Kalau Ecah nak tahu, dulu maso sekolah menengah atok sangat nakal. Ponah jugak atok try merokok sepam dua. Tapi alhamdulillah, hormon dalaman atok maso tu tak dapat menelan asap rokok dengan sempurna sampaikan menghasilkan deruman batuk yang amat dasyat. Bermula dari saat itu, atok tak pernah merokok lagi melainkan jadi mangsa perokok pasif pabila orang sekeliling ko hembus asap rokok dia tepat ke batang hidung ko.
Sekarang ni jugak, atok sudah menjadi sebahagian daripada hantu fotografi di masa lapang. Dan sekarang ni jugak, atok sedang menginap di hotel Kiara Inn nombor bilik 215 kerana ada tugasan mengshoot di Serting Hilir. *motep kasi nombor bilik?
Dan saat-saat yang menggentingkan ini jugak, atok percaya ramai yang perlukan duit di saat anak-anak nak kembali ke sekolah. Mana nak bayar yurannya lagi (eh! bukan dah mansuh ke?), mano nak boli baju eh lagi, mano nak boli kasut adidas eh lagi, beg angry bird lagi, macam-macam kono boli. Pendek kato, hujung tahun ni memang bulan yang banyak pakai duit.
So, apakah kaitannya merokok, fotografi dan duit? Haa....Atok nak share dengan korang satu "Pertandingan Fotografi ; TAK NAK merokok! serta berpeluang memenangi hadiah bernilai rm4000!"
Kau mampu tangkap gambar angle 90 darjah camtu? Klik kat [SINI] kalau nak skodeng idea-idea gambar masing-masing. Uniknya, salah satu syarat pertandingan ni, setiap gambar haruslah mempunyai mesej TAK NAK merokok! tanpa melibatkan sebarang rokok atau kotak rokok. Mampu?. Jangan pulak Ecah poie kopipes kat mana-mana laman web! Awass! Cubalah. Mano tahu kot monang salah satu hadiah yang ditawarkan. Tuah orang nampak di kaki, tuah ayam sapa yang tahu??.....ker terbalik?
14 ulasan:
215=berhantu!!!
sy mampu tgk je tok~ (--")
aler..tade cam yg sesuai la plak..hadiah yg di tawarkan pun menarik tu..adeih
hehe, atok da tua...jgn cuba2 nk merokok yea hehehe
memang menarik tu tok, tapi takde idea lah..
nk soh skodeng bilik ke tok???hehhehe
cam best je.tp mls nk join.hee.
blog-tips-kurus : Musti antu kak limah yang tak check out lagi ni kan
~SaL IjOu~ : Tengok pun boleh la...hik hik
chii : Cepat-cepat sebolum tarikh totop
Azham Vosovic : Heyyy...merokok membahayakan kesihatan keyy...
mas saari : Hihi...takpo2 kono bertapa kat gua niah dulu baru dapek idea...hoho
teacher bonda : Hihi....x maula skodeng TB
Novelgurl : Hepp...apo lak malas-malas
Catat Ulasan