Khamis, 19 Januari 2012

Kecelaruan Jantina

Assalammualaikum dan peace yo!


Semalam atok dan opismate mengumpat berbincang pasal satu isu ni. Kecelaruan jantina. Lelaki nak jadi perempuan dan sebaliknyo. Bukan atok yang celaru wokey. Awas. Agak eh kalau atok yang tercelaru jantina, mungkin Ecah boleh bayangkan sekali atok drag ibarat lombu pakai skirt..................err...ok, stop bayangkan!

Atok selalu yo dongar orang cenggini sering menganggap terperangkap dalam tubuh berlainan jantina. Atok raso berdoso kot kalau bercakap macam tu. Seolah-olah kito perlihatkan kelemahan Pencipta kita sendiri, iaitu Allah yang buat 'kesalahan' masukkan roh ke dalam jantina yang berlainan. Berdoso kan cakap camtu. Jangan sesekali cakap camtu yo uolls.

Atok tahu mungkin kito tak berada dalam situasi tu dan sonang-sonang boleh salahkan golongan yang kecelaruan jantina nih. Kito tak paham naluri diorang. Tapi itulah, atok raso golongan yang celaru jantina ni perlukan sokongan dari kito sendiri untuk terus hidup sama adil di muka bumi ni.

Kito tak boleh memandang sebolah mato. Kadang-kadang kalau kito nampak yo golongan ni, kito gelak sinis. Apakah kito ni cukup sempurna sampaikan nak golakkan kekurangan orang lain? Kalau kito golakkan kekurangan orang lain, bermakno kito golakkan jugo ciptaan Allah. Setuju tak? Pun berdoso tu.

Kadang-kadang kito simply siti menghukum golongan pondan yang celaru jantina ni. "Kau ahli neraka! Kau dilahnat Tuhan! Kau bukan umat Nabi Muhammad!.Tompek kau di nerako jahanam!"....Sapo kito nak cakap macam tu? Layakkah kito nak bercakap macam tu? Kito ni ahli syurgokah? Kompem? Jangan sesekali kito adili seseorang tu berdasarkan luarannya sajok. 

Atok ponah nampak ada sesetengah golongan pondan ni tengah sembahyang jumaat kat mesjid. Kau? Ntah2 setahun sekali semayang. Semayang rayo kat kampung pak mentuo. Kan? Tang mano masuk syurgo tu kalau semayang jumaat pun liat? Itu bolum yang wajib 5 waktu tu lagi. 

Kebanyakan golongan ini mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi. Tapi tulah, selalu ditindas bakal majikan. Tak mau amik sebagai pekojo. Akibatnya diorang takdo pilihan lain melainkan menjaja di lorong-lorong golap. Tapi awas! Kumpulan yang terlibat ini hanyalah minoriti. Kebanyakan pondan ni mempunyai bisnes sendiri seperti pusat kecantikan, butik pakaian, spa, andaman, dan lain-lain. Golongan ni kreatif dan memiliki kemahiran lelaki dan pompuan serentak.

Atok dah banyak jumpo golongan ni maso atok jalankan tanggungjawab as a jurugambar tak berapa nak pro. Diorang mak andam yang berpendapatan bersih sekitar 1000-3000 seminggu! Itu tak termasuk kerja hakiki diorang sebagai kakitangan kerajaan atau pun swasta yang buek kojo part time mengandam. Sesetengah lelaki yang 'straight' ni pulak kadang-kadang masih mintak duit kat omak laie, maleh nak bekojo. Maleh nak usaho. Oppss

Selalu menjadi tempat untuk kito mengadu masalah. Kadang-kadang tu kawan-kawan normal pun cabot lari bilo tahu kito ado masalah. Tapi mereka akan sudi membantu selagi terdaya. Atok ado seorang cikgu yang lembut maso sekolah menengah dolu. Cikgu tu sangat baik hati sampaikan maso peperiksaan SPM, dio sanggup boli pembaris fleksibel bagi exam matematik untuk pelajar dia yang ponah panggilnya 'cikgu gay pondan'.

So, jangan nilai sebuah buku berdasarkan kulitnya sajok. Ambil ikhtibar kali ni. Atok tak sokong golongan ini untuk diterima masyarakat diluar sana, tapi atok seru kita sebagai masyarakat biasa ni menghulurkan tangan membimbing mereka supaya dapat hidup gembira bersama kita. Fikirkan.





Walaupun mak cenggini, tapi mak the premier modeling international coach tau!.....mampu?

22 ulasan:

Ca Cik Duyung berkata...

sokong kata2 atok.kita jgn nk perlehkan kekurangan org2 cenggini sbb sama mcm kita perlekehkan ciptaan Allah..kita kena tarik mereka ke jln yg benar bukan tolak mereka makin jauh tersasar...

blog-tips-kurus berkata...

prevention is much better than cure.

*saye pernah terbaca pasal isu pak andam ni-eloklah si pengantin diandam oleh 'mak andam ori'...

Nurul Iman Rosman berkata...

Seeloknya kite tlg doakan untuk mereka supaya kembali ke pangkal jalan. :')

||aLeaSaRa|| berkata...

wah mcm2 pdpt di atas.yelah manusia mudah menunding jari macamlah diri sdri dh sempurna.

setiap kejadian ada hikmah-NYA.sama2lah mendorong mereka yg bercelaru jantina ni agar kembali ke pangkal jalan,tegur dan bimbing mereka.....

p/s-->owh kenallah juri tu ANTM ^^

mekjangok berkata...

setuju tu atok! sempurna sgt ke kita nak mempertikaikan kekurangan org..tak rugi rasanya kita tolong mendoakan agar kembali ke pangkal jalan..ingatlah tuhan tu maha mendengar lagi maha penyayang...

sahromnasrudin berkata...

sama2lah kita membantu beliau untuk kembali ke pangkal jalan huhuhhhh

Zul n Azizi Boarding Pets berkata...

Salam Atok,

Pandainya atok kito ni bg pandangan yang bernas. Kami sokong sepenuhnye cuma satu jo kalau cakap tapi tak buaet susoh jugok tu...guano gak...hu3

www.mylovely-cats.blogspot.com

faiz berkata...

semoga dieorng kembali ke fitrah dieorng masing2..

Munnafendy berkata...

atok...sy masih confuse..kalau jumpa golongan macam ni nak panggil apa?

akak ke abang?

terutamanya kalau dia kerja kat kedai makan, nk panggil order pun serba salah

LadyBird berkata...

atok.. yang salah tetap salah.. tp xleh label sbg penghuni neraka.. or pandang seolah2 diri kita ni terlalu sempurna.. kurang2 doakan kebaikan untuk mereka.. doakan supaya mereka boleh berubah suatu hari nanti.... mungkin mereka jauh lebih baik drp kita suatu hari nanti.. dan dibimbangi kita yang duk mengata tu yg tertukar balik..

Cik Rose Cute berkata...

hihihi yolah atok...kita tak tahu naluri dorang camnakan....

KaK LimAh Si SupiR berkata...

betol tu atok..dlu2 tyme limah tgah blaja p0n, limah ad kwn laki yg agak lmbut..tp dye lg baek dr org laen..kalo ad mslh, limah cite kt dye..he's a good listener..dye jgk yg sme2 tlg selesaikan probs limah ^_^

~SaL IjOu~ berkata...

adeyh..x sempat nak singgah blog atok n kwn2..jiwa kacau..nnt den dtg lagi bilo sonang yo~

chii berkata...

kalo kita nak nasihat org camni..kena slow2..jgn terlalu mendesak..dan jgn menghina atau perkara yg boleh membuatkn dia terasa..

betul ar kata atok..mostly dorang ni berpendidikan tinggi..tp xtau mana silapnya..yg membuatkan dorang jd camni..

apa pun..doakan semoga akan terbuka hati mereka utk ke arah kebaikan

Suhami Ahmad berkata...

Ca Cik Duyung : Boto atok setuju. Kono rapat ngan diorang pastu pelan2 kita tarik diorang kan

Suhami Ahmad berkata...

blog-tips-kurus : Itu atok no komen...huhu

Suhami Ahmad berkata...

Nurul Iman Rosman : InsyaAllah. Amin...

Suhami Ahmad berkata...

mekjangok : Bersamo2 kito doakan yang terbaik kan

Suhami Ahmad berkata...

sahromnasrudin : Marilah sama2 kita

Hanie Dew berkata...

entry motivasi dari atok. part mereka ni suka membantu mmg betul. kebanyakannya walaupun mereka begitu tp baik hati. suke tolg org tak bekira. taste diorg ni pun bole tahan tau yg kreatif dan pandai bisnes tu.

Hanie Dew berkata...

adakah atok pasti jantina atok???? jeng jeng jeng..

Suhami Ahmad berkata...

Hanie Dew : Choiii...carut atok let tewww