Selasa, 27 Julai 2010

5 Perkara yang boleh dilakukan di kampung

Salam siaran setelah agak lama menyepi.
Apa khabar sume? sihat? Hensem dan cantik sumernye? Rindu kat den tak? wakaka....crew....
Di pagi selasa ini, bagi mereka yang telah bekerja mahupun masih belajar, teruskan semangat waja anda di awal2 minggu ni, okeh! (padahal semalam aku cuti).

Terus pada main topic ANGKA sawan di bawah sub-topic iaitu 5 perkara yang boleh dilakukan di kampung versi Suhami.  Ada yang kata duduk di bandar lagi best tapi ada juga yang kata duduk di kampung lagi best.  Mana-mana pun best ikut pendirian masing-masing.  Tapi, hari ini den nak kupas tajuk "perkara yang boleh dilakukan di kampung".  Ok, ready, get set, go!!!



1. Boleh bela binatang peliharaan
Ya, sudah tentu ini perkara paling penting yang boleh dilakukan di kampung-kampung.  Ayah den takdo bela lembu atau kambing. Ayam adalah, tapi dulu. Tapi sekarang ayam hilang ke mana, reban hilang ke mana. Zero!. La ni bela kucing je. Tapi kucing tidak termasuk binatang peliharaan yang boleh dimasak rendang cili api. So, out of list.  Kebanyakan kita
 boleh tengok orang-orang kampung lebih gemar bela binatang peliharaan.  Buktinya, kalau kalian balik kampung, mesti ada periuk api semulajadi sepanjang jalan tu kan? Kalau nampak lembu tu, hati2 lah. Mesti banyak periuk api.  Ini salah satu daripada sumber pendapatan diorang. Mahal beb. Sekali tumbang sekor lembu, duit tu boleh buat deposit kereta myvi kaler pink tu la. Kat bandar ada gak bela. Bela anak ikan.  Larikkk......





Yang bertampal atas dinding tu, tahi lembu kering. Bau mmg semerbak. Org Pakistan gunakan ia sebagai bahan bakar





2.  Bercucuk tanam/perladangan
Yang ni confirm la boleh buat kat kampung.  Seperti bela binatang peliharaan juga, bercucuk tanam merupakan sumber pendapatan utama atau sampingan bagi penduduk kampung.  Biasanya orang kampung ni tanam sawah padi, pokok getah, pokok kelapa sawit, pokok buah-buahan, projek sayur-sayuran dan macam-macam lagi lah.  Yang paling best kalau ada dusun buah-buahan. Aduh, sekali kalau ada kat dusun/kebun buah-buahan, confirm ko tak nak balik umah lagi dah. Kalau boleh nak joint team monyet makan buah-buahan kat atas pokok.  Den pernah la terfikir, 1 hari nanti bila dah bersara, nak sangat duduk kat umah dikelilingi sawah padi. Kat halaman rumah tu ada buah-buahan macam cite Nur Kasih.  Wuishhh, harap2 diperkenankan Tuhan. Amin. Hehe. Kat bandar kawasan terhad. Tanam secara hidroponic boleh ler.





Inilah rumah impian den






3.   Mandi sungai
Den masa kecik-kecik dulu memang cukup kepantangan kalau nampak sungai.  Confirm den duk yo topi gigi sungai. Huhu. Takut ayah den kasi flying kiss kick.  So, selalunya lah, budak-budak kampung ni memang suka mandi sungai/parit/ kalau best jika ada air terjun. Fuiyooooo....giler best.  Tiap2 petang je terjun sungai. Giler best. Lagi best kalau kampung kalian ada air terjun. Fuh! tak dapat nak dibayangkan. Kat bandar ada gak, tapi lombong la. Ko nak bunuh diri p terjun kat situ. Pastu tak pat cium bau syurga.




 Giler best kalau kampung ko cmni.






4. Gotong-royong
"bergotong-royong saling membantu, bekerjasama berganding bahu....la..la..la" kalian pernah dengar tak lagu tu? Dulu awal 90 an selalu ada. Di kampung ni terkenal dengan adat mereka yang saling bergotong-royong sesama  mereka. Di bandar bukan tak ada, ada....tapi kalau cakap je pasal gotong-royong mesti orang ingat suasana kampung.  Kat kampung kalau ada anak teruna/daranya yang nak kahwin, orang kampung akan bergotong-royong sesama mereka untuk menjayakan majlis tu. Sesama buat lauk. Sesama memasak. Sesama street. Hihi.  Ada jugak yang bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran bagi mengelakkan nyamuk aedes membiak, ada yang gotong-royong buat rumah, begotong-royong turun ke laut tangkap hasil ikan, bergotong-royong mengecat surau........berapa banyak gotong-royong daaaaa (cite P.Ramlee)


Uih, kot ye pun tunjuk rajin acik, tukor ler kain batik pelekat tu dulu. Kalau tertanggal kang, tak pasal-pasal......






5. Ketenangan abadi
Kalau kalian nak kan ketenangan, kalian duduk la kat kampung seminggu. Confirm tenang. Suasananya yang sejuk. Tak de hiruk-pikuk seperti di bandar. Udara yang segar dan nyaman. Bangun pagi je terdengar kicauan burung. Takde bunyi-bunyi hon lori. Kalau senja senyap sepi je. yang dengar cuma bunyi unggas tua.(unggas tu apa?). Pendek kata, tip top. Setakat nak melancong ke luar negara tu, baik kalian amik peluang melancong di inap desa. Banyak sekarang pakej homestay ni sekarang. Cari je.




2 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

suasana aman aja kat kg kan

Unknown berkata...

Suhami to Sharinginfoz : ye...mmg best...nak2 dekat nak raya ni...hehe...sesapa yg ada kampung kat sawah padi tu, jom kita buat pertukaran kampung suka sama suka nak?

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih