Khamis, 23 Jun 2011

Meluncur Di Eskelator

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Berakhirlah episod berkursus atok semalam. Naik bas jabatan dan dihentikan kat KL Central. Atok terus dapatkan tiket komuter. KL Central-Seremban, MYR 6 hengget. Masa tu jam dah petang, komuter akan tiba lagi 10 minit. Subhanallah, so atok cepat-cepat poie ke landasan sepatutnya.

Landasan tu kat tingkat bawah. So kena turun menggunakan eskelator. Ada baki lagi 7 minit. So atok berdiri jadi tiang lampu kejap. Dok perhatikan karenah orang ramai. Macam-macam spesis ado. Kali ni lagi pelbagai. Ada spesis kulit hitam, amerika latin, arabian, cina, india, melayu, indonesian, mat saleh, myanmar, dan macam-macam lagi yang tak perlu dinyatakan di sini.

Masa tengah dok perhatikan karenah orang tu, pastu atok terkejut dengan sinaran flash kat landasan tu. Mula-mula aku ingatkan paparazzi mana yang nak tangkap muka aku kan. Yelah, aku kan bekas model. Model kena reject peringkat saringan lagik. 

So, mata atok tertancap pada satu pasangan ni. Pasangan anak muda melayu. Lebih kurang 10 meter dari atok. Wah wah wah......berlaga-laga pipi kau ye. Si jantan gedik pegang kamera telepon tu, si pompuan miang berlaga pipi ngan jantan nak kasi muka interframe masuk dalam pesbok. Terkekeh-kekeh. Tangan si jantan menyilang kat bahu betina tu. Terkekeh-kekeh betina tu gelak sebab geli leher dia kena belit. Sakit ati atok. Mendidih bijik mata ni tengok.

So atok terus mengalihkan pandangan kat eskelator belakang budak tu. Tibo-tibo atok ternampak kaki je menjulur dari atas. Puas atok telek, kenapa nampak kaki je. Rupa-rupanya ada nenek cina tua ni menggelongsor duduk kat tangga eskelator tu. Mungkin dia tak mampu berdiri tu yang dia duduk kat eskelator tu sampai bawah. So, kat bawah dia dah stuck.

Korang nak tahu sapa berkejar pi tolong? Jantan ngan betina melayu tu?? Jangan mimpilah!! Dia sebok bercemolot! Yang tolong tu pompuan negro dan lelaki latin yang berhampiran kat eskelator tu. Si negro ni cepat-cepat capai tangan nenek tu. Si laki latin ni berlari angkat beg nenek cina tu. Atok kompius 10 saat. Atok pandang semula pasangan MELAYU tadi. TERKEKEK-KEKEK lagi. 

Awas!!! Atok tahu cucu atok buat perangai camtu, aku sunat kau!!!

8 ulasan:

Mohamadazhan.com berkata...

ish...apa pelik orang Melayu kita ni..sampai depan orang ramai tak dak malu dah...memang kat KL dah jadi pemandangan biasa...depa memang makin merapu...

SITI NOARIZAH ARIS berkata...

Mesti warga asing tu bawak balik citer menarik tentang org kita kat negara dia nntikan...Menarik yg menjelekkkan !!!

Unknown berkata...

InsyaAllah... Atok xkan buleh sunat cucu atok yang sorg nie..

faiz berkata...

org melayu sekarang semakin teruk perangai..rase nak pelangkung time tu pon ade..

Unknown berkata...

Mohamadazhan.com : Tahu xpe...minah negro tu dok jeling2 je...atok yang dok malu...

Unknown berkata...

CT NoArIzAh ArIs : Memalukan.... @_@

Unknown berkata...

Ali Kanchan aka Pirate : eh...jangan cakap...kalu Ali buat mende sama, atok nak sunatkan gak

Unknown berkata...

faiz : Itu la faiz...teringin je atok kasi kaki kat dua ekor tu

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih