Isnin, 24 September 2012

Assalammualaikum Tok Wan,

Saya Simah ingin bertanya dan minta pendapat dari Tok Wan. Saya mempunyai seorang suami yang berkerjaya. Manakala saya seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Kami baru saja dianugerahkan seorang anak yang comel pada tahun lepas. Yang menjadi masalah kepada saya, baru-baru ni suami saya sering pulang lewat dari tempat kerja. Alasannya kerja lebih masa. Sebagai seorang isteri, saya berasa sangat risau dengan perubahan suami. Apa yang perlu saya lakukan Tok Wan?





Tok Wan

Waalaikumusalam Simah,
Tu dia. Uwan kompius antara Simah dan Sinbad. Eh. Mahapkan uwan. Bagi permasalahan Simah ni boleh dikategorikan biasa berlaku bagi pasangan yang baru dianugerahkan cahaya mata. Cuba Simah berfikiran positif. Mungkin suami Simah benar-benar bekerja lebih masa memandangkan beban keluarga semakin bertambah. Tapi Uwan ada juga nak beri sebarang satu dua nasihat kepada Simah takut ler kan in case betul2 betul pulak laki ko lepas keja masuk kelab dangdut. 

Antara perkara yang Uwan cadangkan Simah 'improve' adalah seperti berikut :-  

  • Cuba berhias untuk si suami. Uwan bayangkan mesti sebelum ni kalau laki ko balik kerja tengok-tengok ko terpacak depan pintu sambut kepulangan dengan rambut afro polkadot pastu baju nenek-nenek pakai kan. Apa kata lepas ni, Simah calitkan gincu sikit, pastu ko rebonding rambut ko hanya untuk tatapan suami hokey, pakai baju seksi-seksi ikut shape badan. Silap haribulan laki ko terus terkam ko. Ops.

  • Kalau sebelum ni Simah kasi suami makan lauk pauk tunjuk beli kat kedai, apa kata Simah mula belajar memasak sendiri. Bak kata orang zaman dolu-dolu, si suami akan melekat di rumah kalau si isteri pandai masak. Tak kisahlah masa mula-mula tu nak masak menu ikan 3 rasa, tiba-tiba jadi ikan takde rasa...terus hilang deria rasa suami ko sekalipun, atleast Simah mesti kena start memasak untuk suami!

  • Orang kata rumahku syurgaku. Cuba Simah hiaskan rumah Simah tu sebaik mungkin. Kalau sebelum ni nampak macam neraka baju sepah sana sepah sini, sotong kering tersangkut atas kipas, bau stoking....so lepas ni Simah mesti kena work out. Wah gitoo. work out ye x. Macam p gym. Kalau rumah tu santek, bau wangi...suami mesti tak sabar-sabar nak balik rumah. Yelah, sekurang-kurangnya dapatlah hilangkan ketensionan di tempat kerja. Nak lagi bagus, Simah urut belakang suami tu.

  • Dan yang terakhir sekali yang dapat Uwan kongsikan pada episod kali ni, ialah Simah jadikan anak tu sebagai pengikat kasih sayang antara kamu suami isteri. Pastikan pakaian, makan minum sempurna. Jangan nanti laki ko balik rumah je dengar anak ko melalak. Lagi tensen laki ko. Pastikan makan si anak cukup. Perut tak kembung. Kasi wangi-wangi. Nanti papanya balik, si anak ni tadi berlari-lari kat kaki papanya. Suwit kannn.

  • Dan yang paling terakhir sekali (tibo-tibo ado idea lak), selepas solat tu cubalah Simah panjatkan doa kepada Allah supaya perhubungan kalian akan terus diredhai selama-lamaNya....Ok bebeh, itu sajo nasihat dari Uwan. Selamat mencoba!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

baguih..baguih..hehe..sllunya suri rumah nie serabai je laki pun makin x suko hati.Haha.

Tulus Sweet berkata...

wat dek je..lamo2 okla tu...

dya nasir berkata...

bgus lh nasiht wan..nnti blh guna nasiht ni

Unknown berkata...

chii setuju dan sokong pandangan yg uwan berikan..dan lagi satu.harus letakkan kepercayaan pd suami..kena selalu bersangka baik..x lupa..berdoa..itu yg penting :)

Unknown berkata...

Novelgurl : Kann...kono berhias sikit

Unknown berkata...

Tulus Sweet : Haishhh...mano bulih wat dek

Unknown berkata...

dya bunga : Print nasihat uwan ni sekarang

Unknown berkata...

chii : Ye betul, uwan setuju...doa paling penting :)

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih