Khamis, 10 Mei 2012

Haiwan yang paling ganas di dunia!

Assalammualaikum dan peace yo!


Mengucap panjang atok menonton video ni pagi tadi (semalam). Kuss semangat. Naik darah tinggi 140. Ganas sungguh haiwan karnivor sekor nih. Seram! Kalah T-Rex dalam cito The Lost World. Mungkin T-rex ni tak dapek makan daging ayam, dia mengamok-amok membelasah anaknya yang tak tahu apa-apa tu tanpa belas kasihan. Ataupun gaduh dengan T-Rex jantan pastu disalurkan pado anak kecik.

Remuk hati atok bilo terlihatkan anak kecil tu merayu pado omak eh supayo jangan dibelasah lagi. Tapi rayuan tu tak diendahkan sebaliknya penampar siam hinggap di pipi. Tak cukup dongan tu, henset macam batu tu dihempapnya ke tubuh yang kecil tu. Memang dasar T-Rex paling ganas. Atok raso T-Rex kacukan Setan!

Pedulik hape kalau Ecah nak kata atok mulut cabul ke hapa ke, panggil orang tu haiwan. Itu pun atok rasa tak layak letak status tu sebagai haiwan, mungkin bawah dari tu! Haiwan pun walaupun Allah tak kurniakan akal untuk berfikir, tapi Allah kurniakannya dengan otak dan sikap kasih sayang. Tak ponah hayat atok laie tengok haiwan betul membelasah anaknya dengan bantal. Melainkan haiwan terancam sekor nih!






inilah haiwan spesis terancam tu...

Nak skodeng video boleh p kat blog [SINI]


Bandingkan pulak dengan 'haiwan' ni.....

Atok bukan nak caci-maki orang panggil binatang pagi-pagi ni, tapi insan mano yang sanggup tengok budak kecik diperlakukan macam tu? Atok ado anak buah mungkin sebaya baby tu. Tersentuhlah jiwo tu kan. Itu bukan anak patung. Itu anak manusia. Atok pun tak sanggup nak hentam anak kucing sekalipun dengan bantal tu. Terpulanglah pado diri kito nak menilai untuk menjadi manusia atau haiwan  ganas seperti tu...Pandai buek anak, jago tak pandai! Tak usah jadi manusio....

p/s : atok dapek tahu video ni berlaku pado tahun lopeh. T-rex betino tu pun telah dipenjarakan 18 bulan pado hari yang samo dio hentam anak kandungnya tu.

24 ulasan:

pena rozie berkata...

die tu bodoh x de akal...

umie mia berkata...

mungkin dia ada masalah mental.. kesal dengan perbuatan itu dan kesal pada yang ambik video tu tak buat apa2.. ada plak 2 orang kanak2 lain tgok... hmm akhir zaman

Chenal berkata...

Sedih ooo...kalo la ibu2 kita buat kita cam tu dulu, x jadi orang sekarang nie! hehe

SELAMAT HARI IBU untuk IBU-IBU SEMALAYSIA!

Syakilla kebebeh berkata...

baby tak tau ape2 pon lagi tapi dipukul mcm tu sekali..sedihhh

Munnafendy berkata...

xtau nak kata ape atok. mental ke pmpn ni?

teacher bonda berkata...

napa orang yang rakam video x buat apa2?x faham betol la..pastu obvious sgt ada orang kt sebelah dia kan..sian kat baby tu..

dyabunga berkata...

dya tgk smlm pun sakit hati.. terus tukar channel lain..tak sanggup tgk bby tu kena dera..

Aziela berkata...

Kenapa 18 bulan jer? Bukan 18 tahun?

Aien Alien berkata...

t-rex betina tu meroyan kot tok...takpun masalah mental :D

KuNanGKuNanG berkata...

anak sendiri tu..gila agaknye...

ShalleyshaLina a.k.a ChaLie berkata...

bagi sebat sekali..cissss

Zakaria's daughter berkata...

urmm. tak berani n tak kuat nak tengok video yang tersebar tuh.
kesian dekat baby tuh T______T
kenapa lah manusia yang bergelar ibu tuh takde naluri keibuaan -__-'

Suhami Ahmad berkata...

pena rozie : Mental kot atok rasa

Suhami Ahmad berkata...

umie mia : yang ambik video tu terpaksa rakam senyap2...klu tak dia kena belasah sekali

Suhami Ahmad berkata...

Chenal : Selamat hari ibu sedunia

Suhami Ahmad berkata...

Syakilla kebebeh : Itu sebab orang tu takda perasaan

Suhami Ahmad berkata...

Munnafendy : Atok rasa memang mental kot

Suhami Ahmad berkata...

teacher bonda : Orang yang rakam tu tak salah...dia rakam sorok2...sebab nak tunjukkan bukti kat polis

Suhami Ahmad berkata...

dyabunga : Geram kan

Suhami Ahmad berkata...

Aziela : Patutnya seumur hidup

Suhami Ahmad berkata...

Aien Alien : Meroyan ngan masalah mental sekali tu

Suhami Ahmad berkata...

KuNanGKuNanG : Memang sah gila

Suhami Ahmad berkata...

ShalleyshaLina a.k.a ChaLie : Sekali tak cukup

Suhami Ahmad berkata...

Zakaria's daughter : Haiwan pun ada naluri keibuan