Khamis, 31 Mei 2012

Marvel Superheroes 4D

Assalammualaikum dan peace yo O'O ye kan!


Ok, atok sambung lagi perjalanan maso masuk kat Trans Studio Bandung haritu. Lopeh yo mato atok bertukar warna putih di Yamaha Racing Coaster tu, destinasi seterusnya atok singgah di Marvel Superheroes 4D. Nak ikutkan tompek sepatutnya poie dulu di Transcar Racing, Giant Swing, Si Bolang Adventure, Vertigo, Dunia Anak....tapi mato dah terpandang kan superhero The Avengers tu, terus langkau ke situ....





Ini antaro superhero yang ado dalam Marvel Super Mak Hereos 4D
Sejujurnya atok memang tak ponah laie jojak ke tempat cenggini. Even wayang Titanic 3D mahupun Final Destination 3D sampai sekarang pun atok tak tengok-tengok laie. Apatah laie Ombak Rindu yang takde 3D tu kan. Sobab atok bukan kaki wayang. So, pengalaman menonton short film berbentuk 4D ni memang mengujakan atok.

Yang menjelir lidah tu namanya Awar....suka ko kan awar...Awar ni pemalu tau menurut  kata kakaknya...tapi bila atok tengok gambar ni, atok jadi kompiuss
Kalau Ecah nak tahu, di Marvel Superhereos 4D ni merupakan simulator 4D yang pertama di dunia yang menampilkan watak Marvel seperti Spiderman, Hulk, Captain America, Ironman dan Wolverine. Maso atok masuk kat bilik ala-ala pawagam tu, atok di minta untuk memakai spek mato 4D. Spek Jaapar Tongek atok tu terpakso lotak ke tepi dulu sebab tak boleh pakai double. Kat depan tu ado skrin bosar. Macam pawagam tu. Kerusi dia macam kerusi pesawat UFO.

Cubo ko tengok manusia2 yang pakai spek 4D tu...nampak je macam kusyuk walhal gelap je  nampak...atok  cuba mencari titik fokus
Atok dah risaulah kan. Kalau ko tengok muka aku kat atas tu pun dah boleh agak tahap kerisauan tu. Yelah, kalau 3D dah macam real, 4D macam mana pulak kan? Dalam fikiran atok dah terbayangkan ada orang dalam tu pakai kostum superhero tadi pastu beraksi dopan mato atok. Kalau macam tulah, baik tak payah kan. Baik atok poie A&W bermain bersama kostum beruang coklat tu kan.

Kebetulan pulak kat sebolah kerusi team atok duduk tu bertutup dengan kain hitam. Atok risaulah jugak kan tiba-tiba pulak kain itam tu ado robot mengamuk-ngamuk ke kan. Pastu cuit-cuit aku ke. Kerusi tu betul-betul sebelah atok. Dah cuak dah ni. Risau melanda tahap cipan. Pastu lampu sume terpadam!

atok dah terbayangkan , simulator 4D ni ala-ala histogram image terpacul depan atok....


"Ok, bersedia semuanya!,"jerit petugas dalam tu.

Pastu wayang pun dimainkan. Rupa-rupanya tayangan tu macam 3D jugak. Cita dalam ni berkisarkan superheroes yang atok senaraikan tadi berlawan dengan robot besar yang jahat. Ada satu slot tu.,cermin pecah, cermin tu betul-betul macam nak hiris muka kita. Sampai kawan atok terkapai-kapailah tangan nak elak dari kena cermin. Penangan nak gambarkan ke'real'an dia tu kan. Atok pun ikut terkapailah. Pastu canggihnya, kalau si Hulk hijau tu tepuk tangan kuat-kuat, angin kuat terus hembus muka atok depan-depan kemudian kerusi yang atok duduk tu terus terdorong ke belakang. Kawan-kawan terus menjerit. Memang real! 

Bila saatnya si robot jahat tadi tewas, dia betul-betul tumbang ke bumi. Dengan kami-kami sekali bergegar terasa tempiasnya. Ada satu slot tiba-tiba muka atok kena percikan air. Bila tanya kawan air apa tu, dia kata anjing melibas bulu. Badannya basah masuk kolam sebab nak elak dari terkena himpap kat robot tadi. Pastu anjing tu kibas-kibaskan bulunya. Air betul-betul terpecik kat muka atok! Nak samak tak tu?? 

Dan yang paling menarik bila watak jahat ni tadi mengeluarkan tentera terakhirnya yang merupakan lebah robot, tiba-tiba kaki atok rasa geli seakan kepak-kepak lebah robot tadi berebut keluar dari bawah kaki kami. Pun atlast kalah jugek. Kesimpulannya superhereos ni tadi menang akhirnya... 

Tayangan secara purata lingkungan 10 minit itu betul-betul membuatkan kawan-kawan atok teruja!...tapi atok masih lagi blur-blur. Atok tak dapat mengamati tayangan 4D tu secara baik sebab spek mato Jaapar Tongek atok dah ditanggalkan awal-awal tadi. Yang atok nampak cumo bayangan samar-samar sajok!!!....itupun nasib baik ada anjing libas-libas air kena ke muka........barulah terasa sikit kesan "4D" nya...

Sigh......

p/s : 5 bintang. Wajib poie sini. Kalau next time atok berpeluang dapek repeat, atok nak pakai gak spek mato Jaapar Tongek + Spek mato 4D. Kompem watak-watak tu tersembul dopan mato!




11 ulasan:

faiz berkata...

muka tak bley blah..

dya nasir berkata...

atok g situ tak ajak dya pun..hihi

Mr.She berkata...

atok samak tak lepas tu? kahkah

Zul fattah berkata...

memang real r .. tak pernah try lagi ni.. lpas ni nk try cuba r.. hehe

Hanie Dew berkata...

perrghh...macam best je kalau becuti kat sini boel tgk 4D..

Unknown berkata...

faiz : Muko sapo faiz....hihi

Unknown berkata...

dyabunga : Ala...atok plan dari tahun lopeh laie

Unknown berkata...

Mr.She : Haish....hihi

Unknown berkata...

Zul Fattah : Jom tahun dopan kita repeat laie!

Unknown berkata...

Hanie Dew : Kalo ado lobih duit kono poie...sonok!

Tanpa Nama berkata...

Heya i am for the first time here. I came across this board and I in finding It
truly helpful & it helped me out much. I am
hoping to give one thing back and help others like you
helped me.

my blog post natural cellulite treatment

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih