Sabtu, 23 April 2011

HyppTv


Kalian pernah tengok tak iklan Bunkface yang UniFi tu? Ha...kan salah satu scene dia memaparkan tentang pilihan Tv online sepenuh masa kan? Tu lah HyppTv. Apakah HyppTv? HyppTv adalah fenomena terbaru yang akan membuatkan semua kaki Tv tak reti duduk diam. Tak reti ker?

HyppTv ni kan adalah perkhidmatan Tv berbayar di Malaysia di mana disampaikan secara digital melalui bradband internet yang berkelajuan tinggi, UniFi. Kalian bukan sajok boleh nonton kat laptop comel kalian tu bahkan kau boleh paparkan kat Tv 72 inci apak kau. Macam punggung panggung wayang! 

Alaaa, kalian ingat perkhidmatan Tv ni macam perkhidmatan Tv berbayar ***** yang orang banyak komplen time hujan tu takde siaran tu? (Tv satelit). Bukan! Sebenarnya HyppTv ni memang berbeza dengan Tv satelit. Antara perbezaan yang kalian perhatikan adalah seperti berikut :
  1. Kawal Tv anda! ~ Kalian cuma perlu bayar untuk saluran Tv Live dan Perkhidmatan 'On demand' yang kalian ingin tonton. Kau sendiri boleh kontrol apa yang kau nak tonton.
  2. Jadilah orang pertama yang menonton, 24 jam dari keluaran US! ~ Antara siri seperti CSI. Kau boleh tonton dalam masa 24 jam dari tempoh ianya disiarkan di US. Hebat! Kawan kau baru merangkak-rangkak episod 2, kau dah pergi ke episod 20! erk!
  3. Tiada jadual yang tetap! ~ Kau terasa nak tengok siaran Tv sekarang, kau boleh tengok. Kok malas nak tengok, then boleh sambung! Tengah syok tonton, pastu emak suruh pergi kedai beli garam, kau boleh tangguh dulu. Balik kedai kang boleh sambung. Anytime kau boleh tonton siri Tv kegemaran.
  4. Nikmati Tv kalian walaupun pada waktu hujan! ~ Lepas ni tak ada lah kejadian remote terbarai akibat kau mengamuk kerana siaran Tv tergendala masa hujan. Hujan? Tiada lagi halangan dengan HyppTv. Acecehh...
  5. Aplikasi interaktif! ~ HyppTv membawa anda aplikasi interaktif untuk TV seperti maklumat penerbangan, Games, waktu solat, sejarah dan fakta, juga sesi ceramah dengan penceramah tempatan dan luar negeri terkenal di TED.com dan Ilham Bicara. Lengkap der!
Haa..kau tunggu apa lagi? Kalau tak silap atok UniFi ni dah cover semua Lembah Klang. Kalau area Nismilan tu kat Seremban 2 dan  Senawang kalau tak silap atok. Tempat lain tak pasti. Boleh rujuk UniFi sendiri. Ok, chaiyokkk!

Kalau nak maklumat lanjut, korang klik gambar ni yang ada kat atas ada tu atau sebelah kanan iklan dalam blog ni. Papaii!


10 ulasan:

faiz berkata...

mcm best hypptv ni...tapi mesti mahalkan nak subscribe..

wanacesh berkata...

wah,,kiter mmg nk cari brodband yg laju,,tpi unifi tu macam mahal jer,,huhu,,

ong ong kedek kedek berkata...

unifi ni mahal sket, tapi serius pueh hati... budak IT mcm den ni memang suko bondo2 laju2 ni... tapi kek kampong den pilah takdo laei ghasonyo

say to easy=) berkata...

mcm best unifi ni..lama iz x jenguk sini..

Unknown berkata...

faiz : Atok rasa yang UniFi tu murah...

Unknown berkata...

wanacesh : Atok rasa mahal sikit je. Tapi berbaloi-baloi. Atok pun try nak usha 1

Unknown berkata...

republik n9: Biar mahal sikit, tapi puas hatikan. Tak lamo laie masuk lah area k.pilah tu. Sobab senawang dah ado

Unknown berkata...

say to easy=) : Memang best pun. Hihi. Xpo, asalkan say to easy=) sudi jenguk atok.

Tanpa Nama berkata...

membaziakkk~

Unknown berkata...

Novelgurl : Huhu.... >_<

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih