Isnin, 11 Januari 2010

Anugerah Juara Lagu ke 24

Semalam stadium Putra Bukit Jalil digegarkan dengan satu pertandingan lagu. Jujurnya persembahan kali ini adalah yang terbaik mengikut pandangan aku. Baik dari segi props peserta, pentas, pengacaraan, juri, sumenya 1st class sekaligus menjadikannya yang terbaik.
Masing-masing nak tonjolkan kelainan tersendiri.
Pembukaan oleh dato Siti Nurhaliza yang membuatkan rahang aku terjatuh seketika. Wow! mantop and hebat nak nak bila dia digandingkan dengan Lan menyanyikan lagu yang memerlukan vokal setinggi itu.
Pada mulanya aku target antara lagu yang mendapat tempat adalah
Cinta Adam dan Hawa (Misha Omar), Pergi(Aizat) dan Pakai Buang(Stacy). Tapi nak buat cmne, 1 je yang kena.(Teringat Ibrahim Pendek punya senikata_"Kita lihat sapa yang kena!")
Persembahan Terbaik dimenangi Aizat dengan lagu "Kau Aku". Ikhlasnya lagu ni memang layak menang title tu. Konsep yang dibawa memang unik dan lain dari yang lain.
Aku memang tak jangkakan Yuna boleh menang sebab bagi aku lagu dia tu "ringan". Tapi masa dia bawa kat atas pentas time final, then "WOW!". Aku pun terbuai dengan konsep "ringannya" tu. Intro yang baik dan nyanyian yang steady. Sekaligus melayakkan lagu "Dan Sebenarnya" mendapat tempat ke 2. Not bad actually
Vokal terbaik memang patut dianugerahkan kepada Black. Dia punya vokal mantop giler. Antara penyanyi lain yang aku rasakan patut dipertimbangkan untuk mengungguli vokal terbaik ialah Alyah selain dari Black sendiri. So, kena gak la tekaan aku tu.
Actually, aku tak berkenan sgt lagu Bencinta ni dapat tempat ke 3. Ni pendapat jujur aku lah. Aku rasakan yang selayaknya menang adalah Lagu Misha Omar, Cinta Adam dan Hawa. Liriknya puitis dan lagunya 'tajam'. Mungkin masa Misha Omar bawak lagu tu dia nampak nervous. Then mempengaruhi kualiti nyanyiannya.
Dan yang paling aku jangkakan akan menang adalah lagu berjudul Pergi nyanyian Aizat. Masa intro pun aku dah tergezut giler dgn suara merdu minachi tu. Aizat punya suara pulak lunak. Pergh! memang patut pun boleh menang. Semua serba serbi sempurna.
Ni dia keputusan akhir
Juara : "Pergi" nyanyian Aizat ciptaan Pete Teoh/Amran
Tempat ke 2 : "dan Sebenarnya" nyanyian Yuna ciptaan Yuna
Tempat ke 3 : "Bencinta" nyanyian Faizal Tahir ciptaan Audi Mok/Faizal Tahir
Vokal Terbaik : "Aku Rindu Sayang Kamu" nyanyian Black
Persembahan Terbaik : "Kau Aku" nyanyian Aizat

Yuna, Aizat dan black dengan trofi masing-masing (Sumber Kosmo 11 Januari 2010)

Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih