Isnin, 19 Julai 2010

Latihan Industri

Assalammualaikum dan selamat pagi Tok Wan ucapkan kepada cucu2 sekalian. Agak sudah lama Tok Wan tak bersiaran ye. Agak2nya dah masuk 2 minggu kot. Al-maklumlah, sejak dua menjak ni kesihatan Tok Wan tak mengizinkan. (hakikatnya xde penghantar email bg mereka ada masalah). Baiklah yo, Tok Wan teruskan menjawab atau mengupas isu-isu yang dikemukakan oleh cucu2 sekalian. Email kali ini datangnya dari Husni.

Kepada Tok Wan yang Husni sayangi. Tok Wan, Husni ada masalah besar ni. Bukan masalah nak buang air besar, tapi masalah tu memang memang besar. Besar punya!!!. Cenggini, Husni adalah siswi dari UTM dan berada di tahun akhir. Semester kali ini, Husni dikehendaki untuk menjalani latihan industri atau praktikum. Husni mengambil keputusan untuk menjalani latihan di Jabatan Kerajaan. Pada minggu pertama Husni berada di sana, tiada apa-apa masalah. Masuk minggu kedua, Husni rasa makin banyak pulak keje diorang timbun kat meja Husni. Masuk minggu ke tiga dan keempat, Husni dah lompat2 hari tak datang keje. Baru2 ni dalam seminggu hanya 2 hari je Husni datang.  Entahlah Tok Wan, Husni rasa macam malas je nak pegi keje. Bos yang incharge Husni tu pulak macam autisme. Baik semacam je. Senang la Husni tipu2 dia. Camne ni Tok Wan? Apa yang Husni perlu lakukan??? Dulu Husni tak macam ni.  Adakah Husni sudah dihasut oleh Puaka Niang Rapik??

Itu dia soalan dari Husni kita ya. Baiklah, Tok Wan pun dah lama tak bersiaran dalam blog ini. Ketagih lak rasanya nak kasi nasihat kat cucu2 luar sana (sambil letup2kan jari dan leher nak mula menaip).
Ok Husni, apa yang Tok Wan boleh katakan disini
kedua-dua belah pihak bersalah. Firstly Tok Wan nak tarik perhatian Husni pasal permohonan tempat praktikum dibuat oleh Husni sendiri kan? So sepatutnya sebelum Husni nak pergi membuat praktikum di tempat sekian-sekian, Husni perlulah buat kajian atau research sikit pasal latar belakang organisasi terbabit. Kalau Husni amik kos dandanan dan solekan, buat apa Husni nak pergi praktikum kat kilang besi. Ye tak? So, perkara pertama yang perlu dititikberatkan adalah tempat praktikum itu sendiri perlu dikaji terlebih dahulu samada sesuai atau tak dengan kos kita.

"Mak amik kos sijil kimpalan besi, nyah"
Yang keduanya Tok Wan nampak yang Husni ni mempunyai masalah kemalasan yang paling maksimum. Tidak ada ubat malas didunia ini melainkan racun rumpai. Itu saja jalan penyelesaiannya. Tapi sebelum Husni minum racun rumpai tersebut, Tok Wan nak tarik semula kata2 bisa Tok Wan itu. Husni....Tok Wan masa zaman sekolah dulu selalu gak ponteng kelas belakang stor sukan ngan kawan2 Tok Wan. Sekarang ni Tok Wan dah nyesal sangat. Kalaulah Tok Wan tak ponteng kelas dulu, sekarang ni Tok Wan mungkin sedang memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Kanak2 dan Keluarga dah sekarang. Jadi, Husni kena kaji semula apa yang menyebabkan Husni rasa malas? Adakah usikan teman2 sekerja? Ataupun gangguan seksual di tempat kerja? Terlalu banyak keja? Bosan sebab tak ada kerja? Atau memang ko pemalas....



Ni zaman kegelapan Tok Wan dulu. Jangan jadi cam Tok Wan!
Then, seterusnya setelah kaji di mana silapnya, Husni kena cari jalan penyelesaian. Samada terus berkongsi dengan rakan sebaya/sekerja, mengadu pada bos, atau sebagainya. Pokok yang paling penting disini adalah terus-terang. Biarlah orang nak cakap sudah terang lagi bersuluh. Yang penting kita tahu apa yang sepatutnya tindakan kita perlu lakukan. Bab keja bertimbun tu mungkin Tok Wan tak boleh nak kata apa lah. Syg, klu ko dah masuk alam kerja, xde kerja yang goyang kaki doh. Kerja menjahit, ye goyang kaki. Kalau tak, tak berjalan mesin ko. Tapi sekarang ni x main goyang2 kaki nih, sekarang guna elektrik. So, bagi Tok Wan lah, Tok Wan rasa Husni lagi beruntung dari Tok Wan. Sekurang2nya ada lah juga kerja atau ilmu baru yang dipelajari masa hari itu. Ada jugaklah laporan yang nak ditulis. Ada juga perkara berfaedah perlu dilakukan. Tok wan dulu lagi teruk. Dari ko punch card pukul 8.00 sampai la pukul 6.00, ko jadi guard kat unit akaun tu. Ko tak nangis??


ko tak nangis aku praktikal camni?
Bab bos Husni tak banyak mulut tu, bukan satu isu yang besar. Takkan lah 24 jam dia nak tenung muka Husni ala-ala cite hindustan menenung muka aweknya masa lagu hindi sedang diputarkan? Tok Wan percaya, bos Husni pun ada kerjanya juga. Mungkin dia sudah bagitahu staf bawahannya memantau aktiviti Husni dari masa ke masa. Mungkin juga dia sengaja skodeng Husni senyap2. Yelah, kalau dia skodeng Husni buat keje depan2, mesti Husni tak jadi diri Husni yang sebenarnya kan. Mesti Husni 24jam rajin. Silap2 kerje acik cleaner pun Husni amik alih. So, Husni mesti kena tahu, ada orang yang sedang perhatikan Husni sebenarnya. Semua orang ambil berat pada Husni. Mereka dah anggap Husni sebagai sebahagian daripada keluarga Husni. B Positif k... Bukan HIV Positif!!....huhu....Tok wan! b serious!!

"lepas tolong makcik cleaner, aku nak menenun songket plak!"
Kesimpulannya, kalau Husni ada apa-apa masalah just terus terang. Jangan lupa maklumkan pada bos atau kawan dari masa ke masa kalau ada masalah. Jangan hanya senyap saja. Kalau ada gangguan seksual atau usikan melampau dari teman, Husni boleh lapor pada bos. Tapi kalau bos yang buat gangguan seksual tu, Husni kasi gusti sama itu orang!. Ok, puas ati dengan olahan Tok Wan? Dah dah...x mau malas/masam2 lagi. B happy k!..Itulah cabaran alam pekerjaan. Okeh! Tok Wan blah dulu!!! chau chin chauuuuuu!!

2 ulasan:

Unknown berkata...

haaa ,...nak joing buleh nekk!!!saya budok bru blaja.........

Unknown berkata...

buleh buleh...Tok Wan suko!.....nnt Tok Wan suruh si Suhami tu jadi folower cucu lak

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih