Rabu, 21 Julai 2010

Balak dan Suami

Salam 1Malaysia atok ucapkan kepada mereka yang mengikuti blog apo2 yolah. Atok sayang kamu. Muahhh muahh muahhh (nampak lak kek Tok Wan ko kang!)
So, seperti yang dijanjikan, atok nak cito pasal balak dan suami. Kan minggu lopeh atok dah janji kan? Janji totap janji. Yolah, entry kali ni bukan pasal balak kek utan tu. Mahupun suami si suhami tu.
Tapi perbezaan pasal balak dan suami menerima layanan sang awek dan isteri pada masa dulu dan sekarang. Perlu diingatkan, yang ni cumo olahan atok personally la yo. X mau amik2 ati. Sekadar nak buek cucu suko yo.  Disamping mengisi maso lapang dgn benda berpekdah di waktu malam. (berpekdah ko?) . Orait, moh kito teruskan, kupasan balak dan suami dalam topik dulu dan sekarang....

1. Minta tolong topupkan.
DULU
Balak : Awak, kredit saye nak habis ni. Awak boleh tranfer kredit?
Awek : Ala, apalah abang ni. Itu pun segan nak bagitahu. Kerana abang, saye tranferkan kredit saye RM29.95 kat abang. Tak kesah la kredit saye tinggal 5 sen pun.

SEKARANG

Suami : Awak, kredit saye nak habis ni. Awak boleh tranfer kredit?
Isteri : Ala, apalah abang ni. Nak topup pun mintak kat orang. Dah la makan minum aku tanggung.  Memang dayus betul la.


2. Minta tolong masakkan makanan kegemaran.
 DULU
Balak : Ayang masak lauk apa untuk abang minggu ni? Mesti bestkan. Tak sabar2 nak share ngan housmate abang.
Awek : Ayang masak sedap2 la. Minggu ni ayang masak burger king set nombor 5 khas untuk abang.

SEKARANG
Suami : Ayang masak lauk apa minggu ni? Mesti lauk kegemaran abang kan?
Isteri : Lempeng hangus kat dapur tu!

3. Masa nak keluar lunch sama2.
DULU
Balak : Ayang tunggu kat kedai mamak tikus tepat pukul 1 tau!
Isteri : Ish, romantiknya awak ni bawa saye makan2 lunch. Kedai mamak tikus lak tu. Mesti banyak tikus kan. Best! best!

SEKARANG
Suami : Ayang tunggu kat kedai makan ina rock, malam ni tau!
Isteri : Ah, tak kuase la saye! masak tak serupa bikin. Saye melantak kat umah lagi best.


4. Sambut hari lahir
DULU
Balak : Ish, kenapa besar sangat kotak ni sayang? Apa hadiah ayang kasi ni?
Awek : Alah, ayang kasi kete mitsubishi lancer je. Senang abang nak pergi kelas hari2.

SEKARANG
Suami : Ayang, hari ini berapa haribulan??
Isteri : Abang ni tak tahu tengok kalendar ke? kan 8hb 9 tu! So??


5. Kekerapan berjumpa
DULU
Balak : Pukul 5 petang nanti kita jumpa lagi ya. Rindu kat ayang. Tak boleh berpisah tau!
Awek : Ayang kalau boleh, nak bawak abang tido kat hostel ayang tau! rindu punya pasal. 24/7!

SEKARANG
Suami : Ayang, kejap lagi abang balik kerja ok. Tunguuuuuu
Isteri : Alamak bang, abang sengaja2 la balik lewat sikit. Tak balik2 pun xpe. (kat sebelah ada anak ikan)

3 ulasan:

Cik Rimau berkata...

Haha.. Atok, bukan laki ke yg mcm nie.. Pmpuan x kot.. Hik3

Cik Rimau berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

a bathing ape
golden goose cyber monday
off white shoes
off white
bape outlet

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih