Jumaat, 16 Mac 2012

Sibuklah mak ni!!

Assalammualaikum dan peace yo!


Ini atok nak kongsi satu cerita ni. Kadang-kadang tengak syok-syok kito melayan pesbok selama 8 jam tanpa henti contohnya, tapi dalam maso yang samo mak kito suruh beli garam pasal garam kat dapur dah habeh, apo perasaan kito?

"Peah!, boli an omak garam segantang,"jerit mak dari dapur. Kito buek pokak yo kan. Buek tak tahu yo. Itu pun tak teruk laie. Ado tu pulak diherdik eh balik orang tuo tu.

" Tak nampak ko den tengah belajar kalkulus pakai sempoa ni?, omak suruh lah adik tu boli an,"kito menjawab. Dah lah menjawab dengan nada keras pastu menipu pulak kan. Kesian si omak ni tadi. Nak suruh adik boli an dio baru 13 bulan. Berjalan pun bolum pandai laie. Tongah sodap tido dalam buai. Omak pun poie la kodai sorang-sorang. Dah lah dio masakkan untuk kito nak makan. Pastu mintak tolong sikit pun susah. Camtu lah kito kan.

Kadang-kadang tu, kalau nak amik kad laporan sekolah kito yang teruk mesti suruh omak yang tolong amik dan sign kan. Tak mau suruh ayah. Kalau berani nak kono sobat dopan cikgu, suruhlah ayah tu amek. Tapi bilo sampai kat rumah, mak bagi nasihat sikit suruh belajar rajin-rajin. Kito buek apo? Kito amik kad laporan tu pastu hempas atas sofa. Maki omak tu balik. Koba zaman omak belajar dulu sonang. Tambah tolak yo. Zaman sekarang ni kamiran lah, penaakulan mantik lah, macam-macam. Kocik ati orang tuo tu kan.

Omak kito ni tak berkiro sangat kan. Kalau kito suruh omak masak laksa, hari tu jugak omak jalan kaki poie kodai boli pekakas untuk masak laksa. Untuk konyangkan tokak kito. Kalau kito request nak makan pizza, omak sanggup pukul telur dadar tu pehtu buek resepi sendiri kan. Tapi bilo omak suruhj kito sapu sampah kat laman rumah, melonting kito kan. Koba omak ni menyemak. Tak boleh tengok orang duduk sonang. Macam tu la kito kan.

Kan. Boto tak? Cubo kito bayangkan kito berada di tempat adik kecik ni. Dio buek persembahan masa China Got Talent. Adik ni kehilangan orang tersayang maso umur yang sangat mudo. 8 tahun. Bukan sorang yang meninggal, tapi keduo omak ayah eh meninggal dalam kemalangan. Dio tabah. Sikit pun tak nangis. Orang dalam dewan tu ke mainlah meraung tengok dio nyanyi. Sayu yo atok dongar. Walaupun tak paham bahasa diorang, tapi atok dapek rasokan kesedihan adik tu. Betapa untungnya kita kan.....Hargailah omak dan ayah selagi Allah pinjamkan nyawo mereka untuk kita buat sementara waktu....

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ish3. Sebak jer rasa lepas baca entri atok nih. Huaaaaa~

Tanpa Nama berkata...

kalo kite yg dah pandai berfikir ni eloklah tolong mak apa yang patut.. lainla kalo kite kecik macam adik arwah dirang kan.. mmg tak bolehlah ke kedai sebab ini jam budak kecik ramai jd mangsa..pepun kite kena ingat segala pengorbanan ibu kite.. hargai mereka sebelum terlambat ^_^

Munn Jaafar berkata...

xbaik tau jwb kat ibu mcm tu...sekali mak terasa pun bleh jadi derhaka...selagi mak ada,berbakti la sehabis boleh

mas saari berkata...

sebak jiwo baca ni atok.. rindu kat arwah mak saya!

macam tulah manusia, bila emak ada depan mata tak pernah nak hargai...
nanti bila mereka dah takdo baru tau nak meratap meraung!!

faiz berkata...

hargai la mereka sebaik mungkin..

KuNanGKuNanG berkata...

hargailah org tua kite selagi mereka ada..nnti klu dah xde,menyosal pun dh xguno..

ch000tz berkata...

will never get the same as mom >_<

AnakPakZohar berkata...

dah penah tengok dah budak tuh.. memey menangsi. huhuu

Tulus Sweet berkata...

a'aa.dah jauh2 ni baru nampak sumo tu

blog-tips-kurus berkata...

si Suhami la tu! suka nak melawan arahan permintaan omak beliau.. ;)

*ingat-sedekahkan Al-Fatihah untuk kedua ibu bapa selepas solat Subuh.

Hanie Dew berkata...

aku membygan jadi cam budak tu pun dah nanges tak berenti ni.

Unknown berkata...

Miziey : Sedih kan...

Unknown berkata...

umie mia : jasa seorang ibu memang takkan terbalas kan

Unknown berkata...

Munnafendy : Tinggi suara tak bulih apatahlagi buat mak menangis kan...

Unknown berkata...

mas saari : Al-fatihah pada mak akak...

Unknown berkata...

faiz : Betul tu faiz

Unknown berkata...

KuNanGKuNanG : Boto2...itulah satu-satu eh omak kito kat dunio ni

Unknown berkata...

c'axoera ヅ : Its true =)

Unknown berkata...

yad'z : Sedih kan

Unknown berkata...

Tulus Sweet : Kan. kalu dokek2 duduk tak nampak pun

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : selalu sedokahkan Al-Fatihah...murah rezeki kita kan

Unknown berkata...

Hanie Dew : Takpa memangis..itu menunjukkan hati kita lembut dan mudah tersentuh... =)

Tanpa Nama berkata...

adush! entry atuk ni buek den nanges duo kali. mulo2 sobab tak tahan goli ati baco entry atuk ni. Atuk bagi ceghito pengajaran cagho lucu. Lopeh tu den nanges lak donga lagu sodeh budak kocik mongolia tu ... sob sob sob!

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih