Minggu ini atok nak bagi tips menghadapi peperiksaan. Atok percayo musti korang kat luar tu tengah berhempas-pulas berjuang untuk maso dopan. Ini adalah tips dari pengalaman atok sendiri. Atok tahu walaupun agak dah terlambek atok publish an entry ni, tapi sekurang-kurangnya io masih berguno pado sesiapo yang bolum dan sodang amik pekso. Yang baik jadi an toladan, yang buruk jadi an
1. Buek nota ringkas.
Rajin-rajin kan lah sikit tangan tu buek nota ringkas. Macam zaman kegemilangan atok dulu, sebulan sebelum pekso atok dah start buek nota ringkas. Dalam kertas A4 tu atok sumbek an satu tajuk satu page. Mano buleh sumbek, den sumbek an. Sampai terkuyak-kuyak nota tu den kojo an. Sebab bagi atok, kalau buku segedabak gajah tu kau nak baco, confirm tak melekat. Confirm kau nangis sebab tebal lagi page kena baca. Tapi dengan ado nyo nota ringkas ini, kau dapat meringankan 'view' tu dan menipu otak bahawa nota itu pendek je sebenarnya. Buatlah mind maps sikit ado corak-corak bungo rayo bagai, pasti menarik.
Amacam? Tak termeninggal ko nak baco mind maps camni?? |
2. Belajar 30 minit, berehat 10 minit.
Inilah yang atok amal an dulu. Belajar dalam masa 30 minit, lepas tu
atok amik masa rehat 10 minit. Dalam masa 10 minit tu, kau buatlah apa yang kau nak buek. Nak terberak ko, nak tekoncing ko, nak mamam ko, ha bueklah dalam maso 10 minit tu. Lopeh tu, masuk segmen belajar balik selamo 30 minit. Yang ini atok ponah lah terbaco. Kalau kau baco lobih 30 minit tanpa henti, confirm apo yang kau baco minit ke 31 tu tak masuk. Cubolah kau bayangkan, orang curah an air kat mulut ko berterusan, mestilah tak dapek nak tolan an? Cam tu lah otak kito. Otak kito bukan mesin. Walaupun den tahu kau genius sekalipun, musti otak kena rest jugak. Jangan pulak kau belajar 3 minit, rehat 100 minit! Memang nak kono sosah!
Lopeh yo kau belajar 30 minit, pastu kau buek akiviti melocat cenggini, bleh?? |
3. Banyak minum air kosong
Yang ni memang atok tak nafi an keberkosanan eh. Air elok untuk badan dan otak. Air jugo lah yang menggerakkan fungsi dalam badan termasuk otak kito. Maso atok sekolah menongah dulu, kawan-kawan cino atok ramai yang bawak botol air godang-godang. Kalau orang melayu kito, malu nak bawak. Bawak pun botol air comel-comel yo. Yang ado rambu-ramba. Macam botol air talipon budak sekolah rondah pun ado gak yang bawak. Selain mengaktifkan fungsi badan, air kosong jugo membantu melancarkan penyerapan ilmu secara efektif. Selain menghilang an ngantuk. So, tak adolah istilah buku duk menepek kat muka kau yang sedang nyenyak tido lepas ni.
Rakus tak aku? |
4. Buat latihan tuntas
Kau cari semuo soalan-soalan yang bulih dijawab, then jawab. Lagi bagus kalau dapek cari soklan tahun-tahun lopeh. Sekurang-kurang eh, kito dah familiar dengan bontok soalan tu. Kalau semua soalan dah habis kau buat, kau tanyolah pensyarah-pensyarah, prof2 suh bagi soalan.
Lecture : 2+3 = -3. Jap kejap, ni aku ke kau yang nak exam ni??? |
5.Buat perbincangan berkumpulan
Atok percayo ado yang seleso belajar sendiri dan ado yang suko belajar berkumpulan an? Bagi atok, dulu atok suko belajar sendiri
Cubo kau tengok gambar Tyra Banks ni...hahahahaha.....lawak2. |
6. Buat rakaman video atau sound clips.
Jangan golak lak. Ini bokan cobaan. Ini betul-betul. Maso atok study dulu, datang gile aku nak merakam-rakam ni. Bukan rakam *******, tapi rakam atok bercakap seorang diri. Tak salah atok guno an teknologi an? Itulah, budak sekarang ni je menyalahgunakan teknologi. Lepas je atok abis ulangkaji, lopeh tu atok amik henset berkamera made in China aku, then snap sendiri ala-ala orang gile nak mintak sedekah. Atok cakap je apo2. Apo yang atok ingat an, atok membebel sampailah henset tu tak boleh nak rakam lagi. Lopeh rakam, atok baring pastu dengar balik hasil rakaman tadi via earphone. Earphone. Kalau kau tak nak kawan-kawan kau cop kau sebagai hilang pedoman, baik guna earphone. Atok boleh refresh. Kalau memori full, atok save dalam laptop, then boleh dengar semulo pado bilo-bilo maso di mano juo.
Kau rakam je apa-apa yang kau nak bebel |
7. Pemakanan
Menu diet atok seminggu sebelum pekso adalah ikan. Tak kisah ikan apo.
?? ....................... |
8. Tidur awal
Wajib! Kau kena tidur sebelum pukul 12.00. Pergi matilah sama itu note kalau tak sempat nak baco. Sebab mengikut pengalaman atok, atok wajib tidur sebelum pukul 12.00 jiko melibat an hari peperiksaan. Sobab apo? Sobab eh esoknya kau nak jawab pekso. Badan perlu rehat. Otak pun perlu rehat. Kalau kau terus-menerus membaco sampai pukul 2 3 pagi, dijamin esoknya mesti blank! Tunggang-langgang kau menjawab soalan. Lepas tu, mesti kau cari pemadan untuk potong segiempat tepat buat dadu. 12.00 stop! Lagi awal tido lagi bagus. Kalau nak buek revision, lepas subuh adalah terbaik. Jangan tidur
Inilah akibatnya tak dengar cakap |
9. Banyakkan solat.
Solat 5 waktu semestinya lah. Tak perlu nak hurai an laie. Kalau rajin, buat solat sunat, solat taubat, solat macam-macam lagi. Sobab selain mendapat an ketenangan, banyak faedah lain yang bulih kito dapek. Saintis pun dah mengkaji kehebatan solat ni. Menurut mereka, setiap kali kita sujud, darah dan oksigen akan mengalir ke kepala mengikut kuantiti tertentu. Selain itu, dengan bersolat kito jugak seakan bersenam dalam maso yang samo. So, boleh hilangkan tekanan menghadapi peperiksaan. Kalau boleh, luang an sikit maso baco Al-Quran.
Ha tengok adik tu cakap apo |
10.Sucikan hati
Tak payah tunggu hari rayo baru nak bermula episode tangisan Neng Yatimah. Telefon mak, abah, abang, akak, atok, uwan, kawan-kawan, pensyarah dan semua kenalan cakap mintak maap! Dengan ikhlas. Minta ampun dari hujung kepala hingga ke hujung
Omak den mintak maap sobab dulu ponah tibai duit omak boli guli! |
p/s : Atok nak ucap an selamat menduduki peperiksaan kepado yang terlibat. Buek yang terbaik, jangan hampo an harapan mak ayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan