Selasa, 17 Oktober 2017

Tempat Menarik di Jogjakarta (bahagian 4)

Assalammualaikum!


Oraits! Kita teruskan pengembaraan Jogjakarta yang seterusnya. Semalam kan kami dah terlepas sunrise akibat bangun lewat sejam (huhu). Kali ini semua dah taubat dan terus bangun on time ye 😅

Tempat seterusnya yang kami lawat adalah Punthuk Setumbu. Banyak di laman sesawang yang menyatakan di sini adalah salah satu tempat yang menarik untuk melihat sunrise. Sebab apa? Korang akan dapat melihat candi Borobudur dari jauh yang berlatarkan Gunung Merapi. Dan tidak ketinggalan juga korang akan nampak Gereja Ayam. So, ada tiga benda ni yang akan nampak pada awal pagi (jika cuaca sangat baik!)

Tiket masuk Punthuk Setumbu adalah IDR30,000 sekitar RM10 camtu. Namun kami tidak bernasib baik, kerana bukan sahaja Gunung Merapi tidak memunculkan diri bahkan matahari pun segan-segan nak bersinar di awal pagi. Honestly i pun frust tau. Dah la bangun awal pagi, tup tup tak dapat apa yang diidamkan. But well, kat situ masih ada platform untuk bergambar berlatarkan hamparan sawah padi di bahagian belakangnya. Terubat sikit dik.

Expectation


Reality
Haa...kat sini lah i kena caruts ye. Hahaha stress haku. Orang kat sana cakap, untuk dapat dapatkan pemandangan "expectation" tu sangat susah. Kiranya dalam sebulan hanya 3 kali sajok. Dan aku pergi hari yang 27 tu. Kau ghaser? Penat tau bangun awal. Huhu.

Apa pun, view reality masih cantik. Kalau perasan masih lagi boleh nampak Borobudur dan Gereja Ayam tu. Thanks to Zaki for the nice photo. Siap ada burung penjuru kanan atas tu ye. Good job. 👍

Ok selepas kekecewaan di Punthuk Setumbu tu, kami terus membawa hati yang lara ke Borobudur. Kami naik atas tu lewat sikit disebabkan bersarapan dulu. Kalau korang plan nak ke Borobudur, bolehlah ambil Borobudur Tour Sunset. InsyaAllah pemandangan sangat cantik dan tak panas. Kalau korang perasan, sebelum pintu masuk Borobudur tu pun ada orang menjual cenderamata dan barangan perhiasan yang lain.

Rombongan makcik bawang ke Borobudur


Tiket masuk ke Borobudur ni ialah IDR325,000 sekitar RM100. Masuk ke sini agak mahal juga sama seperti Angkor Watt dulu disebabkan ini adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Borobudur ni merupakan candi yang terbesar sekali di dunia. Ada juga yang mengatakan Borobudur ni peninggalan Nabi Sulaiman (wallahualam). I have no idea.

Tips untuk masuk ke Candi ni, pastikan korang memakan pakaian yang menutup aurat / berseluar panjang. Kalau tak, nanti diorang akan kasi pinjam Sarong. Berskirt la kau atas tu. Feeling mak esah lah kau.

beberapa pemandangan di Borobudur

Masih kukuh walaupun telah dibina sejak abad ke 8

Pemandangan dari depan Borobudur
Stupa berbentuk loceng. Kalau pergi waktu sunset/sunrise lagi cantik

Makcik bawang pose Deppp....ke dappp??....eh damnnn!
Yes, pastikan korang banyak minum air tau. Kat sini sangat-sangat panas dan takut nanti kekurangan air. Kalau boleh siap-siap bawak penutup kepala seperti topi, buff, selendang mak esah dan sebagainya untuk melindungi kepala dan wajah anda. Acamtu. Lepas keluar dari Borobudur ni akan ada satu deretan kedai yang menjual pelbagai barangan unik termasuk cenderamata dan baju. Cenderamata di sini bagi I biasa-biasa harganya, cuma baju kat sini agak murah dan banyak pilihan. 7 T-shirt Jogja tu harganya cuma IDR100,000. Sehelai baju tu sekitar RM5. Lebih murah berbanding di Bandung.

So, penat dik menaip. Sambung lagilah kemudian bahagian 5 ek. Hihi.👅

Tempat Menarik di Jogjakarta

1. Pantai Parangtritis
2. Gumuk Pasir
3. Kebun Mangunan
4. Hutan Pokok Pinus
5. Seribu Batu
6. Puncak Becici
7. Punthuk Setumbu
8. Gereja Ayam
9. Borobudur

Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih