Khamis, 30 Jun 2011

Cameron Highland Part 3

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Semalam atok ada ceritakan pengalaman berada di Big Red Strawberry kan. Ha..hari ini atok nak sambung semula adventure kami. Tempat berikutnya yang rombongan Che Kiah pergi selepas itu ialah Bharat Tea. Bharat Tea ini adalah pengeluar teh kedua terbesar di Cameron Highland. Terletak di Tanah Rata. Kat situ ada kedai cenderahati, kedai jual teh macam-macam perisa dan ada kedai teh cik Leman. Hehe....Jom skodeng pemandangan yang sempat atok snap. Layan!




Rombongan Che Kiah bergambar kat atas tu....ni kat tepi Bharat Tea




Bersama rakan sepejabat. Makluman, ini adalah team lone ranger k!




Ini orang-orang kuat rombongan Che Kiah.




Tu dia...masing-masing menunjukkan aksi gayat dan jakun tak pernah jumpa ladang teh




Apa kau fikir?




Ini kat kafeteria kat atas tu. Bajet high tea la kan...padahal..




Barangkat ke tanah datar dan Pasar Malam Brichang...
Ha, tu dia. Atok ingatkan nak beli teh perisa strawberry sekotak, sekali tengok harga dia juling mata aku kejap. Kalau kalian berada kat Bharat Tea ni, angin sejuk je macam dalam aircond. Panas bahang macam mana pun, tapi angin sepoi tetap maintain. Jauh pemandangan, hijau berkicauan. Err...kicauan xde...Kalau 10, atok rate 9.5. Wajib pergi!

8 ulasan:

Al berkata...

nmpknya kt cameron valley tea ni je yg same tmpt ngn ak pegi mggu lps. ak pon br je wt entri psl cameron ni..hehe

Aziela berkata...

ooooo......atok kojo kek dalam JPM yo...hehehehehhe

Unknown berkata...

mmg nak gi lg thn nie... thn lps pegi dua kali heheh

faiz berkata...

tapi camerron sekarang dah panas skit kan atok..

Unknown berkata...

Al : Ye ke...best kan =)

Unknown berkata...

Aziela : Shhh...jangan kasitahu sesapo...huhu

Unknown berkata...

Ali Kanchan aka Pirate : Moh kito konvoi nak?

Unknown berkata...

faiz : Atok dengar cita camtulah. Tapi atok tak leh nak compare sbb baru 1st time datang kan

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih