Rabu, 27 Julai 2011

Riak Perosak Ibadat

Abang Joe


Assalamualaikum semua adik-adik abang. Ketemu lagi kita pada hari yang mulia ini dalam segmen "email bersama abang Joe". Baiklah kali ini abang nak kongsikan dengan kalian email yang abang terima daripada www.lepak.com berkaitan dengan riak perosak ibadat.


Pada suatu waktu sahur, seorang abid membaca Al-Quran, surah “Thoha”, di biliknya yang berhampiran dengan jalanraya. Selesai membaca, dia berasa amat mengantuk, lalu tertidur. Dalam tidurnya itu dia bermimpi melihat seorang lelaki turun dari langit membawa senaskhah Al-Quran.
Lelaki itu datang menemuinya dan segera membuka kitab suci itu di depannya. Didedahkannya surah “Thoha” dan dibeleknya halaman demi halaman untuk tatapan si abid. Si abid melihat setiap kalimah surah itu dicatatkan sepuluh kebajikan sebagai pahala bacaannya kecuali satu kalimah sahaja yang catatannya dipadamkan.

Lalu katanya, “Demi Allah, sesungguhnya telahku baca seluruh surah ini tanpa meninggalkan satu kalimah pun”. “Tetapi kenapakah catatan pahala untuk kalimah ini dipadamkan?” Lelaki itu berkata.

“Benarlah seperti katamu itu. Engkau memang tidak meninggalkan kalimah itu dalam bacaanmu tadi. Malah, untuk kalimah itu telah kami catatkan pahalanya, tetapi tiba-tiba kami terdengar suara yang menyeru dari arah ‘Arasy : ‘Padamkan catatan itu dan gugurkan pahala untuk kalimah itu’. Maka sebab itulah kami segera memadamkannya”.

Si abid menangis dalam mimpinya itu dan berkata, “Kenapakah tindakan itu dilakukan?”.

“Puncanya engkau sendiri. Ketika membaca surah itu tadi, seorang hamba Allah melewati jalan di depan rumah mu. Engkau sedar hal itu, lalu engkau meninggikan suara bacaanmu supaya didengar oleh hamba Allah itu.

Kalimah yang tiada catatan pahala itulah yang telah engkau baca dengan suara tinggi itu”.

Si abid terjaga dari tidurnya. “Astaghfirullaahal-’Azhim! Sungguh licin virus riya’ menyusup masuk ke dalam kalbu ku dan sungguh besar kecelakaannya. Dalam sekelip mata sahaja ibadahku dimusnahkannya.

Benarlah kata alim ulama’, serangan penyakit riya’ atau ujub, boleh membinasakan amal ibadat seseorang hamba Allah selama tujuh puluh

Pesanan abang joe : Jangan sesekali kita berasa riak walaupun sebesar zarah sekalipun. Sama-samalah kita ambil ikhtibar. Wassalam...

8 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

Syukran Abg Joe.. jadi panduan untuk semua.

Tanpa Nama berkata...

dari segi apa pun riak memang tak baik.. bukan saja merosakkan ibadah malah merosakkan jiwa.. sama2la kite renungkan.. selamat berpuasa.. ahad ni tgok anak bulan ^_^

faiz berkata...

riak ni mmg bahaya..sikit riak bley masuk neraka...

little daisy berkata...

masyaallah...sampai mcm tu skali! ish, takut nye macam ni.ntah berapa la amalan yg betul2 di kira sebenar nyer...

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Panduan kita bersama

Unknown berkata...

umie mia : Betul. Tak sabar2 nak poso =)

Unknown berkata...

faiz : Terkedu atok baca komen faiz. Tapi hakikatnya memang betul kan

Unknown berkata...

little daisy : Sama ngan atok. Kadang2 kita tak sedar pun kita sedang riak.

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih