Khamis, 19 Julai 2012

Keburukan Bawa Telefon Ke Sekolah

Mulai tahun hadapan, telefon bimbit dibenarkan di bawa ke sekolah. Tajuk berita hadapan Utusan Malaysia semalam. Apakah?

Atok tak tahu di mana rasionalnya jika bawa telefon ke sekolah. Kata ibubapa sekarang nak jaga keselamatan pelajar jika berlaku kes penculikan. Aku tengok yang ada henset canggih pun kena culik. Lagi sonang nak kono culik sobab orang tahu ko anak orang kaya siap pakai telepon canggih. Zaman atok dulu pun pakai yo telepon. Tapi telepon botol air tu lah. 

Secara peribadinya atok kurang bersetuju dengan cadangan tu. Banyak kosan buruk dari kesan baik untuk jangko maso akan datang. Ini pendapat atok lah k. Atok kurang setuju mulai tahun hadapan dibenarkan bawak telepon bimbit ke sekolah kerana.......

1. Mengganggu proses pembelajaran
Dah kalau anak ko bawak telepon bimbit, i pad segala ke sekolah sah sah lah kejap-kejap telepon berbunyi. Kojap uwan dia telepon tanya pakai spenda kaler apa arini. Kojap atok dia telepon tanya dah makan ke belum. Kojap pakcik sebolah rumah telepon. Kalau sorang berdering takpo. Ini kalau ado 30 orang dalam kelas tu, dan 30 orang sekali berdering hensetnya, tak meninggal cikgu anak ko??


haku jamin, kompem terganggu suasana pembelajaran

2. Menggalakkan kes kecurian
Dah namo pun budak-budak. Mesti nak lebih canggih dari kawannya. Dah kalau anak ko pakai henset Norkiah 3310, tapi kawannya plak canggih pakai iphone8 mesti anak ko nak curi iphone8 tu kan. Pastu berlakulah kejadian tuduh-menuduh. Tak cukup plak pastu gaduh-gaduh. Pastu lak mak bapak masuk campur. Pastu jumpa kat mahkamah. Hah, elok sangat la tu kan.

3. Menggalakkan budak sekolah melayari laman web tak sepatutnya.
Kalau dah ramai-ramai budak jantan duduk sekelompok terkulat-kulat tu apa lagi yang dibuatnya. Tengok cito lucah la kan. Kalau yang sorang kawan ni tak tahu link video lucah, tapi yang kawan sorang ni lak tahu, kan dah tersebar tu. Silap-silap cikgu mengajar subjek biologi kat depan, dia p mengkaji sistem peranakan kat bawah meja.




ko nak adik ko jadi cenggini??


4. Cikgu akan mengajar dalam suasana tertekan.
Mano tak eh, kalau si cikgu ni tadi nak menghukum pelajarnya yang membuat silap, secara automatik henset2 pelajar ni tadi terus merakam perilaku cikgu tu tadi. Pastu post kat pesbok. Fitnah letak tajuk "cikgu mendera pelajarnya sehingga mati". Tak pun pelajar ni tadi pergi retweet kat mak bapak dia. Pastu mak bapak dia datang sekolah menganjing-nganjing cikgu besar.

5. Menyusahkan ibu bapa.
Ada juga segelintir ibubapa yang kurang setuju dengan cadangan membawak telepon bimbit ke sekolah ni. Buktinya, nanti si anak akan paksa si mak ayah ni tadi beli henset canggih-canggih nak setara dengan kawan sekelasnya. Kalau tak dapat henset canggih, dia lari rumah. Tak pun buat part time keja tak senonoh. Ko ada baca tak berita pasal remaja melayan nafsu seks orang tua umur 60 tahun semata-mata mahukan barang gadget?? Ada??

cikgu-cikgu akan bertambah gemok...ko dial je student ko mintak kedatangan


6. Lu pikir la sendiri. Ponek den mikir eh. Walaupun ado kebaikannya, tapi bagi atok banyak buruknya. Atok tahu zaman dah berubah. Tak macam kito dulu. Tapi zaman kito dulu pun still boleh berjaya gak sekarang walaupun tanpa gadget canggih tu. Atok takut, generasi kito nanti bukan bertambah bijak, tapi bertambah bangang...ops sorry...k bye






All Malaysians should support AZIZUL for London Olympics and you can win exclusive roadbikers autographed by a top cyclist. Who is he? Click [HERE] for more info.

25 ulasan:

Unknown berkata...

Den bantah bawa hp ke sekolah. Konpem tiap2 bulan den kono boli hp tiap2 bulan sb anak den pelupo.

Unknown berkata...

hahahaha cik anis suke dengan pic bawak sekali ti.. at last suma bodo hahaha

Ca Ezah berkata...

ca sokonh segala hujah atok..mmg banyak buruk dr baik.tu belum kes akan adanya rkaman dlm toilet kang..pastu gaduh berebut bf ke gf..ahh..mcm2 la..ape tujuan dibenarkn hal ni pon xtau..

dya nasir berkata...

dya pun bantah..mama dya cikgu lgi bantah..nnti ada kes curi cri cikgu

Aien Not Alien berkata...

banyak buruk dari baik. kalau pasal penculikkan...banyak lagi cara selain hp. laburkan duit suruh anak bawak Kiddy-Track lagi bagus dari HP.

MizzTina berkata...

ye la atok, sgt xrelevan cadangan tu.. cam hampeh lg ada.. 2017 semua bodoh?? hahaha.. bukan setakat SEtuju.. tapi bertuju²..

Cik Rimau berkata...

setuju pendapat tok.. hehe..
bukan sebab dengki dlu xdapat bawak ke ape ke..
mmg xde motif pon nak bawak..
nnt student x fokus dlm kelas..
study ntah ke mane, asyik la ngan hp..
klu dlu mmg la suke klu dpt bawak fon..
yerla, dok asrama xde tipon.. public fon sume budak lain dah kejekan dlu..
so, mmg stuju ar kot klu nak bg bawak hp tu..
tp klu ikut zaman yg da makin canggih nie, xpayah la kot..
kang jadi mcm ayat last gambar akhir tu.. hahahahahaha

priyadarshini berkata...

Betul tu.. Saya sokong..

Aziela berkata...

akak pon x setuju....

Unknown berkata...

Alahai...nanti cikgu2 macam saya la yang nak kena handle kes2 mcm tu....bertambah lagi beban cikgu...nampaknya KPM boleh tambah lagi gaji cikgu hehehhe!

mrs. hairum berkata...

hahaha i like part yg last.. sume bodoh haha

Hanie Dew berkata...

kalau nak listkan lagi mmg tak cukup memory blog atok ni.byk keburukan dr kebaikan.depends on student punya perilaku dan cara mengawal.tp skrg ramai yg di luar kawalan. (-.-)'

Unknown berkata...

~~zana@pb~~ : Kan, dah jadik satu hal ibu bapak nak kono molian anak phone

Unknown berkata...

Cik Anis : Mintak2 janganlah jadi cenggitu kan

Unknown berkata...

Ca Chi Duyung : Atok pun tak tau apa alasan bawak phone ni. Untuk tujuan keselamatan katanya

Unknown berkata...

dyabunya : Dah jadik satu hal pulak cikgu nak siasat

Unknown berkata...

Aien Alien : Atok setuju. Banyak yo caro lain selain bawak henspon ni kan

Unknown berkata...

MizzTina : Tu yang kita dok takutkn tu

Unknown berkata...

Cik Rimau : Boto tu atok setuju. Esok pelajaran ntah ke mano henpon ntah ke mano

Unknown berkata...

priya darshini : Kan, err...ni priya yang kojo tompek atok tu ko?

Unknown berkata...

Aziela : Kan kak

Unknown berkata...

mrs. hairum : Gitew kan. Doakan tak jadik cenggitu la

Unknown berkata...

Hanie Dew : ATok tak percayo kalau budak sekolah bawak phone ke sekolah. Memang banyak keburukan

Unknown berkata...

Azham vsvc : Giteww...Lagi ramai cikgu yang berada dalam keadaan tertekan nanti kan

Tanpa Nama berkata...

moncler
off white clothing outlet
supreme clothing
curry shoes
off white clothing

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih