Jumaat, 1 Julai 2011

Juara Imam Muda Musim Kedua 2011




Program Imam Muda bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintegriti dan berkredibiliti bagi memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai Imam malah sebagai pemimpin.

Selain itu, program Imam Muda  bertujuan memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul seseorang Imam di zaman yang penuh cabaran ini.

Hadiah menarik keseluruhan bernilai RM350000. Hadiah yang menanti pemenang bakal juara IM2 2011 ialah wang tunai berjumlah RM30000, sebuah kereta tajaan Proton Edar, tajaan penuh biasiswa (platinum) di Universiti Antarabangsa Al-Madinah selama empat tahun, pakej menunaikan Haji dan Umrah, sijil dan trofi serta hadiah sampingan yang lain.

Naib juara IM2 akan menerima hadiah wang tunai RM20000, tajaan penuh biasiswa(emas) di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, pakej menunaikan Umrah, pakej perabot, sijil dan trofi dan hadiah sampingan berupa telefon bimbit, Macbook Apple, Ipad Apple.

Biodata Imam Muda Hassan

Biodata Imam Muda Nazrul

Siapakah juara akan di tentukan malam ini antara dua finalis berbakat yang di khabarkan layak menjadi mufti satu hari kelak. Sesungguhnya program ini memang terbaik dalam melahirkan generasi celik agama yang akan menjadi tunggak generasi pemuda masa hadapan.

Kredit kepada zulkbo.

Updated entry :
JUARA IMAM MUDA MUSIM KEDUA 2011 telah dinobatkan kepada.........IMAM MUDA HASSAN!

Berikut sedikit sebanyak biodata juara Imam Muda Musim Kedua iaitu Imam Muda Hassan.
  • Dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik.
  • Graduan Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.
  • Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.
  • Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa.
  • Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor
  • Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang.
  • Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat.
  • Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu.
  • Sering mendapat undangan untuk membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Klang.

12 ulasan:

Mish Apple berkata...

alahai . hensemnye .

~SaL IjOu~ berkata...

Setuju.Program ni memang terbaik!=)

JARI YANG TERBARAI berkata...

gua x penah tengok

Mohamadazhan.com berkata...

masing-masing sama hebat..moga lahir memimpin umat ke arah yang baik =)

faiz berkata...

imam muda mmg patut kita contohi kan..

liyana berkata...

hmm..
hadiahnya amat mnrk sklikn..

Suhami Ahmad berkata...

Mish Apple : Yang mana?

Suhami Ahmad berkata...

~SaL IjOu~ : Tak macam sesetengah program kan. Terkinja-kinja, melalak lalak

Suhami Ahmad berkata...

JARI YANG TERBARAI : baik p tengok pasni...huhu

Suhami Ahmad berkata...

Mohamadazhan.com : InsyaAllah...Amin

Suhami Ahmad berkata...

faiz : Betul2...mana yang baik kita ikut kan

Suhami Ahmad berkata...

liyana : betul3.....(gaya ipin n upin) hihi

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih