Jumaat, 3 Ogos 2012

Solidariti Bersama Umat Islam Rohingya


Sumber : Facebook.

Himpunan desak Myanmar henti pembunuhan. Sahabat Rohingya kita telah dizalimi sekian lama. Kini pembunuhan etnik Rohingya Islam di sempadan Myanmar/Bangladesh tidak terkawal. Kerajaan Myanmar tidak mengendahkan penghapusan etnik yang berlaku.

Ayuh bersama Himpunan Desak Myanmar Henti Pembunuhan. Bersama mendesak dan menekan kerajaan Myanmar melalui kedutaannya di sini, juga penyerahan memorandum bantahan. Berikut adalah maklumat perhimpunan ; 

Tarikh : 3 Ogos 2012 (hari ini)
Masa : 2 petang (lepas solat Jumaat)
Lokasi : Berkumpul di Menara PERKESO Jalan Ampang (sebelum bergerak beramai-ramai ke Myanmar Embassy)
Sebarang pertanyaan sila hubungi 012-2231239. Sila hadir sebagai NGO atau individu. Kami perlukan sokongan anda untuk mengiringi penyerahan memorandum. Ayuh bergerak sekarang! Setiap hari ada saudara kita yang mati di sana!


p/s : Boleh solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan bergerak ke PERKESO Jln Ampang selepas solat. Kepada yang tiada kenderaan, boleh turun di LRT Jelatik dan jalan ke arah PERKESO di Jalan Ampang (lingkungan 500 m)

6 ulasan:

Aziela berkata...

Insyaallah, akak cuba sebarkan. Kalaupun x dapat menyertai, akak support dengan cara memberi maklumat jer lah yer...

dya nasir berkata...

atok pergi ye??

eyjalukman berkata...

thanks share :) nk poie jauh sngt . doa smoga depa sume slamat ,insyaAllah :)

Unknown berkata...

Aziela : Terima kasih kak

Unknown berkata...

dyabunga : Atok tak pergi. atok mampu hebahkan je

Unknown berkata...

eyjalukman : InsyaAllah :)

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih