Jumaat, 25 Jun 2010

10 Things I Hate About You

Salam 1 Malaysia,


Pagi ni hari hujan. (pesal ayat ko mcm budak tadika nih)
Ingatkan nak drive je tapi hujan renyai-renyai telah menyebabkanku bawak motosikal saja. Sampai tepat kerja sharp pukul 8.00am. Huhu....Sambung kerja susun-susun fail semalam.
Wahhhhh, tajuk entry ko tak boleh tahan jang. 10 things i hate about you. Ada ke ko nyampah ngan orang? ke orang nyampah ngan ko? intro dia ye.....
I personally believe everyboday ada sesetengah jenis orang yang dia kurang berkenan a.k.a menyampah kan? Tak terkecuali lah den. Bukan menyampah la, tapi lebih kepada kurang berkenan. Baiklah, jenis orang-orang tersebut adalah ;

1. Bila korang tengah berada di mood ketenangan, duduk2 relax tengok tv/main games/surfing internet, tetiber ada mamat tu cakap macam ni
"Pergilah cari awek sorang, kesian aku tengok ko. Orang lain sibuk bermesej dengan awek, ko??"Aduh.....bro, ko pehal nak sibuk2 hal rumahtangga aku (rumahtangga?). Aku tahu kau ada awek. Awek ko lagi 'sihat' lak dari ko tu.  Tak payah la nak SIBUK2 pasal aku. Aku nak mesej awek ke, nak tengok tv ke, nak tunggang burung kasawari ke, ada aku kisah??? lagi satu, kot2 aku ada awek pun, tak kan aku nak heboh satu dunia aku ada awek? pastu siap2 p tunjuk kat batang hidung ko aku tengah mesej dengan awek? Ado aku kisah?????"
                             " Hello yang, abang tengah training bawak helikopter ni. Sekian laporan hari ini"

2. Bila korang menyaksikan seseorang buat BUAT KERJA TAK IKHLAS.  Yang ni lagi satu, tak ada sesapa yang paksa ko buat kerja tu, yang ko rajin sangat nak buat kenapa? Lepas tu, kalau buat dengan ikhlas tak apa lah jugak, ni ayat melantun-lantun. Ayah aku la ni (ampunnnn yah.....selamat hari bapa). Tapi aku bukan benci ayah ye. Masa sekolah dulu2. Hari sabtu ingatkan nak buat kuak lentang atas katil sampai tengah hari. Last2, ayah ko memekak pukul 6.30 pagi. Tak pengsan ko? Suruh kemas tu lah. Inilah. Sapu halaman lah. Dirikan khemah di depan rumah(ni tipu). Tangan bekerja dalam masa yang sama mulut pun bekerja. Mak aku pun aku tengok cool je.  Ayah......seh tahulah nak buat sume tu, tapi 6.30 pagi???. Apa pun ayah den adalah ayah yang terbaik di dunia. Dia garang dulu2 sebab nak anak2 dia jadi orang.  Tapi bebudak sekarang ni lah, suruh buat kerja sikit muncung. TAK IKHLAS!

3. Bila ko dah janji dengan seseorang then LAST2 MINIT KO CANCEL. Yang ni memang cukup kepantangan den. Kalau nak cancel tak apa, tapi bagitahulah awal2. Boleh la aku plan benda lain. Contohnya dia camni, ko ngan kawan ko dah janji nak turun lowyat nak tengok pekakas komputer. "Okeh geng! sabtu ni jadik. Aku tunggu kat stesen KTM kul 10pagi"  Cakap tung tang. Alih-alih malam sebelum nak pergi lowyat tu ko buat ayat taik macam ni "Mie, aku esok macam tak dapat pergi je, aku nak demam la".....Tak menyirap ko?"Tak pelah, next time jelah kita pergi (ayat jaga hati kawan)" padahal nak cakap camni "Esok tak dapat pergi sebab nak demam? apesal ko tak cakap esok tak dapat pergi sebab ajal ko datang!"


4. Bila aku tengah bad mood, ada lak orang MEMEKAK kat halwa telinga aku. Ha, yang ni dah banyak kali dah. Bukan apa, cuba ko bayangkan (dah bayangkan?), cuba bayangkan ko tengah2 panas ni, tak mandi dua hari, kepala pusing-pusing, pastu dengan tekak ko haus macam sesat kat padang pasir, then ada orang memekak-mekak kat telinga ko? Ko rasa nak lesing ke nak lari-lari anak?? Kalau akulah, time bad mood (bukan bendera merah yo) pastu ada orang memekak-mekak, aku memekak-mekak kat dia balik. Biarlah. Kalau tengah bad mood, mode bertukar menjadi keji. Aku tak kiralah, kawan aku ke akak aku ke adik aku ke(ni byk kali kena), den balun yo. Ayahku cakap, aku ni pembengis. Tapi keadaan persekitaran menyumbang kepada kebengisan.

5. Penipu! Aku cukup-cukup tak suka dengan orang PENIPU. Walaupun kadang-kadang aku pun menipu. Bukan apa yang ko nak cakap tung tang benda yang tak betul kenapa? Contohlah macam jiran aku ni "Teh, ko nak awek tak? bekas awek aku ramai. Ada Pegawai Bank, ada Pensyarah, ada anak datuk, ko nak??" padahal ko nak kawen minggu depan ni. Nak tanyo ko nih. "Bekas awek ko sume2 stok bonanza, apesal lak ko nak kawen ngan budak Cameron Highland keje promoter kedai telefon??" Tapi aku pendamkan jelah kata2 azimat tu. Aku tak sampai hati lah nak cakap. Tak sampai hati....

6. EGO. Sekarang ni bukan lelaki je ego, pompuan pun tak kurang hebatnya ada sikap egois.  Buat apalah nak berlagak, nak acting ko tu finalist Fiji Next Top Model?? Woi....meh sini aku nak cite sikit. Sebenarnyakan orang suka berkawan dengan orang yang rendah diri, peramah dan bukannya dengan orang yang memiliki sikap ego yang tinggi. Setakat hidung ko leh sumbat pen marker tu ko nak bangga2 kan tak payah la. Semua manusia di dunia ni dicipta sama level oleh Allah s.w.t (ustaz mode). Hanya iman dan takwa je membezakan. So, tak perlulah la nak membangga diri ye. Kalau anda fikirkan diri anda itu hensem @ cute, ada berjuta lagi kat luar sana lagi hensem @ cute dari anda. Kalau anda fikirkan diri anda itu kaya, ingat ada berjuta lagi orang yang kaya di luar sana.
7. Apa korang gelar jenis orang yang macam ni?......tak tahu apa, tapi buat2 tahu. BODOH SOMBONG ye? Kalau aku, aku gelar dump blonde. Yang ni lagi teruk dari egois tadi. Sekurang-kurangnya si ego ada sesuatu yang patut disombongkan. Kalau yang bodoh sombong a.k.a dump blonde ni, dah la sepatah haram pun ko takde harte pastu ko nak menyombong tak pasal2. Apa ke her? Ada sekali tu aku jumpa mamat ni ngan awek dia kat Bahau (pekan). Humang aiii, jalan mendada pastu tak pandang kiri kanan. Bajet ko anak2 orang kaya la pegi dating kat Bahau tu? (bahau???). Pastu dengan sombong bodohnya pandang jijik kat orang lain. Padahal ko ngan bini kau tu mendada nak naik bas ENG YAP keluaran tahun 70an dengan enjin bila2 mase je gugur syahid tengah jalan.
8. BUAT PEKAK. Yang ni aku pun tak berkenan. Aku tahulah suara aku ala-ala Salem serak-serak kahak. Cakap kuat pun orang kata macam cakap dalam kelambu. Tapi bagilah penumpuan sikit kat golongan OKU macam aku ni (T_T'). Bila aku bercakap ko pandang ke lain. Aku hangin! Kadang2 tu kalau dalam perbincangan, bila aku nak bagi idea memasing tak pandang aku. Hantu! Sebab tu aku malas bercakap. Ramai yang kata aku ni pendiam. Padahal ko....? So, bagi mengatasi masalah ni, aku lagi selesa menulis. Kalau kat opis ni, kalau nak bekerjasama melalui email je. Sebab kalau bercakap ni, aku fail. Nak2 aku kan pemalu......Larikkkk
9. TAK TEPATI MASA. Cuba ko bayangkan, janji pukul 11 pagi. Aku beriya la pi tunggu kat terminal 1 tu. Last2 aku jadi patung sampai kul 3 lebih. Apa ko rasa? Ko nak rasa terajang budak tu atau ko rasa nak penggal leher dia? Untuk menjawab sila hantar 01 bagi terajang dan 02 bagi penggal dan hantarkan ke 01732****3. Kalau dah janji sekian-sekian tu, tepatilah masa. Kalau lewat sekalipun telefon cakap ko lewat sikit. Henfon blackberry. Tapi xde credit. Aku kalau lambat setengah jam, aku cabut. Pastu buat muka. Masa itu emas beb.
*Padahal punch card ko selalu merah
10. Orang yang selalu JATUHKAN MARUAH orang lain. Yang ni aku paling-paling tak berkenan dengan orang macam nih. Cite dia macam ni, ada lah 1 kes tu aku lepak2 dengan kengkawan kat kedai minum. Pastu adalah cikaro 4 5 orang (yang ni aku tipu_ni kawan2 satu kursus). Masing-masing kan baru kenal. Ada 4 orang laki n 4 5 orang pompuan then kami pun gabungkan lah meja kat kedai minum tu. Pastu mentang2 lah aku ni bisu bila jumpa orang baru, suka2 hati mak bapak ko je pi bahan aku watpe? Aku tahu ko minat minah tu. Pastu ko nak bahan2 aku lak. Macam firaun la perangai ko. Memang la gurau2. Tapi sesetengah gurauan tu boleh menjadi melampau. Jagalah hati kawan sikit beb. Nak tunjuk jantan pun(bukan yang tu) janganlah babitkan aku. Aku tahulah aku ni pasif, bisu, tak peramah dan pemalu.....larikkkkkk

So, korang pulak macam mana? golongan macam mana yang buat korang menyampah? leave ur comment n share with us

Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih