Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Mesti kau bosan kan. Tak habeh-habeh ngan Cameron Diaz Highland dia tu. Tapi atok memang tak banyak aktiviti nak kongsikan dengan kalian sehari dua ni. Atok tengah berhibernasi di kampung sekarang selama 5 hari 5 malam. Pasal contest tu atok tangguhkan isnin ni, sebab cenderamata tu tertinggal kat Somban. So, tak bestlah kalau atok tak tayangkan hadiah tu sekali. Kau tunggu ye.
Sonotnye...Bangun pagi dengar burung berkicauan...Bau bunga mawar mak datin semerbak menyimbahi halaman rumah...Angin sepoi bahasa menampar pipi...Dingin...Jauh dari kesibukan kota...
*osah pedalaman betul kampung kau kan tok!
Ok, kita sambung semula percutian atok dan rombongan che Kiah ke Cameron Highland minggu lepas. Lepas je kami feeling ala-ala kelas atasan kat Bharat Tea (walhal...), kami pun terus pergi ke Tanah Rata untuk beli cenderamata, makan malam dan keluarkan duit yang semakin kempis. Tanah rata ni sebuah bandar yang terletak di bawah Cameron Highland. Ini pekan paling besar sekali dan ada pelbagai kemudahan asas, hospital, teksi serta bas dan hotel.
Lepas makan malam tu, kami terus bergerak ke Pasar Malam Brinchang. Pasar malam ni dibuka setiap hari pada musim cuti dan jugak setiap hari jumaat, sabtu dan ahad pada hari-hari biaso. Kat pasar ni ado jual pelbagai spesis dan juadah. Antaranya baju Cameron, key chain, bantal strawberry, kaktus, bunga-bunga, periuk belanga kera, orkid, sayur segar bugar, coklat strawberry, jambu epal dan macam-macam lagi. Dah , atok malas nak membebel lagi. Kau layan gambar ni k.
Ini kat area stesen bas kot. Baru lepas makan malam |
Atok dah tak larat bergaya sobab perut dah boncit. Ni kat landmark Tanah Rata |
Masa ni dalam perjalanan ke Pasar Malam Brinchang menaiki pesawat Air Bus British Airways. |
Ini dah sampai kat Pasar Malam Brinchang. Ado pelbagai sayur segar bugar. Murah-murah. Selonggok 10 hengget. |
Selonggok murah murah! Kau beli hadiahkan kat nenek kau. Mesti dia senyum nampak gusi |
Kat pasar malam tu jugak ada pelbagai cenderamata murah-murah. Kiranya kalau kau beli untuk semua opismate kau, kira berbaloi gak lah. |
Ni masa dah nak balik...Moh balik mohhh!!! Tulang skapula aku nak tertanggal dah |
Tu dia. Kalau atok diberi sehingga 10, atok letak rating 9. Kat tanah rata tu cenderamata murah-murah. Kat pasar malam tu ada pelbagai benda yang atok tak pernah nampak pun sebelum ni. So, wajib kunjungi! >_<
4 ulasan:
Yeay, mesti atok ada beli something utk bloggermate juga kan? hahahah.... jangan beli sayur sudahlah... mesti layu hehehhe
lamanya x g CH..last g time pregnant dl. tu pon sbb ngidam nk mkn strwberi cicah madu yg CH punye je..:)
untung jd mak buyung kan..:)
Azham Vosovic : Ada...atok sipa anjurkan contest lagi..moh joint!
teacher bonda : Apa lagi...cepatan jadi mak buyung semula...hihi
Catat Ulasan