Khamis, 23 Jun 2011

5 Perkara Yang Boleh Dilakukan Untuk Elakkan Bosan Semasa Berkursus

1. Beli sebungkus gula-gula getah atau kopiko. Waktu puncak mata berada di tahap paling kritikal adalah selepas makan tengah hari. Waktu tu, bayang penceramah sudah kelihatan seakan tiang lampu. Mata hitam bertukar kelabu. Jalan terbaik, kunyahlah sesuatu!

2. Membuka laman web tertentu semasa kelas dijalankan bagi mengelakkan kebosanan. Antara laman web yang dicadangkan adalah facebook, blogspot, youtube, 4shared dan sebagainya. Apabila puan penceramah memantau di setiap komputer, pastikan pautan-pautan tadi dipangkah serta-merta dan laju-laju buka espkb atau laman web berkaitan kursus.

3. Menulis nota berantai dan pass pada rakan sebelah. Nota berangkai tersebut bolehlah berkisarkan cerita hantu. Kemudian pass pada rakan sebelah untuk cerita hantu tersebut disambung. Dan seterusnya sehingga satu kelas dapat giliran. Bila tiba turn anda semula, sila rampas mikrofon di tangan penceramah dan sila baca hasil karangan itu kuat-kuat.

4. Membaling kertas yang dironyok pada kawan anda. Kalau kawan anda tak pusing ke belakang, anda boleh mencuba membaling dengan kerusi pula. Kalau tak layan juga, anda senyap-senyap merangkak di lantai, kemudian bila sampai di depan mejanya, Bachakk sekuat hati kasi dia terkejut. Dengan itu, seluruh kelas akan menjadi lebih ceria.

5. Paling legend sekali apabila anda cuba mengetuk meja 3 4 kali. Cuba cari tempo muzik. Pastu paksa kawan sebelah hentak kaki selang seli. Kawan depan suruh kocak-kocakkan air botol dan seterusnya. Cuba naikkan mode kelas yang bosan tadi kepada muzik-muzik yang menarik sehingga mampu membuatkan puan penceramah menari tanggo bersama-sama anda!!! Selamat mencoba!!! Adessss....rosak!







6 ulasan:

Unknown berkata...

hahhahaha, serious lawak dan boleh dipraktikkan...

Tanpa Nama berkata...

yang nombor 4 tuh memang terbaekkkkk
haha

zazaw berkata...

yang no 3
fevereteeeeeee

Unknown berkata...

Azham Vosovic : Praktik, jangan tak praktik..hihi

Unknown berkata...

chemay : Boleh la praktikkan tu kan? huhu

Unknown berkata...

zazaw : Pe lagi...amalkan lah... -.-

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih