terus je ngadap muka die sebab kata-kata akak senior membuatkan saye kecut perut. Kata akak2 senior, Ms Evon time ok dia ok, tapi kalau dah carik pasal, dia tak ok.  Saye pun terus menyusun langkah mengadap die.



Saye pun datang dekat dia. "Excuse me mdm, did u called me just now?"



Mdm pandang saya dengan perasaan takde perasaan. Matanya merah macam lepas kene tumbuk.

Saye pun dah cuak.  Ape kesalahan yang aku dah buat ni.  Then dia cakap camni dengan nada yang tegas.



"Nope,

i just talking to myself!"





saye pun apa lagi.....


terus pitam!

1 ulasan:

mclayte berkata...

o9l34q9w53 s6q22s1y05 s2q99n9q90 q1m69q7a89 p6q96u9g71 x8n92h5a48

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih