Selasa, 12 Januari 2010

Episode 2 : Berdiri Atas Kaki Sendiri

Semasa berumur 18 tahun, seorang budak ditawarkan masuk ke tingkatan 6. Pada mulanya dia mendaftar di Sek Men Seri Perpatih di mana di situ dia ditawarkan belajar dalam aliran sastera. Namun oleh kerana kesilapan kerani sekolah itu, budak itu kemudiannya dipindahkan ke Sek Men Tuanku Muhammad dalam aliran sains.
Budak tu dan beberepa orang kawannya kemudiannya mendaftar di sekolah baru yang terletak kira-kira 50km dari rumahnya. Makanya budak itu terpaksa tinggal di asrama dong. Apa, mau bikin mati kalo ulang-alik sejauh itu tiap2 ari? (Errr....skrg ni budak tu study kat uitm shah alam dan travelling from seremban [70km++] ari2...terpaksa daaa...)
Jika sebelum ini budak ni memang bergantung harap dengan keluarganya, tapi kali ini budak itu kena hidup sendiri. Minggu pertama memang membosankan dan tidak dapat sesuaikan diri lagi. Minggu berikutnya budak itu
 seronok pula dengan kehidupan di situ. Tapi yang menjadi masalahnya sekarang adalah subjek yang diajar di sekolah. Batch budak itu kena belajar subjek sains dan matematik dalam BI. Sebab subjek BI dalam SPM lah budak tu kantoi. Kalau tak dh lepas masuk U Oxford dah (lelap mata). Budak ni gatal2 pulak nak tukar ke aliran sastera, tapi hanya mampu bertahan sehari saja sebab subjek BM lagi susah. Nak kena ingat asal usul bahasa lagi, hafal itu ini. Budak ni kalau bab hafal-menghafal ni fail.
Akhirnya masa berlalu dengan pantas. Setahun setengah rasa macam seminggu je. Budak tu pun mengambil STPM. Namun, setiap peringkat dalam hidup budak tu ada perkara yang dasyat berlaku. Kali ini bukan budak tu lah yang buat hal (dah insaf), tapi kawannya. Nama budak tu ****** dan menuntut dalam kelas yang sama dengan budak tu. Budak ni bukan calang-calang orang. PMR 8A's 1B. SPM dia kantoi kat BI sebab tu tercampak kat form 6 (macam budak tu ler, klu x dh g Oxford dah). Si ****** ni belajar kuat giler. Contohnya, bila time prep, of course ler suma study time tu kan. Tapi masalahnya dia study sampai ke petang then sambung malam n lepas subuh study lagik (robot ke apa?)
Akibatnya, masa STPM sebenar dijalankan, budak ni betul2 jadi robot. Kesian ******. Dia adalah antara teman budak tu yang paling rapat sekali. Dengar cite, si ****** ni memang dah lama mengidap penyakit tu (mcm skizofrenia)

Fakta : Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (persepsi) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. (bacaan lanjut di http://www.medicine.ukm.my/wiki/index.php/Skizofrenia )

Dia banyak tempuh dugaan berat kat dunia ni. InsyaAllah my friend, ada hikmah menunggu di depan kau tu. Sabar je lah okey. Akhirnya peperiksaan STPM pun tamat. Lepas tu, ada lagi cabaran besar menanti budak tu selepas alam persekolahan. Budak tu dan dua orang kawannya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang pekerjaan. Nantikan dalam episode yang seterusnya. Adios

Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih