Selasa, 29 Jun 2010

Bersama Atok (permainan dulu dan permainan sekarang)


Hari ni segmen bersama Atok pulak. Kelmarin bersamo uwan a.k.a Tok Wan kan? Humangg ai, laki bini berblog walaupun kubur kata mari rumah kata pergi. Jangan tak cayo yo. Kito walaupun dah tuo-tuo ni mesti berilmu bak kato orang dolu-dolu  menuntut ilmu biar sampai ke liang lahad. Budak-budak sekarang yo atok polik. Goma lak deh merempit-rempit, jadi kutu embun menghabiskan masa. So, kepada kawan2 atok yang kaki rempit tu, tobat la yo. Samo2 la kito berusaha ke arah kebaikan.
Wah, pertamo kali atok nak nangih jap sebab terharu. Terharu sebab apo? sebab yang pertamo
1. Kawan atok si Jumaadi anak acik Mespomi dan bininya bakal timbang cahaya mata tak lamo laie. (timbang??) Wah, ekspress ko yo. Tak sampai sebulan kawen dah melokek. Itulah rezeki Tuhan namo eh. Tahniah ye Jumaadi dan Suhaili.
2. Nampak eh, usoho atok and the crew selama ini dah nampak sikit hasilnya. Kalau dulu sorang duo yo jadi kawan2 atok kek blog ni, la ni dah cecah 7 orang. Atok nak ucapkan mekasih banyak-banyak la yo kepado sesapo yang jadi kawan atok and the crew itu.
Untuk apo atuk berada di arena blogger ini? Adakah untuk atok ss a.k.a syok sendiri? adakah untuk atok menghabiskan masa mencarut dalam ini seorang diri a.k.a nyanyok? atau untuk atok tengok cite lakonan Faridah aka Ferra? Jawabannya sume salah. Kalau Tok Wan diberi tanggungjawab untuk handle sesi soal jawab luar dalam bersama Tok Wan, Atok lak diberi peluang untuk menulis tentang topik berkaitan perihal "dulu dan sekarang". (Tok Wan ko dah joling-joling atok ni ha....intro macam karangan BM SPM).
Topik yang atok nak bincangkan pada hari ini adalah berkaitan dengan "PERMAINAN KANAK-KANAK ZAMAN DULU DAN PERMAINAN KANAK-KANAK ZAMAN SEKARANG" (intro macam cito doremon pulak)
ZAMAN DULU
Ini bukan zaman Paleolitik tu yo. Zaman tu, atok pun tak wujud laie. Yang ni maso pertengahan 80an ke awal 90an, zaman atok dan kawan-kawan main permainan kampung yo. Atok kan orang kampung. Antara permainan yang popular masa itu adalah
1.   Main Keladang/Galah Panjang : Permainan ini
selalunya dimainkan oleh 2 kumpulan (bukan selalunya tp memang!) Kumpulan A & B. Setiap kumpulan adalah 7-10 orang ahli bergantung kepada berapa jumlah desibel kanak2 yang menjerit + bergaduh sebab nak main game itu. Setelah "one two jus", kumpulan yang menang akan menjadi penyerang dan kumpulan yang kalah jadi penghalang. Setiap kotak ada halangan dan penyerang perlu melepasi setiap kotak yang dihalang oleh penghalang. (paham tak ni? atok dah risau dah) Jika penyerang berjaya menerobos kesemua kotak halangan, group dia kan berjaya dan mulakan permainan semula. Kemahiran yang diperlukan adalah strategi, kerjasama dan kepantasan (Atok dulu men lunggah yo) *Lunggah=langgar.
 "Ha! sana ada kerbau nak beranak! tengok tu!!"
"Uwekkk, ko tipu!"
2.   Main Police Ten Three a.k.a kejar-kejar. Sampai sekarang atok tak tahu kenapo ten three (10 3???) ke den salah dongar. Abaikan. Intro yang sama seperti Galah Panjang tadi. Cuma cara permainannya agak berbeza (memang berbeza!). Ada dua kumpulan. Kumpulan Polis dan Perompak. So, sapa kejar sape? Kalau korang tengok kt TV tu, polis kejar perompak ke, perompak kejar polis? Kalau cucu jawab yang keduo tu, ada harapan la tu. Ada harapan nak jadi perompak dah besar nanti. Atok Larikkkkkk......
Group polis akan kejar la si group perompak. Apabila polis nak sentuh je si perompak, si perompak cepat-cepat la duduk. Kalau si perompak tak duduk, dia akan dibuang daerah a.k.a mati lah. So, tak leh main game untuk sesi itu. Tapi, perompak yang masih lari boleh sentuh si duduk, so si duduk bebas berlari semula. Polis kena awasilah penjara dia. Si polis akan terus kejar-mengejar si perompak dengan gigih sehinggalah tidak ada perompak pun yang masih berlari (sume duduk). Kalau macam tu, si kumpulan polis akan bertukar jadi perompak, dan perompak akan jadi polis dan bermula-lah episod kejar-kejar tadi sampai mak ko bawak penyapu suruh balik makan. Boleh lak camtu.....
3. Main Getah.  Selalunya permainan ini dimainkan oleh golongan hawa (hawa??). Tapi masalahnya yang tak hawa pun beriya-iya nak main gak. Budak-budak kan. Cara permainan intro yang sama dengan galah panjang serta police 10 3. Selalunya permainan anak kampung ni camtu lah, ada dua group. Itu sume basic k. So, next permainan tak yah la atok terangkan. Getah ini bukannya getah sekerap abah ko tu tapi getah ikat yang selalu orang buat ikat lauk-pauk, ikat rambut, ada gak yang buat gelang. Setelah getah ini diikat panjang maka terhasillah rantaian getah. Kumpulan yang kalah "one two jus" tadi akan jadi kuli pegang getah tersebut. Sorang pegang hujung, sorang lagi pegang satu lagi. Mula2 getah itu aras rendah, so anak-anak ikan yang menang "1 2 jus" tadi lompatlah tergedik-gedik. Aras dinaikkan ke lutut. Then lompat. Aras pinggang, bahu, telinga dan akhir sekali kepala. Kalau aras2 pinggang ke bawah tadi tergedik2 ko melompat, tapi bila sampai aras kepala, hampir semuanya tersungkur mencium bumi.
4. Main Guli. Permainan ini selalunya dimonopoli oleh golongan adam. Macam tadilah, yang tak berapa adam pun main gak. Kanak-kanak kan. Permainan ini lari dari tema permainan yang lain-lain. Tidak melibatkan dua kumpulan tapi sebaliknya kategori perseorangan yang ramai. Permainan dia cenggini. Buat satu bulatan di tengah-tengah halaman asmara. Then buat macam ni.
Kat garisan hijau tengah-tengah tu letak la guli berderet. Jadi, 30 meter ke belakang, cucu buatlah garisan untuk baling guli dengan menggunakan guli utama. Guli utama haruslah tegap, kukuh, mantop, dan padu agar tak pecah. Guli utama bertanggungjawab untuk mengeluarkan anak-anak guli dalam garisan tadi keluar dari kepompong. So, attacked la. Bila dah attacked, mana guli yang keluar dari garisan bulat tu, ko punyer. Ko kumpullah guli banyak2 then ko letak dalam akuarium abah ko. Amacam best tak?
5. Main Terup Yang ni bukan main daun terup yang haram tu, tapi terup yang budak2 tu. Yang ada gambar hulkhogan, nobita, ahli wrestling, Gaban dan sebagainya. Kat belakang terup tu ada gambar diomond, jocker, king, queen dan seangkatan dengannya. Melibatkan individu. Terup tu ko boleh beli kat kedai. 10sen dapatlah 30 helai daun terup yang gambar-gambar katon tadi. So, bila nak main ko kena la letakkan taruhan. Taruhan tersebut adalah terup itu sendiri. Ada dua cara main. Iaitu tepuk dan bom (kenapa bom padahal ko tiup je terup kuat2?). Amik contoh, setiap orang kena bayar 5 helai terup. Kalau 4 orang main, so jumlah terup adalah....ko kira sendiri. So, dengan jumlah terup tulah hasil yang korang rebutkan. Setelah lat ta li lat lali tam plom atau 1 2 jus, giliran ditetapkan. Orang yang pertama tepuklah @ bom sekuat hari supaya semua terup itu terlingkup. Kalau terlingkup ko punye la. Atok dulu  main tak ingat dunia, pastu kena penyapu kat onyang terus terlingkup.
amacam? ada bran???? (hanya gambaran)
ZAMAN SEKARANG
Sekarang ni, macam2 permainan yang telah dicipta untuk anak-anak kita. Baik yang berfaedah mahupun tak berfaedah. Masing-masing berlumba2 untuk mencipta sesuatu yang baru untuk mengejar keuntungan. Baiklah, kat sini atok ada short list kan mana yang patut la yo.

1. Play Station/Game komputer/Game boy dan seangkatan dengannya. Yang ni termasuklah sume permainan video games yang budak2 sekarang dok sibuk main. Boleh main seorang. Boleh main lebih dari seorang. Atok tak tahu sangat nak huraikan pasal play station ni sebab zaman atok xdo sumo2 ni. *padahal ko hantu game Red Alert kan tok....Budak2 sekarang kurang lakukan aktiviti luaran tak macam zaman muda atok dulu. Tak banyak keluar peluh bahkan takkan keluar kalau 24 jam ko sibuk ngadap skrin TV main games. Kurang bercampur-gaul dengan anak2 jiran yang lain. Inilah masalahnya, anak2 sekarang tak mahu langsung bercakap atau bermain dengan jiran sebelah. Bagi mereka main games tv kat rumah lagi berpekdah dari main kejar-kejar. Last2 lepas ko main games, kepala ko berpinau2, lapar nak makan, rasa macam nak muntah (macam pengalaman je ni tok) (T_T')
2. Main Saidina/Jutaria/Catur/Sodoku dan sebagainya.  Permainan ini ada juga bagusnya. Bukan semua permainan sekarang tak bagus, ado...Permainan ini secara keseluruhannya berkisar tentang tahap IQ kita. Orang cakap lebih kepada melatih otak untuk berfikir secara kritis dan puitis la (puitis??). Boleh juga bermain bersama ahli keluarga, rakan2 di samping mengeratkan hubungan silatur rahim. Cuma yang menjadi sikit masalahnya, permainan ini tidak melibatkan gerakan fizikal sangat. Hanya memerlukan ketangkasan otak. Orang cakap "badan sihat otak cerdas kan?"...Kalu ko lesu je macam mana mana nak cerdas yang? Fikir-fikirkanlah
3. Permainan seperti barbie/karektor karton2 popular mcm toy story, shreak, spiderman, ben10(yang ni aku tengok kat keta ko punye bantal kecik tu ado gambar ben10 tok)*pitam.... Sekarang ni budak2 telah dihidangkan dengan macam2 karektor katon2 kegemaran. Kalau zaman atok dulu yang paling popular adalah doraemon, Gaban, Ultraman tapi katon2 dulu tak banyak sangat dia keluarkan bentuk toy. (ke atok dulu tak mampu nak beli?)Tapi zaman sekarang ni, kita boleh perhatikan macam2 katon di tv yang menjadi kegilaan si pengumpulnya termasuklah mak orang yang suka kumpul spongebob dan atok sendiri (ben10). So, bebudak ini akan jadikan toy tersebut sebagai kawan rapat dan teman sepermainannya.
4.Berinternet. Ha, yang ni bahayo, kono sobut betul2. Kok lain bunyi eh kang.  Yang ni nak kata permainan tu, boleh la dikatakan jugak sebab mengisi masa lapang juga kan. Zaman atok dulu nak jumpo komputer pun susah sangat, sekali dapat tekan punat A B C tu pun dah banggo pegi ganyang satu kampung. *Ganyang = cerita. Tapi sekarang ni atok tengok dah berlambak-lambak komputer. Malah ada size yang lebih kecik lagi yang dipanggil laptop. Lagi kecik pun ado jugak yang dipanggil smartphone. Berlambak-lambak. Siap baling ayam lagi. Osah kayo eh tu. Dalam komputer tu kalau lah ada internet, boleh buatkan kita lupa dunia! Kita boleh merantau seluruh dunia hanya di hujung jari saja. Nak2 lagi kalau dah ado pesbook, penster, may space, taget, tuiter, dan sobagainya. Canggih tak canggih?? Untung budak2 sekarang. Hok hokkk....(batuk2 bajet umur ko 80 tahun).

5.  Menonton TV. Yang ni pun bukanlah dikategori kepada permainan sangat tapi boleh la sikit2. Atok tengok sekarang ni budak2 asyik sangat menonton tv dari pagi sampai ke malam. Selagi tv abah ko tu tak terbakar, selagi tu lah ko tengok. Sekarang ni macam2 program yang boleh ditonton di kaca televisyen. Baik katon, mentol, cakarama, akadamik pantasia, mozik-mozik, bintang kecik, indonstan dan sebagainya. So, atok tengok cucu atok ni, cukup ke goma kan tengok tv dari balik sekolah sampai la mato itam tu nak terlolap. Asyik bona. Zaman atok dulu pun bukannya tak do tv. Ado. Tapi buleh gak main2 permainan tradisional tu tiap2 petang atau cuti sekolah.
"uish!, cmne England leh kalah ni!"
Itulah serba-sedikit yang dapat atok rungkaikan. Mano yang tak tersenarai tu, atok mintak mahap la yo. Kolum yang diberikan kepada atok ni kecik je (padahal ko malas nak menaip). Semuanya ada pro dan kontra masing-masing. Tapi kalau nak diikutkan, antara permainan dulu dan permainan sekarang, atok lagi suko permainan dulu. Selain aktivitinya mengeluarkan peluh, boleh juga bercampur-gaul dengan kengkawan, mencabar minda mencipta permainan baru, mesra alam dan sebagainya lah. Walaupun, last2 kalau ko main tak ingat dunia, mak ko hambat pakai ekor ikan pari. Yang permainan sekarang pun tak kurang hebatnya. Menguji minda, ketangkasan dan sebagainya. Cuma tulah, bermain tanpa berpeluh.  Masing-masing ada kebaikan dan keburukan. Atok mintak mahap sekali lagi yo. Kalau tak setuju tu, kira stujukanlah. Ini cumo pandangan atok untuk tatapan kalian bersuka ria.
So, kalau sesiapa ada nak tambah atau edit, sila bagi komen kat atok ye...ATOK LOVE U....

4 ulasan:

Amy berkata...

uit..den suka main galadang tu...maso kekocik dulu yang paling best rondes ngan main gotah..hehehe

Unknown berkata...

ooo, namo eh geladang eh? macam2 namo kan....haah, rondes pun x sompek nak list an. Ni pun dah melalut byk na. Klu ado maso den buek siri ke duo lak...

Al berkata...

salam tok

kenangan dulu2 sume mmg best kn
kalolah diundur masa......

dtg pomot entri kite jgk ye,

http://xpdc-ali.blogspot.com/2010/12/mainan-budak-budak-dulu-kala.html

Unknown berkata...

Al : Boto tu...atok stuju sangat...sekarang ni duk dopan tibi yo

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih