Jumaat, 7 Oktober 2011

Tempat-tempat menarik di Pulau Pinang Part 3

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Ok, kito teruskan pado part 3 ye Jah. Lepas ja atok dapat konci keto sewo tu, atok n travelmate terus mencari lokasi menarik sekitar Penang. Tempat pertama yang kami singgah ialah di pesisir pantai. Atok tak pasti apo namo pantai tu, tapi pantai tu cantiklah. Bukan Batu Feringgi. Awan nano pun biru maso tu. Memang hot kalau tangkap gambau.

Tu dia. hot tak? cakap hot sekarang!!
Berhampiran dengan pantai tu ado bangunan ala-ala kat kota London. Kalau kau shoot kat bangunan tu, pastu ko cakap kat nenek kau, kau bercuti ke London kompem dia percaya. Cuma kau kena kasi edit sikit bendara penang tu kasi hilang. Letaklah bendera Britain ke kan. Mesti nenek kau bangga cucu dia dah lepas ke Britain. Ceh, kononnya, kot bangga p umrah xpola sikit kan.

Bangunan kolonial, Georgetown City Hall, sekarang ni Majlis Perbandaran Pulau Pinang dibino pada 1903. Macam kek Landen kan?
Pastu berhampiran bangunan tu jugak ado satu tugu peringatan ni. Atok tak pasti apo namo eh. Yang atok ingat, dia ada senaraikan kejadian perang dunio pertamo iaitu tahun 1914-1918, perang dunio keduo pado 1938-1945, siam-burma death railway pado 1942-1945, malayan emergency pado 1948-1960, indonesian confrontation pado 1963-1966 dan lastly re-insurgency period pado 1963-1990
Apo gak eh namo tugu ni? 
Lopeh yo pergi tempat tu, kami terus bergerak ke Taman Kota Lama. Boto2 dopan Majlis Perbandaran Pulau Pinang tu. Kau kena rentas satu padang dulu yo Jah.

Berposing di depan taman kota lama. Ntah hapo kau jolok pun aku tak tahu tok!
Berhampiran situ pun ado Fort Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang yang terletak ditimur laut Pulau Pinang. Ia dibino pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral India masa tu. Ia dibina oleh Kapten Francis Light pada mulanya dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi 
kawasan seluas 417.6 kaki persegi. Err...kayu nibong tu camno ghoman eh Jah? Sikit depan lagi terpampanglah Fort Cornwallis.


Ini pintu masuk Fort Cornwallis


Nak jugekkkkkkk.....hameeeeeeeeek!

Mula2 tu pose tak ingat la kat pintu masuk utama tu. Kau pose ala-ala baru lepas mati bini. Kompem gambau tu menjadik. Macam kes atok ni pose ala-ala belakang badan gatai nak kono garu pakai batu. Tu yang tersandar tak hingat tu. Masuk2 yo dalam tu kono bayar duo hengget kalau tak silap atok. Dalam tu kau akan disambut oleh mamat hensem. Iaitu Francis Light.

Masing2 siboook bergambar ngan Francis Light.

Pastu tak jauh dari situ gak ado, meriam buluh. Eh silap silap. Meriah buluh kek kampung den yo ado. Ni meriam bosi. Baekkk punya.Meriam tu terletak jugak meriam Sri Rambai yang merupakan salah satu meriam yang mashyur yang digunakan oleh Francis Light semasa tempoh pemerintahannya di Pulau Pinang.Meriam ini pada asal eh adalah kepunyaan Syarikat India Timur Belanda, dan jata syarikat tersebut masih jelas tertera pada meriam Sri Rambai itu. Apesal ayat aku macam copy paste je ni?

Ko nampak meriam tu?? Besar Jah.!!...takut mak
Betul2 sebelah meriam tu ado satu bangunan kecik khas untuk menyimpan senjato maso dolu2...Sungguhpun kota ini pada asalnya dibina bagi kegunaan tentera dan pasukan artileri Diraja, dalam sejarah, fungsinya lebih kepada pentakbiran berbanding pertahanan. Sepanjang sejarahnya, kota ini tidak pernah terbabit dalam sebarang pertempuran. Selain digunakan oleh pasukan artileri Diraja United Kingdom, kota ini pernah diduduki oleh Polis Sikh Negeri-negeri Selat pada tahun 1920s. Kini, ia merupakan salah satu tarikan pelancong utama Pulau Pinang. Pun bau macam kopipes je nih.

Macam umah orang kerdil pun ado yo gak kan?
Itu jolah atok sompek cito kali ni. Dah pukul duo pagi dah ni. Luso atok sambung part 4 lak yo. Maso tu kito skodeng Masjid Terapung Penang lak yo. Tataaaa!

18 ulasan:

LadyBird berkata...

bestnye atok gi jalan2 ..

Tanpa Nama berkata...

hensemnya atok. *bodek je ni jgn persan*..

tak penah sampai lagi ke penang ni.dgn adanya entry atok yg vavavom ni bole la dijadikan panduan.

tapi kan aku perasan kat tmpt2 tmpt sunyi semacm je. aku nampak korg je yang ada kat situ. pelancong lain xde ke.

dill berkata...

rase nak pegi Penang lak pas tgk gambar2 atok~

dill.

blog-tips-kurus berkata...

tak hantar URTV ke? Mangga ke dan lain-lain lagi lah.. (>.<)

* 'event advance cheque tu dah email' = maknanye depa dah emel kat atok dulu le yek? atok kayo, sori taip sini psl atok dah buang SB. :-)

Unknown berkata...

atok oi...kat kawasan tu ada gerai pasembur yg sedap... sempat singgah tak?

Jue berkata...

x ramai org mlancong atau korg dah halau semua org dr duduk bhampiran korg?hehehe

yg bangunan ala2 kek landen tu, kalau ada rumput ejau best worr..lagi lah feeling omputih kan

faiz berkata...

ramai gak pergi ye atok..

Zul fattah berkata...

smakin hari atok smakin muda... haha..

~Sal Ismail~ berkata...

dah rasa dok mengembara sekali ngn atok n da geng da ni ha~ ^^

Unknown berkata...

LadyBird : Memang seronok LB

Unknown berkata...

Hanie_Dew : Kat kawasan tu ada tapi tak ramai. Pelancong ramai ado kat Bukit Bendera, Batu Feringgi

Unknown berkata...

dill : Moh!

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Sogan la atok hai masuk URTV bagai...huhu

Unknown berkata...

Azham Vosovic : Halaaaa...atok tak tahu pun =(

Unknown berkata...

Jue : Kan. Very the London

Unknown berkata...

faiz : Rombongan cik kiah

Unknown berkata...

Zul Fattah : Bodek la tu. Atok rasa makin kedut je

Unknown berkata...

~SaL IjOu~: Kan. Itu tujuan eh. Atok nak sharing ngan cucu2 atok yang lain

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih