Selasa, 26 Julai 2011

Petua Melebatkan Kening

Kak Milah
Morning uolls. Kabare wak? waras? Akak nak jadi kakitangan Apo2 Yolah pertama wish "selamat berpuasa" kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia. Seminggu lagi uolls. Mana yang tak ganti tu baik diganti cepat sebelum terlambat. Pasni akak kena pakai tudung bawal kan uolls. Baiklah, untuk topik kali ini kak milah nak kongsikan dengan uolls petua berikutnya, iaitu petua melebatkan kening.

Cuba uolls perhatikan betul-betul kening akak. Santek tak? Itu bukan potosop uolls. Itu semulajadi wokey. Sejak dari azali lagi kening akak terbentuk dan hitam lebat macam tu. Tiber akak teringat kata-kata keramat bekas majikan akak, maybelin. "Mungkin kecantikan asli, mungkinnya maybellin!"...So, akak nak tukar sikit ayat keramat tu. Akak tukar "Mungkin kecantikan asli, mungkinnya petua tok moyang haku!"....Bley uolls? Ok, kita teruskan pada petua melebatkan kening ;

1. Ambil buah keras, uolls bakar sampai legam. Dengan menggunakan sebatang lidi uolls gosok pada buah keras tu kemudian sapukan kat kening uolls beberapa hari. Nanti uolls akan perasan kening uolls akan lebih lebat dan terbentuk. Awas! Ko jangan tanya haku buah keras tu hape, akak tak tahu uolls....Ampunnn...

2. Alternatif lain adalah dengan DAUN lidah buaya. Akak kena letakkan huruf besar pada perkataan daun tu supaya uolls tak keliru antara daun lidah buaya dan lidah buaya. Lidah buaya pula ada dua kategori ye uolls. Lidah buaya binatang dalam sungai rajang tu dan yang keduanya jantan lidah buaya bercabang bermata keranjang. So abaikan 'lidah buaya' itu sebaliknya tumpukan pada "daun lidah buaya". Daun tu uolls picit sampai keluar lendir dan sapukan kat kening uolls tiap-tiap malam. Kompem ummie aida menangis sebab title kening cantiknya uolls rampas lepas nih.

3. Bawang putih. Uolls curi bawang putih mak uolls kat dapur tu pastu uolls hiris hujungnya sikit. Sapukan pada kening mengikut alur kening pada setiap malam. Esoknya bangun solat subuh terus cuci. Ingat ye uolls, cantik cantik jugak, solat jangan lupa!

4. Uolls kenal tak pucuk paku? Mana yang dok bandar tu mesti ingat paku punya pucuk yang tajam tu kan. Salah uolls. Pucuk paku adalah sejenis sayur-sayuran. Ha, uolls picit pucuk paku tu sampai keluar lendir kemudian cepat-cepat uolls sapukan pada kening. Amalkan selalu.

5. Akak rasa cukuplah 5 petua tu kot. Kalau kening kau tak cukup hitam jugak, kau pergi kedai Muthu cakap kat dia nak beli pen marker permanent punya kaler hitam. Kau lukis kat kening kau bentuk macam mana kau suka. Boleh uolls? 

Ok, akak adios dulu....selamat mencubaaa!!

sumber :

18 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

kening dah lebat. syukurlah nak.. :-)

Mak anak tiga berkata...

hehe~ takot la kening lebat2..

ORLANDO AHMAD berkata...

yg lain lebat ade tak petua?

EzayHadry berkata...

kat mane la atok rembat gmbar kak milah tu ek..ksian..haha..
daun lidah buaya dengan daun lidah jin tak same ke?? ekeke kantoi sebab nak try jugak buat..

sahromnasrudin berkata...

atok, jom kite turun seremban..ada ekspo kat paroi kan

teacher bonda berkata...

alhamdulillah..kening TB mmg lebat pon..heheh

faiz berkata...

atok tapi org sekarang sume nak dicukur kening tu..

Salwa berkata...

nanti lebat cam sin chan.

Unknown berkata...

chii slalu guna petua yg no 2..mudah dan senang..lg plak byk daun lidah buaya kat umah..petik je

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Alhamdulillah cu...

Unknown berkata...

aesh came : Lagi nak halus2 ek..hihi

Unknown berkata...

ORLANDO AHMAD : Ko nak lebatkan hape ORLANDO AHMAD?

Unknown berkata...

Ezay Hadry : Itu atok punya anak saudara lah, si milah tu. Lidah buaya dengan lidah jin tu rasanya tak samo. Lidah jin tu yang belang2 tu kan

Unknown berkata...

sahromnasrudin : Hah, bilo tu?

Unknown berkata...

teacher bonda : Ha kalo cenggitu, jangan ikut lagi tips kak milah. Nnt lagi lebat. Hihi

Unknown berkata...

faiz : Itula kan. Faiz cukur tak?

Unknown berkata...

Salwa : Aiyoooo....pengsan

Unknown berkata...

chii : Berkesan kan. Untuk rambut pun bulih

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih