Baiklah, kali ini giliran abang Joe pulak yang berceloteh. Kalau Tok Wan kena handle masalah luar dalam bersama Tok Wan, Atok segmen dulu dan sekarang, abang Joe pulak bertanggungjawab untuk memetik tajuk e-mail menarik hari ini. Sebelum kita melangkah lebih jauh, abang nak ceritakan sedikit tentang latar belakang abang joe.
Abang Joe atau nama penuh Tengku Jongang Bedoza Ibni Teng kiu dilahirkan di Bosnia dan Herzegovina. Nama singkatan abang adalah abang Joe (padahal Jongang). Diakui, dek kerana tempias nama penuh abang Joe, dulu kecik2 abang Joe jongang. Setelah menjalani pembedahan plastik, ternyata abg Joe adalah seorang lelaki yang kacak. Sila lihat sebelah. Abang Joe adalah cucu kepada Tok Wan dan Atok. Walaupun kulit abang Joe agak tinted sedikit, tapi abg Joe percaya semua itu ada hikmahnya. Abang Joe berkelulusan Master in IT di Universitas Pontianak, Indonesia. Walaupun rakan2 sekuliah abg Joe ramai jadi pontianak selepas itu, tapi Alhamdulillah (Islam yer) abg Joe berjaya menamatkan pengajian.
Baiklah, kita teruskan ke petikan email pada hari ini. Email kali ini dikirim oleh Cik Ainor Radziah kita. Email tersebut berbunyi....
Tetttt....tettttt......(tu lah bunyi nyer) kelakar tak? kelakar tak????hahahahahahahaha.......Ok2, sebelum mata abang Joe yang putih suci ini dikorek2, baik abang Joe teruskan petikan email tersebut.
Kalian pernah dengar tak pasal kasut crocs? Ala, kasut yang ada lubang2 sekali tengok macam cheese tu. Nak kata getah bukan getah, nak kata plastik bukan plastik. Ha, kasut crocs ini
mempunyai design yang menarik, selesa, ringan dan warna yang pelbagai. Faktor itulah yang menjadikan crocs menjadi pilihan ramai (ko ingat susu f&n je jadi pilihan ramai). Baik mereka itu bayi yang baru bertatih berjalan, kanak-kanak yang sedang aktif dalam dunia upin ipinnya, remaja belasan tahun, para pria, bahkan golongan veteran sekalipun mengenakan Crocs. Ha, inilah kasut crocs itu.Jap...kejap.....abang Joe ada kasut crocs ni satu kaler putih. Ok, so abang Joe ni up to date lah sebab mengikuti perkembangan fesyen semasa ye(walhal kasut crocs ko made in China). Ok, next.....
"amacam, up to date tak aku??"
Namun tidak disedari musibah yang menanti Ummat Islam di sebalik kasut ini. Bagaimana Kasut Crocs yang menjadi alas kaki paling popular kini mendatangkan musibah kepada Umat Islam? Bukan setahun 2 crocs ini bertapak di bumi Malaysia . Lebih dari itu abang Joe rasakan. Namun baru kini disedari terdapat kalimah ALLAH, lebih tepat lagi di bahagian kita meng-alaskan tapak kaki kita.
Untuk memudahkan imaginasi anda, mari abang Joe perkenalkan dengan logo Crocs. Kalian semua sedia maklum nama Crocs ini diperolehi dari Crocodile/ Buaya kan. Disebabkan itulah, syarikat ini menjadikan gambar buaya sebagai 'model' mereka. Maskot ini dihias sebaik mungkin agar kelihatan comel. Jika anak-anak kecil melihat, sudah pasti menyukainya. Inilah doktrin minda bawah sedar kepada anak-anak. Persoalannya, kenapa dikatakan terdapat kalimah Allah disebalik logo Crocs ini?
Baiklah, sila lihat gambar di bawah :
Aduh, seperti terkena renjatan elektrik. Adakah semua ini satu kebetulan? Atau syarikat Crocs tidak tahu menahu? Hanya maskot buaya yang comel, tanpa ada agenda disebaliknya? Bagaimana pendapat kalian?
Jangan tersilap. Jika dilihat sekali imbas, memang tidak akan kelihatan sesuatu yang janggal dari logo ini. Sama juga seperti produk Coca Cola. Setelah diselidik, sekiranya perkataan Coca Cola ini dilihat melalui cermin, akan tertera perkataan bahasa Arab : La Mecca, La Muhammad. Apa maksudnya? Tiada Mekah, Tiada Muhammad SAW. Sudah bisa melihat sesuatu? Ya, kali ini kelihatan dengan jelas. Kalimah ALLAH bukan? Siap ada sabdu lagi.
"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka" - Al-Baqarah 120
So, bagi pendapat abang Joe, apa yang perlu kalian lakukan adalah
a) Option yang pertama, hilangkan logo ini dengan cara menggoresnya dengan pisau. Biar ia kelihatan bercalar-balar, kesucian Islam itu perlu dijaga.
b) Jika kalian benar-benar marah akan perkara ini, bakar kasut Crocs kepunyaan kalian sendiri.
c) Jika rakan kalian belum maklum, sila maklumkan kepada beliau. Bukan membakar terus kasut Crocs mereka. Belum sempat kalian membakar kasut crocks mereka, anda akan dibakar terlebih dahulu.
d) Jika kalian mereka masih mengira-ngira untuk membeli kasut ini, kalian ada pilihan (a) dan pilihan (b).
e) Jika kalian berautoriti untuk mengetengahkan perkara ini kepada sekalian warga, abang Joe cukup-cukup mengalukan.
f) Jika kalian tidak ambil peduli akan pendedahan ini, sahlah keimanan yang ada di dalam diri bagi seorang muslim telah dicabut oleh Allah.
g) Jika kalian seorang muslim yang beriman, sebarkan artikel ini kepada semua. Baik menggunakan blog kalian, akaun facebook kalian, akaun twitter, atau lain-lain medium.
p/s : Selipar Jopun lagi selesa dan menjimatkan
Sekian, terima kasih.
*Abang Joe nangis semahu-mahunya. Sebab kena toreh kasut crocs abang Joe gak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan