BERITA TERKINI. Seremban. Suhami hampir saja naik hantu hari ini gara-gara kerjanya yang membebankan. Tempat kerja terpaksa dirahsiakan (nanti aku kena saman). Kerja semasa dari sehari ke sehari kena buat. Lepas tu ada pulak kerja tertangguh orang dolu-dolu yang perlu juga diselesaikan. PERLU diselesaikan dalam masa yang tak tercapai diakalmu.
Suhami telah berniat pagi tadi dan siap tulis kat wall facebooknya, bahawa beliau akan "bersemangat untuk bekerja hari ini dan sentiasa berfikiran positif walauapapun yang berlaku".
Namun, panas diharapkan sampai ke petang tapi salji turun tengah hari. Kerjanya bersangkut pulak dengan orang lain. Kalau orang lain tak bergerak, makanya
aku nak gerak macam mana?? Aku je buat2 rajin. Kalian tak ada take action pun. So, kerja dah sangkut kat situ (eh jap jap! penulisan ini dah tak ikut rentak pembaca berita ni).
Menurut sumber yang boleh dipercayai, iaitu Pak Guard di Jabatan Suhami bekerja berkata, beliau hampir pitam sepanjang hari gara-gara tekanan kerja yang melampau. Ustaz beliau pernah berkata kalau pitam sepanjang hari, puasa boleh batal.
"Ya, memang saya sakit hati, nak nangis hentak2 kaki gara-gara tekanan ini. Kalau nak ikutkan hati lebih baik saya berhenti dan kerja sebagai cashier di Giant Senawang. Itu lebih menjanjikan keseronokan + boleh curi2 makan kat bahagian ready to eat,"keluh Suhami kepada pihak kami.
Rumusannya, kerja apa yang tak stress ek?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan