Ahad, 15 April 2012

Keberkatan

Uiii ai....PONEK....itu sajo kato-kato yang terungkap di bibir munggil atok sekarang. Semonjak Jemahat yang lopeh, atok ado job shoot gambau orang kawen kat Kg Mak Jemah Jimah Lama, Rantau. Sekarang ni (15/04/2012 jam 12:01AM), tulang skapula dah macam lari sikit. Esok hari terakhir atok shoot bertandang sebolum atok menghembuskan nafas menidurkan diri sampai ke pagi then masuk kerja opis pulak Isnin tu menghadap Haji Subuh Auditor paling cerewet di alam semesta! (kelasss ko Haji....masuk nama ko dalam blog haku)

Bukan sonang nak mencari rejoki yang halal ni kan. Setakat ko menjaja kat lorong AST atau Hoji Toib tu jam 3 pagi, senang tak payah keluar tenaga banyak. Ko pose cantik buat bibir Angelina Jolie, dah. Jalan. Lalala. Tapi halal ke rejoki tu? Dosa berbakul? Pastu bising tak sampai 8 hari bulan duit dah habis tak tahu hilang ke mano. Tiada keberkatan. Lagi satu, kat opis punch card jam 8 pagi pastu hilang sampai waktu makan tengah hari. Agak2 lagi sejam duo waktu kojo nak habeh, baru nampak batang hedong ko. Berkat ka tu? Nak kasi rejeki macam tu kat hanak isteri?

Seorang buruh kasar yang ikhlas bekerja bergaji RM50 sehari lebih berkat berbanding dongan seorang profesional yang bergaji RM200 sehari tetapi makan gaji buto. Kesimpulannya, tak kisah gaji Ecah kocik ko bosar. Yang paling ponting macam mana kita dapatkan gaji kito tu. Kaf. Ba. Rho. Kaf. Alif. Ta. Nun. Pikir-pikirkan bersamo....

p/s : Tadikan, atok skodeng curi-curi dengar perbualan antara bapak pengantin ngan sedaro dio. Atok tak paham satu hapak pun. Pure minang! Atok raso macam minang murtad lak maso tu.

May's Promotion! check it out.... www.facebook.com/lensaeternalsmiles

9 ulasan:

faiz berkata...

minang murtad..hohoho...samo la kite..

Zul fattah berkata...

rezeki yg berkat mnjadi asas kehidupan yg berkat

D berkata...

teringat iklan beras peluh petani tatkala membaca entry atok.
erk.

hehe

little daisy berkata...

btul tu atok. rezeki tak berkat, hidup pon tak tenang...

Tanpa Nama berkata...

betul tu tok.. ada plak yang punch awal tapi ngular dan tak kurang ngadap youtube dari pagi sampai petang.. mcm2..

Unknown berkata...

Zul Fattah : Betul tu, atok sangat setuju

Unknown berkata...

Zakaria's daughter : Sebutir beras tu ibarat setitik peluh petani

Unknown berkata...

little daisy : Keluarga kita yang makan rezeki tu nanti pun akan porak poranda

Unknown berkata...

umie mia : Amboih, dari pagi bawak ke potang melayan youtube? dasat tu

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih