Memaparkan catatan dengan label Belajar bersama Cikgu Nasir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belajar bersama Cikgu Nasir. Papar semua catatan

Selasa, 15 November 2011

Macam mana nak tinggalkan komen bagi mereka yang tiada blog atau gmail akaun?

Cikgu Nasir
Selamat lagi murid-murid!


Baiklah, di pagi yang hening lagi sejuk menusuk ke tulang hitam ni, cikgu nak ajar kalian subjek "Blogging". Sub topik kita pada hari ini ialah "macam mana nak tinggalkan komen bagi mereka yang tiada blog atau gmail akaun?". Untuk makluman murid-murid sekalian, selain blogger ada jugak pembaca blog yang terdiri daripada orang yang tada blog. So, kengkadang mereka cuma dapat baca tapi tak boleh nak komen.

Sebagai alternatif, cikgu nak ajar kalian macam mana nak tinggalkan komen even murid-murid takda blog. Baiklah, sila ikuti langkah cikgu seperti berikut ;

Sila buka 1 akaun gmail. Settle.....*ok panggg! kena pelempang sekalik.
  1. Lepas baca entry, ada satu link "waghih bagi komen" kat bawah entry tu.
Klik kat "waghih bagi komen" tu

       2. Pastu akan keluar satu kotak komen, scroll down sampai ke bawah. Kotan camnih akan muncul
Jika ada gmail atau blog, cuma thick pada Akaun Google tu then tinggalkan komen. Kalau takda antara dua tu, thick kat  "Tanpa Nama"

3. Pastu tinggalkan ulasan kat kotak "tinggalkan ulasan anda" tu. Pastu tekan "terbitkan ulasan anda". Seeloknya, kalau nak guna pautan "tanpa nama" ni, elok letak nama atau clue supaya senang cikgu nak trace sapakah yang tinggalkan komen itu. Senang cikgu nak rotan bontot dia. Nanti dah komen, dia akan keluar camni

Nampak tak yang cikgu lorekkan merah tu? Ha, tu tanpa nama akan komen. Dia akan keluar cmtu. Cuma kalau nak kasi atok trace sapa yang komen , mention la nama jugak kat kotak komen tu k.
Ok murid-murid. Itu sajok pelajaran kita pada hari ini. Untuk pelajar cikgu yang sedang ambil peperiksaan SPM tu, jawab betul-betul. Jangan hampakan harapan mak ayah ye. Kalau nak tips menghadapi peperiksaan versi Apo2 Yolah, sila klik [SINI]
Ok, boleh keluar rehat sekarang!

Khamis, 18 Ogos 2011

Macam mana nak tebus pendapatan nuffnang?

Cikgu Nasir

Assalammualaikum pelajar sekalian,

Apa macam hari ni? Puasa tak? Tak puasa kau pergi masuk sekolah taska balik sebab anak saudara cikgu yang umur 5 tahun tu pun pose. Baiklah, bagi ramadon yang mulia ini, cikgu nak ajar kalian macam mana nak tebus pendapatan nuffnang. Tahu tak apa menatang nuffnang tu? Kalau tak tahu klik sini.

Baiklah, dah sedia dengan aiskrim conetto pensel dan kertas semuanya? Sila ikuti langkah berikut.


1. Buka nuffnang masing-masing. Kau nak buka nuffnang jiran kau boleh gak, asalkan tahu password. Klik pada earnings.



2. Pastu, dia akan keluar satu windows. Scroll ke bawah then pelajar sekalian kena semak detail akaun, alamat dan nama pelajar kat bawah sekali tu. Kang duit termasuk kat akaun aku, payah gak. Aku beli lamborgini sebijik.



3. Dah semak semua betul tu, pastu apa lagi. Kau laju-laju klik kat "Tebus pendapatan saya".



4. Kemudian, akan keluar mesej macam ni
Kena betul-betul maklumat tu.



5. Agak-agak dah kompiden tahap lipan tu, terus tekan ok dan windows akan automatik jadi macam ni. Baki pun dah kosong balik. Email akan dihantar setelah permohonan bayaran diproses. Pelajar perlu tunggu dalam masa sebulan (bagi ahli glitterati) dan 2 bulan (bagi bukan ahli glitterati) untuk cek sampai ke rumah. Lepas tu jangan lupa belanja cikgu aiskrim conetto magnolia. Takpun choki-choki.
Dah jadi anak dara balik...RM0.00

Pesan Cikgu Nasir : Abeslaaa.....atok nak bercoti kat Penang hujung bulan 9 ni pakai income blog tu. Melaram makan nasi kandaq lah orang tua ganyut tuuuu!

Rabu, 20 Julai 2011

Cara-cara untuk meringankan Blog

Cikgu Nasir
Assalammualaikum murid-murid semua. Selamat pagi cikgu ucapkan. Harini ada yang mc tak? Ok, hari ini cikgu mau bagi tips dan cara-cara untuk meringankan blog. Kali ini menyentuh cara memilih template yang ringan. Blog yang ringan ni penting. Sebabnya kalau blog kau berat 100 kilo, dan loading amek masa 30 jam, kompem orang fobia nak datang blog kau lagi. Err....blog apo2 yolah berat tak agak-agak? Ok, kita teruskan silibas kita kali ini.
  1. Kurang Menggunakan Image
  2. Makin kurang menggunakan image lagi ringan template tersebut. Murid-murid right click kat screen blog korang dan cari menu View Source. TekanCntrl+F then cari perkataan ini background: dan perhatikan coding selepas background tersebut kalau ada coding ini url(‘http-image-url’) bermakna ia menggunakan image.
  3. Image Yang Digunakan Kecil
  4. CSS yang bagus menggunakan image mengikut apa yang dikehendaki bukan dengan cara mengecilkannya. Untuk mengetahui saiz image sebenar.
    background:
    url("http://anakperak.com/wp-content/themes/floral-green-10/images/page_top.jpg")
    no-repeat;
    Folow link tersebut http://anakperak.com/wp-content/themes/floral-green-10/images/page_top.jpg then akan keluarlah saiz sebenar image tersebut.
  5. Menggunakan Teknik Repeating
  6. Teknik repeating ini adalah satu image sebesar lidi akan menjadi sebesar skrin monitor.Macam mana hendak tau.Melalui css template tersebut.
    background: #FFF
    url('http://i267.photobucket.com/albums/ii292/underground_blog/bg.gif')
    repeat-x;
    Murid-murid perhatikan perkataan repeat-x itu? Itulah repeating image. Murid-murid cuba follow link image ni http://i267.photobucket.com/albums/ii292/underground_blog/bg.gif tengok berapa besar saiz gambar itu. Dan hasilnya kamu usha blog Sutera Blogger. Sebab cikgu pun tak paham pun.   +_+
Entry ini telah diolah semula dari blog anak perak.  Sori cikgu slow sket nak paham menda2 camni. Kena amek masa. Cikgu percaya korang mesti pantas dan tuntas dari cikgu. Selamat mencuba murid-murid sekalian.

Selasa, 28 Jun 2011

Macam mana nak letak link entry terdahulu?

Cikgu Nasir
Assalammualaikum murid-murid sekalian,

Dah sarapan nasi lemak? Berapa belas bungkus kau bedal? Baiklah, pagi yang mulia ini cikgu nak memenuhi permintaan Noh Tak Hujan pasal cam mana nak link kan entry terdahulu. Dia ada komen kat salah satu entry atok pasal link tu.



Murid-murid tahu ke link apa tu? Alaa...link yang boleh sambungkan kita pada entry terdahulu. Contohnya seperti gambarajah di bawah...




I said gambarajah bukan GAMBARGAJAH! next!!!!



Haa...nampak tak tulisan biru yang tulis 'sambung balik' tu? Kalau murid-murid klik kat situ, dia akan automatik terus link ke entry sebelum ni. So, murid-murid boleh paham la mana pangkal cerita, mana hujung cerita kan. Haa...cmna nak buat camtu? Sila ikuti langkah-langkah berikut.


1. Buat entry seperti biasa.
2. Jika nak sambungkan ke entry terdahulu, klik pada "Link" kat toolbar atas tu.

3. Pastu dia akan keluar cenggini.

4. Text to display tu perkataan yang akan muncul di entry nanti. Contohnya perkataan 'sambung balik' kat rajah atas tu. Web address tu URL entry yang nak di link kan tu. Macam mana nak copy link tu? Cuma klik pada tajuk entry tersebut dan copy semua URL kat atas tu dan paste kat sini.

Ha.....itu sajo sesi pengajaran kita kali ini yang murid-murid. Jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan sila tinggalkan komen kat bawah ni ya. Ok, boleh keluar rehat sekarang!






Selasa, 7 Jun 2011

Tutorial macam mana nak buat Fan Page " Find us in Facebook" ?


Assalamualaikum dan selamat pagi murid-murid,

Dua minggu lepas ada seorang pelajar tanya cikgu, macam mana nak buat Fan Page "Find us in Facebook" ?. Ala...yang macam blog Apo2 Yolah kat bawah ni. Kelebihan buat fan page ni, nanti orang yang like page kita tu, secara automatik entry akan keluar kat wall dia...nanti kawan-kawan dia tengok, diorang pun nak like blog kita...so macam rantaian makanan lah atau bahasa modennya MLM...erk...Fan Page ni ada kebaikannya...Keburukannya cikgu tak pernah dengar lagilah...so check it out!

Buat Fan Page camni

Haa...cara-caranya mudah saja ye pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Sila ikuti langkah-langkah yang cikgu berikan seperti di bawah :-

1. Sila buka laman web facebook seperti biasa dan create page. Alasannya create page ni supaya orang yang like page kita tu infiniti. Takdo limit.
Klik kat create a page tu...


2. Langkah kedua, pelajar kena create page macam cikgu buat ni. Memandangkan cikgu ni artis, so cikgu akan create page under artis. Bleh? pastu klik terma dan syarat tu then tekan get start.
Aku kan artis...so kena under artis page...erk


3. Kemudian, dia akan keluar macam ni ya pelajar-pelajar. Boleh ikut tak so far? Sapa yang tido dalam kelas aku, aku baling pakai white board ni kang!





4. Then copy URL seperti cikgu higlight pakai kaler maker seperti di bawah. Bukan copu sume ye. Yang aku highlight tu je...maksudnya start dari "pages/........
Copy setakat line merah tu je


5. Pastu dalam windows yang sama tapi scroll bawah sikit, cari perkataan promote this page in your website, then klik add like box.
Cari no 5 tu


6.  Paste URL yang sekerat tadi seperti dalam box ni after .....facebook.com/
Paste yang kita copy tadi



7. Akhir sekali klik pada get code dan automatik menatang di bawah akan muncul. So, proses seperti biasa tempel code ini ke dalam blog macam biasa...---->add a gadget---->klik HTML/JavaScript--->paste code yang meleret tadi----->save----->SIAP!


Amik code ni dan paste kat blog macam biasa



Itu sajok yang sempat cikgu ajar pagi ini. Minggu depan kita belajar subjek lain pulak ya. Ok, boleh bersurai pelajar sekalian. Samat...lepas ni sila ikut cikgu ke klinik ya...kepala awak lebam kena white board tadi kan.  +_+

Rabu, 11 Mei 2011

Bagaimana Nak Tarik Ramai Visitor Membaca Blog??

Cikgu Nasir
Assalamualaikum dan Salam sejahtera pelajar sekalian alam (kononnya 1 alam baca blog ko lah cikgu?)


Hari ni cikgu nak mengajar kamu tentang bagaimana caranya untuk kita menarik pelawat singgah dan baca blog kita versi Apo2 Yolah. Baiklah kita ringkaskan entry ini seringkas-ringkasnya.

1. Menyerlah jauh dari yang biasa
Tu dia. Rangkap terakhir lagu Faizal Tahir tu meruntun hati sanubari cikgu gitew. Bepuluh ribu blogger yang wujud kat Malaysia sekarang. Korang kena cari kelainan. Keunikan blog sendiri. Macam blog Apo2 Yolah, kelainan yang ditampikan adalah loghat bahasa Negeri Sembilan. Walaupun cuba ditapis kepekatannya supaya penduduk negeri lain dapat memahami, namun loghat tu masih ado even lite-lite. Selain itu wujud pelbagai karektor yang selenger seperti mana gambar header tu. Carilah kelainan, nanti orang akan ingat sampai bila-bila.

2. Mesra alam
Selain menggunakan minyak RON95 yang mesra alam, korang pun musti kena mesra. Macam Apo2 Yolah, setiap komen yang masuk akan dijawab secepat mungkin. Dan dalam masa yang sama Apo2 Yolah pun akan terjah semula blog si pengkomen, dan mengomen entry beliau. Mesti mesra! Industri blogger kita ni kecik je. Erk...pusing-pusing pun kita akan tetap berjumpa. Buat apa nak musuh-musuh?

3. Ringkaskan seringkas-ringkasnya.
Sekeras-kerasnya jangan buat entry meleret. Kalau entry panjang cuba buat by episod. Esok sambung episod lain. Diakui kadang-kadang Apo2 Yolah pun buat entry meleret. Tapi sekarang akan cuba dituntas mana yang boleh di cantas. Kalau meleret kang dah takda mood nak baca selanjutnya. Baru baca perenggan satu mata dah jadik kelabu. Tuntas tapi bernas!

4. Kelakar
Tema blog Apo2 Yolah ni hampir berunsur kelakar. Walaupun disedari bahawa entry tu tak lawak langsung, tapi mesti kena ada sedikit unsur humor. Orang datang nak enjoy kan. So, apa salahnya kalau kita selitkan info2 terkini tapi dengan cara yang sempoi dan bersahaja. Mesti orang tak kering gusi membaca dan tak sabar-sabar nak kembali lagi. Kalau gusi dia basah jugak, kau nasihatkan dia guna Polident!

5. Jadi diri sendiri.
Tak perlu nak jadi Hanis Zalikha, Yuyu Zalikha, Atok Zalikha...erkk....Apa yang penting? Jadilah diri sendiri. Biar setiap bait yang kita taip tu datang dari hati yang ikhlas. Tanpa palsu dan dibuat-buat. Come on la, jangan jadik blogger potostet k. Kalau dah palsu tu, nampak sangat janggalnya. So, berbanggalah dengan diri kita seadanya. Apa yang kita tulis terbit dari hati kita sendiri.

Ok pelajar sekalian. Itu saja pelajaran kita minggu ni. Jika nak tambah, sila tinggalkan komen memasing. Jumpa lagi minggu hadapan. Cikgu ada meeting tergempar sempena tabung surau kena curi ni. Ok, boleh bersurai keluar rehat.





Kalau berkenan support la kempen ni :

Khamis, 14 April 2011

Cara Dapatkan Ramai Follower Blog

Cikgu Nasir
Assalamualaikum murid-murid sekalian. Amacam pagi ni? Dah sarapan lempeng hangus buatan emak kesayangan? Baiklah, pagi-pagi buta matahari belum terbit ni, cikgu nak ajar murid-murid tentang cara-cara dapatkan ramai pengikut blog. Atau follower blog.


Apakah itu follower? Follower adalah pengikut ya murid-murid sekalian. Dan pengikut itu adalah follower. Dua nahu berbeza tapi sama makna ya murid-murid sekalian. Sila tumpukan perhatian untuk pelajaran kita pada minggu ini. Follower a.k.a pengikut ni amat penting jugak. Yalah, selain sebagai pencetus semangat untuk kita berblog, follower ini juga menggambarkan hebat atau tak hebatnya sesebuah blog itu. 

Pertama sekali, murid-murid WAJIB follow juga mereka yang sudah follow blog kamu. Jangan gunakan istilah, "aku folow kau, sekarang kau folow aku balik". Memang nak kena cepuk. So, memandangkan orang dah follow blog kita, kita sebagai menghargai beliau, kita follow lah balik ye tak. Beradab la sikit. Ok, apabila ada orang follow kau, laju-laju kau klik gambar orang tu. Contohnya camni,

Contohnya Hafis Zainal Abidin ni dah follow blog kau, pastu kau kliklah kat gambau dia tu. Then, dia akan keluar cenggini

Dia akan keluar windows kecik ni. Namun malangnya, si Hafis ni tadi tak letakkan pautan dalam blog dia. So, atok tak boleh lah nak follow balik. Hafis dah kerugian di situ.
So, macam mana nak

Selasa, 15 Mac 2011

Macam mana nak pasang NetworkedBlogs

Cikgu Nasir

Selamat pagi murid-murid. Amacam, sihat tak? Baiklah, hari ni cikgu nak mengajar kamu tentang bagaimana untuk membuat NetworkedBlogs.
Apo bondo natang eh tu cikgu Nasir?
Ye murid2 sekalian. NetworkedBlogs bukan binatang jauh sekali haiwan ternakan ye, networkedBlogs adalah satu sistem rankaian automatik yang akan memaparkan link blog anda ke wall facebook. Sapa tak paham angkat kaki tangan. Uiii aii, ramai gak angkat tangan. Itulah kau, time haku mengajar kau ponteng disebalik tirai kat surau. Erk! macam kisah aku jek.... Larikkkkkkkkkk.. 
Baiklah kita cuba tengok rajah di bawah. Cuba perhatikan, tajuk blog anda akan automatik muncul dalam wall facebook. Apa kebaikan pasang NetworkedBlogs ni? Kebaikannya adalah, kau akan dapat free visitors dari kawan-kawan facebook kau jika terbaca wall kau. Tapi pastikan entry kau kaw kaw. 

Entry automatik akan muncul kat wall facebook.

Camne nak buat? Ha...ikuti langkah-langkah berikut.

Selasa, 1 Mac 2011

Buang Word Verification untuk Komen Blog

Cikgu Nasir
Selamat pagi murid-murid. Amacam pagi ni? dah sarapan lom?.  Pagi ini cikgu nak mengajar kamu semua tentang bagaimana untuk membuang word verification di ruangan komen blog. Murid-murid sudah sedia? Baiklah ke garisan, get set, GO!  (T_T)


Okeh sebelum kita pergi ke pelajaran yang lebih lanjut, cikgu nak kamu tahu apa itu word verification? Ala...word verification tu macam pengesahan perkataan. Cuma nak tahu yang bagi komen ni orang ataupun spam. Selalunya spam ni from anynomous a.k.a tanpa nama. So, kalau tak nak kena spam kau unclick kat anynomous sudeh, tak payah letak word verification bagai.

Kalo isi verification ni dapat makan nuget takpolah jugak
Tahukah pelajar bahawa setiap entry yang dikomen akan menjadikan entry anda itu sebenarnya topik yang hangat dan kababooom? Mungkin si pembaca entry kamu ingin turut memberikan komen pada entry itu. Tapi bermacam-macam step nak kena ikut. Untuk makluman pelajar sekalian, word verification yang terdapat diruangan komen blog amat menjengkelkan. Malah kadar kejengkelannya itu bertambah buruk apabila berukben macam cikgu punye ni slow tahap nak kono pelompang.

Secara tidak langsung, hal ini akan mempengaruhi minat untuk orang memberi komen. Malah lebih teruk, ada yang terus blok blog anda. Anda sudah kehilangan 1 peminat! Maka, amat penting untuk melupuskan word verification ini. Tapi ini pun bergantung pada pelajar juga. Kalau nak letak, letak. Tak nak ikuti step ni. Bagaimana caranya untuk menghapuskan menatang tu? Sila ikuti langkah-langkah di bawah

Khamis, 3 Februari 2011

Tingkatkan traffic dari search engine dengan costum title meta tag

Cikgu Nasir
Selamat pagi pelajar sekalian.

Hari ini cikgu akan mengajar subjek SEO. Bukan UFO! Tahukah pelajar sekalian bahawa kita boleh meningkatkan traffic lamp dari search engine dengan costum title meta tag? Apa?? Tak tahu? Ok, kalau tak tahu sila baca nota cikgu selanjutnya.

Ini kerana, title meta tag tersebut akan memaparkan nama blog terlebih dahulu dan kemudian di ikuti dengan tajuk entri atau artikel. Di bawah ini adalah contoh title meta tag yang terdapat pada blog pelajar sekarang. Sila semak sekarang! Klik pada tajuk entry pelajar. Perhatikan, samada nama blog yang muncul dulu kemudian baru tajuk entry, bukan? 

Contoh : 
  • Apo2 Yolah / Tingkatkan traffic dari search engine dengan costum title meta tag  ( x ) not ok!
  • Tingkatkan traffic dari search engin dengan costum title meta tag / Apo2 Yolah ( / ) ok!
Amacam? Kalau tajuk blog muncul dulu then baru tajuk entry, so pelajar kena modified sket. Untuk modified sila klik [SINI] untuk tutorial. Sila bagi tepukan gemuruh kepada "maribinablog" kerana menyumbangkan ilmu yang bermanfaat ini. Hai, ucap time kasih je ke? Mana eskem pop cikgu?? Ok2, pelajar sekalian boleh bersurai.

Selasa, 11 Januari 2011

Tips SEO - 3 cara meningkatkan Page View dan klik pada link.


Selamat pagi murid-murid. Sila duduk.

Baiklah, kali ini Cikgu Nasir nak ajar 3 cara yang boleh meningkatkan klik pada link  sekaligus akan meningkatkan SEO dalam sesebuah blog. Murid-murid kena tahu bahawa lagi tinggi SEO blog, lagi tinggi peluang blog kita berada dalam senarai carian enjin. Itu amat penting.
 
Mengubah Meta tag, menggunakan keyword, menggunakan template yang mesra SEO dan mengharapkan BacklinkPage Rank tinggi adalah dari beberapa teknik dan cara untuk kita mengejar SEO. Teknik dan cara yang kita gunakan itu sebenarnya hanyalah ikhtiar kita untuk cuba mendapat kedudukan terbaik dalam search engine.

Perkara yang paling utama sekali jika anda seseorang yang mengejar SEO adalah

Sabtu, 18 Disember 2010

Bagaimana nak buat statistik blog?

Assalamualaikum murid-murid. Apa khabar arini? Sihat? Dah siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi minggu lepas? Cikgu nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi yang sudi mengundi Apo2 Yolah sehingga layak menjadi the top 50 malaysian best new blogs. Tengah hari nanti atok akan huraikan menatang tu tapi pagi ni Cikgu Nasir nak ajar tentang "BAGAIMANA NAK BUAT STATISTIK BLOG?"

Murid-murid ada perasan tak dengan segmen Statistik Ujang? Ha...statistik macam itulah yang cikgu nak ajar. Sebenarnya data-data itu diperolehi dari dua sumber, iaitu ;

1.  Alexa
Murid-murid daftar blog kat http://www.alexa.com. Langkah pendaftaran ditunjukkan satu persatu dan perlu mengikutinya sahaja. Alexa ni boleh mencari ranking blog kita di kedudukan dunia dan di Malaysia. Jika murid-murid nak tahu ranking blog masing-masing poie mendaftar cepat. Pastu bolehlah post entry perihal status kedudukan blog kita setakat kini.

Yang ni contoh ranking Apo2 Yolah yang masih jauh tercorot

2. Blogspot stats
Ada yang sudah tahu, tetapi ada yang masih tak tahun tentang kewujudan blogspot stats ni. Menatang ni ada kat design. Klik je stats. 
Ada macam-macam maklumat kita boleh perolehi mengikut kategori masing-masing. Cuma pilih saja mana yang penting

 Jadi, lepas ni kalau ada sesiapa nak cuba buat statistik untuk blog dia, cikgu Nasir cadangkan dua perkara ni pun dah cukup buat masa sekarang. Selamat mencuba k!

Jumaat, 3 Disember 2010

Macam mana nak lebarkan blog ikut kesesuaian

Apa khabar semua?
Sihat?
Harini ari Jumaat. Bagi yang belaj utara tu selamat bercuti dan bagi yang lain-lain selamat berhujung jumaat. Erk?!
Mana yang balik kampung petang nanti, hati-hati ya. Jangan laju sangat jangan slow sangat. Sedang-sedang.
Oklah, minggu ni Cikgu Nasir nak ajar kalian macam mana nak sesuaikan kelebaran blog anda.
Kita ada perhatikan kadang-kadang blog kita tak dapat menampung kelebaran widget/gambar tertentu kan. Jadi akibatnya, widget/gambar tu terkeluar sikit dari landasan blog. Dah nampak tak cantikkan.

So, kali ini Cikgu nak ajar kalian macam mana nak sesuaikan lebar blog mengikut kreativiti kalian <---motif guna perkataan kreativiti?

1. Baiklah, mula-mula kalian klik "design"


2. Klik Template designer


3. Klik layout



4. Klik adjust width


Then kalian adjustlah mengikut kesesuaian blog kalian. Mana yang lebar sangat tu, boleh kecikkan. Mana yang kecik, boleh lebarkan. Gud luck dari Cikgu Nasir!

Ahad, 31 Oktober 2010

Timbang berat blog


Salam Ahad,
Cikgu ado skodeng beberapa blog via google search. Pehtu terjumpo pulak blog INI.
Banyak tips berguno. Korang jangan ingat manusio yo ado timbang. Blog pun ado timbang. Sekali Cikgu Nasir timbang blog Apo2 Yolah ni, nah amik kau!!!

kategori obesti. Dekat 200kb. Kena diet blog nih.  Blog yang bagus, mesti bawah berkapasiti 100kb. Ringan dan senang nak loading. Tak slow la kato budak-budak zaman sekang. Lopeh tu, cikgu dan the crew diskas, then kami sepakat buang itu buang ini.  Last2 berat blog Apo2 Yolah tinggal.....jeng jeng jeng...........


Selasa, 12 Oktober 2010

Statistik untuk blogger


Selamat pagi semua. Hari ini cikgu ingin memberitahu seantero dunia blogger bahawasanya sekarang ni blogspot sudah ada pautan baru iaitu,

tadaaaaa..............STATISTIK. <-------ke aku baru perasan?

Macam mana nak jumpa menatang tersebut? Klik pada dashboard --> stats.
Itu saja. Semudah ABC. Antara kandungan yang ada dalam stats tersebut adalah hampir semua data-data penting yang murid-murid perlukan atau saje2 nak tahu. Jika sebelum ni, kalau nak perolehi data-data tu, kita kena install macam-macam perisian kan? Atau kau buka kat nuffnang, then cari kat bahagian statistik. Kini, hanya dengan hujung kaki jari, kau boleh tahu statistik hanya melalui blogspot memasing sajok.

Baiklah, cuba try test klik pada stats tersebut. Ini yang akan terjojol muncul.


Ini adalah perkara yang muncul. Jadi, murid-murid sekalian bolehlah skodeng posts paling kababomm, sumber trafik dari mana, siap ada peta lagi. Boleh tengok data by hari ini, minggu ini, bulan ini dan semuanya. Banyak lagi statistik berguna yang boleh kita perolehi dari sini. So, apa yang penting? Lu pikir la sendiri......Errrk??!

Selasa, 17 Ogos 2010

Bagaimana mahu bikin beg cendawan?





Salam. Arini cikgu nak ceritakan lak pasal pembikinan bongkah. Minggu lepas cikgu bagi intro apa itu cendawan kan. Kalau nak baca entry terdahulu, sila klik SINI


PENYEDIAAN BEG MEDIA/BONGKAH CENDAWAN

Selalunya bahan-bahan utama dalam penyediaan cendawan di panggil media dan tips arini ialah tentang teknik penyediaannya.  Contoh yang digunakan ialah bagi penanaman cendawan tiram kelabu

Khamis, 29 Julai 2010

Cikgu Nasir ajar subjek Biolwanan

Hello pelajar-pelajar sekalian. Amacam dengan sesi pembelajaran dengan cikgu minggu lepas, "macam mana nak jadi follower"?? adakah pelajar-pelajar sume pass? atau terlepas? aku tengok macam terlepas je. Tak ramai pun jadi follower cikgu <--------bunyi macam pakse je!
Ye, kali ini cikgu nak ajar pelajar subjek Biolwanan. Biolwanan adalah gabungan dua subjek iaitu subjek biologi dan keusahawanan. Dalam dunia ni, aku sorang je ajar subjek tu.

Cikgu ada terjumpa nota si Suhami tempoh hari. Dia baru je pergi kursus tanaman cendawan. Ape lagi, aku rembat la. Cikgu pun takde bahan nak ajar minggu ni. Ala, ilmu tu milik Allah kan.  Boleh kongsi sama-sama.

Minggu ni cikgu nak ajar pengenalan cendawan sajok. Langkah yang lain ko kene amik tuisyen tambahan dengan aku. Hahaha. Cikgu takdelah kedekut ilmu sangat. Sharing is Caring maaa....(macam pernah dengar je tapi kat mano?). Minggu depan cikgu ajar step seterusnya. Baiklah, sebelum buah tomato hinggap ke muka cikgu, baik cikgu berhenti berceloteh dan mulakan sesi pengajaran. Sila buka buku seks teks Biolwanan sekarang!

PENGENALAN

Kalau dulu, cendawan ni pames dikalangan opah-opah dan tok wan di kampung sajok. Tapi sekarang ni cendawan telah dikenalpasti oleh pakar perubatan sebagai khasiat yang tinggi seperti :
  • Ado schizophylian iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser.
  • Tingkatkan sistem imun dalam tubuh.
  • Anti radangan
  • Anti bakteria
  • Anti parasit
  • Melindungi hati (sapo frust tu, makan cendawan banyak2)
Cendawan skang dipelbagaikan dalam bentuk kapsul, campuran kopi, suplement kesihatan, kerepek cendawan, cendawan goreng dll.

Khasiat Pemakanan Cendawan Tiram Kelabu (100gm berat basah) <---------berat basah tu berat bersih ke?

Tenaga         = 37kcal
Air               = 89.2 gm
Protien         = 3.6 gm
Lemak         = 0.7 gm
Karbohidrat = 4.1 gm
Serat           = 1.8 gm
Kalsium       = 2 mg
Fosforus     = 88 mg
Zat Besi      = 1 mg
Natrium      = 6 mg
Kalium        =  195 mg
Vitamin B1  = 0.03 mg
Vitamin B2  = 0.45 gm
Niasin         = 1.9 gm
Vitamin C   = 9.4 gm

Ha, banyak tak banyak. Suplement ko adooo?

Kalau pelajar-pelajar sumer nak tahu. Ulang suara, kalau pelajar-pelajar sumer nak tahu!
Endut!! Sila bagi tumpuan. Jangan main sodoku masa saya tengah mengajar! <---------cikgu bajet bagus
Baiklah pelajar sekalian, kalau nak tahu terdapat lebih 2000 jenis spesis ungka.....eh eh...spesi cendawan di dunia tapi hanya 25 jenis saja yang

Rabu, 14 Julai 2010

Macam mana nak jadi follower blog??

Assalammualaikum dan salam 1dunia kepada semua yang tak jemu-jemu baca blog ni.
(padahal 9 org je follower ko)
Nama saya Cikgu Nasir. Cikgu baru je abis grad kat UPSI. Umur cikgu baru nak masuk 45 tahun. Masih duda. Syukur kehadrat Illahi atas limpah kurnianya dapatlah kiranya cikgu dipaksarela oleh pihak editor apo2 yolah bagi menjamu kalian dalam topik yang baru, iaitu Belajar bersama Cikgu Nasir. Kali ni cikgu nak ajar kalian macam mana nak jadi follower blog ok. Sumer dah ready??? Ok, sila buka buku pendidikan jasmani sekarang.....

Ok fine, serius tak lawak.....

Follower di sini bukan bermaksud follow me @ flower @ shower@ dsb tetapi bermaksud menjadi pengikut kepada si blogger. Maksud yang lebih mudah, kalau si blogger update entry terbaru, so kalian dah dapat satu message yang ingin disampaikan tanpa terlepas pandang. Selain itu,

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih