Selasa, 17 Julai 2012

Rahsia duit Malaysia 2012?

Assalammualaikum. Tak jawab dose.


Ok, di minggu terakhir sebelum kito masuk bulan Ramadon ni, atok nak kongsi dengan Ecah rahsia di sebalik duit Malaysia 2012. Untuk pengetahuan Ecah yang masih lagi tak tahu atau buat2 tak amik tahu, duit Malaysia yang baru dah diedarkan semalam laie (Isnin). Apo2 pun moh kito skodeng duit malaysia ittew.


Ini goman eh duit Mesia Baru

Okeh, cubo Ecah perhatikan duit itu boto2. Apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik duit tu?....Yesza. Ko memang bijak. Adakah Ecah perasan bahawa kalau kito perhatikan duit-duit baru ni seolah-olah mengimbas kembali jaman kanak-kanak kito maso main games Saidina. Boto x? Kalau boto kasi hangguk itu kapala. Bagi generasi sekarang yang tak sompek kenal permainan Saidina tu meh atok tolong gugel kan untuk ko.













Oii, ni hantu air!




inilah permainan Saidina

Dulu jaman kegemilangan kanak-kanak atok dulu, selalu main natang ni. Kadang-kadang main sampai 3 4jam. Tak muak-muak. Atok bukan nak cakap mongak la. Tapi kalau atok main natang ni, selalunya atok akan.....................................kalah.  T_____________T
Jarang monang. Mungkin banyak bonar makan somut. Sampaikan ado yang perkecilkan kemampuan atok. Motep?

So, sejak diperkecilkan itu, atok pasang nekad. Atok harus merancang strategi untuk monang! Kasi bukakkan bijik matok budak-budak ni. So, setiap kali dapat satu pusingan tu, kita akan dapek gaji. Atok akan simpan separuh duit gaji tu bawah bontot sila kaki atok. Dapat je duit, atok simpan. Dapat je simpan. Simpan dan simpan.

Sampailah satu maso tu, atok berpeluang untuk mendirikan hotel kat tapak yang atok dah boli. Tapi yang menjadi masa'elahnya bilamana duit yang tersusun dopan mato atok tinggal nyawa-nyawa ikan. Atok tak mampu nak bina hotel. Kengkawan dah golakkan atok. Mereka memang jangkakan atok orang pertamo yang akan tersingkir. Seperti selalu. Sedddddeh.

Tapi! Baru atok teringat. Atok ado duit yang disimpan bawah sila tadi. So, atok keluarkan. Terbeliak bijik mato budak ni tengok duit atok. Bukan budak ni yo terbeliak, dengan haku sekali terbeliak. Banyak tuuu. So, atok pun beli hotel sederet untuk lot tu. Sebaik sajok atok bino hotel tu, ramai yang terperangkap masuk. Kono bayar kat atok. Sampailah diorang bankrap pastu tersingkir sorang domi sorang. Akhirnya atok menjadi juaro untuk kali pertamo! Yehuuuu.

Sojak dari aritu, atok pun terus pasang strategi asingkan duit gaji pastu sorokkan. Dan seperti selalu, atok monang. Hihi berlagak kan. 

Agaknya kalau kito praktikkan dalam kehidupan seharian strategi tu, atok raso kito mesti boleh jadi kayo kan.....Cubo kito anggap duit Malaysia Baru tu macam duit saidina kito jugak. Asingkan siap2 untuk simpanan maso dopan. Mano tahu mungkin satu hari nanti kito boto2 perlukan duit tu kan untuk menjana aset lain lak.

Bagus gak ado duit baru ni. Bersemangat nak menyimpan. Walaupun sikit lamo-lamo jadi bukit. Jom menabung   :)


Will Batman return to protect Gotham City?? Don't miss the epic conclusion to The Dark Knight Legend! Clik HERE for more info   ;)

17 ulasan:

Unknown berkata...

Masa kecik saya hanya mampu main Jutaria hahahaha...bila da besar sikit baru mampu beli Saidina hehehehe....

Mcm betul gak tu kan, kita sorokkan duet gaji dr pandangan mata...lama2 berlambak2 heheheheh

Aien Not Alien berkata...

samalah kita dulu leka main saidina...sorok duit nak simpan. sekarang duit baru macam duit saidina boleh la cuba lagi sorok2 duit..haha

dya nasir berkata...

lama plak xmain saidina..tapi duit rm20 baru tu lawa..sayang nk guna..hihi

Tanpa Nama berkata...

hihihi betul la tok best main jutaria @ saidina ni.. kecik2 dulu ralit betul main permainan ni.. ummie pun skang mmg rajin selit2 duit rata2.. bila rasa macam kekurangan tu selak sini sana jumpa la duit hihihi penah sekali tak sangka terjumpa duit sendiri yang lepas la tuk makan dan minyak kete seminggu.. lega sungguh ^_^

Ca Ezah berkata...

sesungguhnya seumur idup ca,ca xpernah main saidina...kwn2 ajk main pon xnk.sbb, blur tahap cipan masa kecik2 tu..pebenda ntah,xreti men..haha..sampai skang kot xfhm cane nk main.sedih!


wet baru Rm20 yg ca tertunggu2..heh3

Unknown berkata...

betul2..konsep saidina mmg sgt menarik di aplikasikan..kena bijak beli tanah dan sebagainya..utk jaminan masa depan..

Sons|of|Adam berkata...

Simbol illuminati dan zionis terus merajai matawang malaysia...wallahua'alam..

Hanie Dew berkata...

hehehe..bagus jugak strategi atok ni.bole digunapakai di dalam kehidupan seharian. amek kau ayat exam aku bg kat komen..hhehehehe...

Unknown berkata...

Azham Vsvc : Samo la ngan atok...maso sekolah rendah main jutaria yo...huhu

Unknown berkata...

Aien Alien : Kan...moh menyimpan

Unknown berkata...

dyabunga : Dulu jaman atok kocik2 ado duit doploh ni

Unknown berkata...

umie mia : Kan. Itulah hikmahnya menyimpan. Bulih guno maso sosak kan

Unknown berkata...

Ca Cik Duyung : Pitammm

Unknown berkata...

chii : Wahhh...ni musti broker tanah yang hebat nih

Unknown berkata...

Sons|of|Adam : Kan....

Unknown berkata...

Hanie Dew : Gitew. Skema ayat ko jaja

Tanpa Nama berkata...

kobe shoes
golden goose
golden goose sneakers
off white
jordan 4

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih